January 17, 2011

PTPTN: Mahasiswa cadang ke pejabat NC

Tanjong Malim, 17 Januari - Kelewatan pinjaman PTPTN dikreditkan ke akaun pelajar pada semsester ini telah menerima pelbagai reaksi daripada mahasiswa. Mereka rata-rata telah menyatakan kekecewaan berhubung hal tersebut.

Rungutan tersebut telah menimbulkan perlbagai reaksi termasuk wujud cadangan daripada beberapa kumpulan mahasiswa untuk turun ke pejabat Naib Canselor bagi mendapatkan penjelasan berhubung kes kelewatan tersebut.

Dalam pada itu, pelbagai komen mahasiswa muncul, antaranya menurut Razak Rahim yang bertanya "adakah betul dakwaan bahawa pihak yang berkepentingan sengaja melewatkan penyaluran wang PTPTN kepada pelajar untuk memeram wang tersebut bagi mendapatkan dividen atau faedah dari wang PTPTN yang bernilai berjuta ringgit tersebut. Mushkil".

Selain itu, mereka juga telah mewujudkan 'fan page' di Facebook yang bernama "Kami Mahu Pinjaman Wang PTPTN di Upsi Masuk Cepat" dan berjaya mengumpul lebih 800 rakan.

Dalam hal berkaitan, setakat ini kesemua 'front' mahasiswa sama ada MP (Mahasiswa Pendidik), LMP mahupun Pimpinan Bitara masih 'membisu' dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan penyelesaian atau kesediaan untuk mengetuai pertemuan bersama NC berhubung isu ini.

Lawatan MB Perak: Laungan 'katak' bergema di KHAR

Tanjong Malim,17 Disember - Lawatan MB Perak Dato' Dr Zambry Ab. Kadir ke Kolej Harun Aminulrashid Universtiti Pendidikan Sultan Idris pada jam 4 petang tadi turut dihadiri oleh YB ADUN Behrang Jamaluddin Radzi dan ADUN Slim.

Kehadiran Jamaluddin Radzi dan Dato' Dr. Zambry telah diiringi oleh laungan 'katak' dan MB 'haram' daripada beberapa mahasiswa yang berteriak dari tingkat atas bangunan kolej berkenaan.

Dalam pada itu, suara-suara yang berteriak dari tingkat atas KHAR telah diusir oleh JMK kerana dikatakan telah menganggu tumpuan program.

MB Perak lawat Upsi

Tanjong Malim, 17 Januari - Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry b. Abd. Kadir, Menteri Besar Perak yang 'kedua' dijadualkan akan mengadakan kunjungan rasmi ke Universiti Pendidikan Sultan Idris pada jam 3 petang ini bertempat di Bangunan Canselori dan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR).

Beliau dijadualkan akan bertemu mahasiswa Upsi dalam satu majlis penutupan Karnival Insaniah Bestari (KARIB'11) anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid.

Dalam pada itu, lawatan tersebut merupakan lawatan kali pertama beliau ke Upsi sepanjang tempoh 2010-2011 dimana pada tahun lalu beliau telah membatalkan pertemuan bersama 'Mahasiswa Anak Melayu Perak' atas sebab-sebab tertentu.

Dalam hal berkaitan, KARIB'11 sepatutnya dijadualkan tamat semalam, namun telah dilanjutkan sehingga petang ini disebabkan kunjungan MB Perak.

January 16, 2011

Upsikini: Prof.Stefan Bucher turut jadi rakan Facebook

Tanjong Malim, 16 Januari - Prof. Dr. Stephen Bucher yang juga merupakan Associate Professor (Moral Education) and Research Fellow (Global Studies) Universiti Pendidikan Sultan Idris turut menjadi rakan dilaman sosial, Facebook Upsikini.

Laman sosial, Facebook Upsikini, kini mencecah 4000 rakan, rata-rata terdiri daripada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dan beberapa ahli akademik (pensyarah Upsi) termasuk beliau yang merupakan pensyarah berasal dari Karlsruhe, Jerman.

Oleh itu, pihak Upsikini mengharapakan agar laman sosial tersebut mampu menjadi medium terbaik untuk menjalinkan hubungan yang erat sesama mahasiswa dan juga pensyarah disamping menjadi satu medium penyampai maklumat dengan pantas dan mudah.

Mahasiswa tubuh LMP sebagai 'third force' baharu


Tanjong Malim, 16 Januari - Januari 2011 menyaksikan sekumpulan mahasiswa Universiti Pendidikan Idris mengisytiharkan penubuhan sebuah 'front' (kumpulan) baharu yang dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif (LMP).

'Front' mahasiswa tersebut dikatakan bakal menjadi 'kuasa ketiga' mahasiswa yang akan menjadi kumpulan semak dan imbang kepada universiti dan kedua-dua kelompok sedia ada dari Mahasiswa Pendidik dan Pimpinan Bitara.

Menurut Adam, mahasiswa pendidikan TESL yang juga merangkap Koordinator LMP menyifatkan bahawa LMP merupakan wadah memperjuangkan isu sentral mahasiswa dan lebih agresif memainkan isu penting termasuk kebajikan mahasiswa di kampus dan luar kampus dalam mencorak dan memperjuangkan kepentingan mahasiswa umumya.

Beliau turut menyatakan bahawa LMP merupakan kumpulan yang bersifat inklusif merentas semua kelompok. 'Inclusiveness' (keinklusifan) LMP disifatkan beliau sebagai merentas kaum, bangsa dan agama disamping menerima semua golongan yang ingin bersama mereka memperjuangkan hak mahasiswa secara bersama.

Kumpulan tersebut dikatakan bergiat aktif menerusi laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif atau akronimnya LMP (klik).

Tak ada bajet punca Kursus Kepimpinan Mahasiswa hanya di Bitarasiswa

Tanjong Malim, 16 Januari - Kursus Kepimpinan Mahasiswa yang menjadi pra syarat kelayakan bagi mereka yang ingin bertanding dalam PRK (pilihan raya kampus) pada kali ini hanya diadakan di Bangunan Bitarasiswa kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hal ini dikatakan berlaku ekoran ketiadaan bajet yang mencukupi dari pihak JHEPA untuk menampung perbelanjaan program sekiranya diadakan di kem-kem latihan luar kampus seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, wujud dakwaan bahawa bajet kewangan hal ehwal pelajar pada tahun ini telah mengalami kurangan berikutan disalurkan untuk menampung kos pembinaan bangunan baru, renovasi bangunan lama dan juga berpunca dari masalah defisit bajet kewangan pendidikan negara.

Dalam hal berkaitan, kursus tersebut kemungkinan hanya diadakan sekali sahaja berbanding tiga kali sebelum ini. Namun, pihak JHEPA sehingga hari ini masih tidak menyatakan dengan jelas dan menyembunyikan maklumat berhubung kursus-kursus yang perlu disertai mahasiswa.

PTPTN lewat , manifestasi kepimpinan lemah Razik

Tanjong Malim, 16 Januari - Berhubung kelewatan pinjaman PTPTN dikreditkan ke akaun pelajar, wujud dakwaan bahawa ianya berpunca daripada kelemahan kepimpinan mahasiswa (MPP) Pimpinan Bitara yang diketuai oleh YDP MPP Mohd Razik Khalid.

Kelesuan idealisme untuk memperjuangkan nasib mahasiswa menjadi punca mengapa kepimpinan beliau (Razik) dilihat tidak cakna dan kurang berperanan untuk menyelesaikan masalah mahasiswa yang bersifat 'ad-hoc' seperti PTPTN.

Dalam pada itu, wujud kemungkinan bahawa kepimpinan 'tangkap muat' MPP pada sesi lalu menjadi masalah berterusan mematikan perjuangan kebajikan mahasiswa. Mungkin kelompok ini didokong oleh golongan tertentu dibelakangnya yang mempunyai kepentingan tertentu lalu memandang masalah mahasiswa sebagai masalah biasa-biasa.

Oleh itu, pemilihan kepimpinan mahasiswa menjadi penentu penting kepada perjuangan kebajikan mahasiswa. Kepimpinan yang lemah menyebabkan hak mahasiswa mungkin terabai.


January 15, 2011

UKLK anjur Kempen Keselamatan Jalan Raya

Untuk makluman semua mahasiswa Universiti Penididkan Sultan Idris , Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan JMK Unit Kediaman Luar Kampus akan mengadakan Kempen Keselamatan di Jalan Raya pada 22 Januari ini. Maklumat program seperti berikut:



Herwana: PTPTN paling lewat 31 Januari

Tanjong Malim, 15 Januari - Wang pinjaman PTPTN bagi semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idiris dijangka akan dikreditkan ke akaun pelajar selewat-lewatnya 31 Januari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Herwana Herman, jurucakap MP ( Mahasiswa Pendidik) yang juga merupakan Exco Kesenian Kebudayaan MPPUPSI menerusi laman sosial Facebook beliau.

Katanya, " untuk pengetahuan semua pelajar Upsi, pinjaman PTPTN akan dikreditkan selewat-lewatnya 31 Januari 2011 dan diharap suma sahabat-sahabat mahasiswa dapat berjimat cermat dengan sejimat-jimatnya."

Beliau turut menyatakan bahawa sesiapa ada masalah kewangan yang teramat kritikal boleh segera memohon ke Unit Kebajikan dan Kewangan , JHEPA atau Pusat Islam.

PTPTN lewat mahasiswa pohon penjelasan

Tanjong Malim 15 Januari - Rata-rata mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyatakan kekecewaan dan memohon penjelasan dari pihak universiti berhubung kelewatan wang pinjaman PTPTN dikreditkan ke akaun pelajar pada kali ini.

Walau pun keputusan peperiksaan telah pun dikeluarkan pada 25 Disember lalu, namun setelah lebih dua minggu, wang pinjaman tersebut masih belum dikreditkan ke akaun pelajar.

Hal ini menyebabkan ramai pelajar menyatakan rungutan kerana tidak mempunyai wang untuk belanja keperluan penting seperti buku, deposit rumah sewa, yuran dan lain-lain.

Menurut Mat Naim, "kami sebenarnya memerlukan wang untuk membayar deposit rumah sewa dan segal hal yang berkaitan dengan penempatan rumah sewa nanti. Sebelum ini ada juga kedengaran, PTPTN masuk 19/1, 20/1, 28/1 dan macam-macam lagi."

Manakala menurut Ahmad Fathul, "kelewatan wang pinjaman masuk menyebabkan ramai pelajar terdesak, tambahan pula bagi orang yang susah, aku pun tak fahama kenapa lewat dan kita pun tak dimaklumkan.."

Dalam hal berkaitan, PTPTN pada semester lepas masuk lebih awal berbanding pada kali ini, namun menurut sumber, wang tersebut akan dimasukkan selewat-lewatnya 31 Januari ini.
,

January 4, 2011

Bas kitaran: 'tahun baru yang menghampakan'

Tanjong Malim, 3 Jan - Minggu pertama kuliah bagi tahun baru 2011 menyaksikan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris masih lagi di hantui oleh masalah bas kitaran yang masih belum selesai.

Beberapa mahasiswa menyatakan rungutan mereka terhadap perkhidmatan bas kitaran yang lambat dan tidak cukup terutamanya pada 'waktu puncak'. Hal tersebut telah diluahkan oleh mahasiwa menerusi email aduan yang diterima oleh Upsikini awal pagi tadi .

Mereka meminta pihak berkaitan termasuk MPP agar 'turun padang' melihat sendiri perjalan bas kitaran yang teruk agar tidak berlaku sebarang masalah yang akan kesan kepada perjalanan kuliah.

2011: Mahasiswa isytihar tiga deklarasi

Tanjong Malim, 3 Jan - Awal tahun 2011 telah menyaksikan mahasiswa dari seluruh negara menyambut permulaan tahun baru dengan menyatakan komitmen mereka terhadap perjuangan mahasiswa, rakyat dan negara menerusi tiga deklarasi yang dipersetejui bersama.


Tiga deklarasi tersebut ialah:

1. Mahasiswa untuk mahasiswa.
2. Mahasiswa untuk rakyat.
3. Mahasiswa untuk negara (Malaysia).

Deklarasi tersebut telah diikrarkan oleh mahasiswa dalam himpunan 'pemanas badan' anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diadakan pada 1.1.2011 dimana himpunan tersebut menyaksikan kehadiran lebih 500 mahasiswa dari seluruh negara.

Dalam pada itu, seluruh kepemimpinan mahasiswa dari kampus seluruh negara menyatakan komitmen untuk memperjuangkan deklarasi tersebut walau apa pun halangan yang bakal dilalui kelak.

Sehubungan itu, seluruh wakil mahasiswa dari seluruh kampus telah mengadakan satu pertemuan tertutup bagi membincangkan tindakan yang harus dilakukan dalam merealisasikan ikrar tersebut.

December 14, 2010

Amin: 'Result' dijangka keluar 25 Disember

Tanjong Malim, 14 Disember - Keputusan peperiksaan Semester 1 sesi 2010/2011 bagi mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dijangka akan keluar pada 25 Disember 2010. Makluman tersebut telah dinyatakan oleh Exco Akdemik dan Kerjaya MPPUPSI, Mohd Amin Mat Sidik.

Menurutnya, setelah menghubungi Bahagian Akademik beliau dimaklumkan oleh En. Mohd Redzuan Donial bahawa keputusan peperiksaan dijangka akan dikeluarkan pada 25 Disember ini. Namun , walau bagaimana pun, katanya Bahagian Akademik akan mengeluarkan makluman rasmi menerusi memo di Upsi portal.

Oleh itu, seluruh mahasiswa diharapkan agar peka dengan segala makluman atau pengumuman menerusi lama sesawang Upsi portal. Sekian.

December 9, 2010

Mahasiswa pendidikan diseru bersama rakyat protes kenaikan harga barang

Tanjong Malim , 9 Disember - Berhubung isu kenaikan beberapa barang asasi kehidupan ,mahasiswa pendidikan khususnya dari Universiti Pendidikan Sultan Idris diseru untuk menyatakan pendirian mereka bersama rakyat bagi membantah kenaikan harga barang, minyak dan gula.

Kenyataan tersebut diseru oleh sebuah badan mahasiswa nasional, SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) agar semua mahasiswa bersama-sama rakyat turun ke satu himpunan aman yang akan diadakan di Putaraya pada esok hari. Maklumat himpunan seperti berikut:




December 6, 2010

Perutusan Ma'al Hijrah Mahasiswa Pendidik

Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan menjadikan semua makhluk serta alam yang serba indah dan penuh dengan nikmat ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi s.a.w yang menjadi perintis penyebaran kesejahteraan seantero dunia.

Alhamdulillah hari ini kita sama-sama meraikan tahun baru, 1 Muharram 1432 Hijrah. Semoga permulaan tahun baru ini kita raikan dengan penuh keinsafan dengan mengimbau kembali kekurangan dan kelemahan yang ada di masa lalu disamping merancang kehidupan dan keazaman yang baru pada masa depan. Moga-moga ianya menjadi motivasi untuk kita sama-sama mengkoreksi diri, menilai sejauh mana usaha kita dalam memelihara diri , keluarga dan masyarakat dari kerosakan serta apakah sumbangan kita terhadap agama Allah s.w.t.

Penghayatan Hijrah Masa Kini

Kehidupan hari ini menuntut kita untuk berdepan dengan pelbagai perubahan. Sejak dialam sekolah hinggalah bergelar sebagai mahasiswa kita sentiasa berdepan dengan pelbagai pembaharuan dalam kehidupan. Kita juga berhijrah dari kampung halaman dan berada dibumi pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dicintai ini demi makna sebuah hijrah kearah kebaikan menimba ilmu dan pengalaman. Nilaian Hijrah yang kita sama-sama lakukan tidak dapat dihitung dengan nilai kekayaan dunia jika ianya disusuli dengan keihklasan. Moga-moga pengorbanan dan kesanggupan kita berhijrah demi secebis ilmu di bumi Malim ini akan dinilai disisi Allah sebagai salah satu dari amal kebaikan di akhirat kelak.


Hijrah dan Mahasiswa Pendidikan

Sebagai mahasiswa khususnya yang berada di bumi pendidikan yang dicintai ini , kita menyedari bahawa tuntutan Hijrah perlu bersama kita hayati. Berhijrah dari segala perbuatan keji dan maksiat kepada mentaati suruhan dan larangan Allah merupakan matlamat utama kehidupan kita sebagai Muslim.

Mahasiswa pendidikan yang bakal menjadi pendidik kelak merupakan mesin manusiawi bernurani yang bakal mencorak generasi baru. Hijrah Rasulullah SAW menuntut pengorbanan untuk membangun sebuah generasi baru yang mentaati Tuhan, maka kita mahasiswa pendidikan perlu bersama untuk berhijrah kearah memberi sumbangan kepada pembentukan sebuah generasi baru yang sejahtera dari sebarang kerosakan dan kehinaan. Generasi yang menjadikan Tuhan sebagai matlamat kehidupan.

Akhir kata, kami barisan MPP Mahasiswa Pendidik mengucapkan selamat menghayati makna hijrah yang sebenar dan kami memohon kemaafan atas segala kekurangan ditahun yang lalu. Moga kita bersama mengorak langkah mara kehadapan dengan penuh keazaman yang baru. Semoga kehadiran tahun baru 1432 Hijrah pada kali ini dapat memperkukuhkan nilai kebaikan dalam diri kita bersama.

Sekian,

'Mahasiswa Pendidik Pencetus Tranformasi'


Mohd Zahar b. Mohamed Nor

Atiqah bt. Mohd Hasbi

(Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah)

Mohd Amin b. Mat Sidik

(Exco Akademik & Kerjaya)

Nik Azrul b. Nik Kamaruddin

(Exco Kebajikan Kemasyarakatan)

Noranoo bt. Arifin

(Exco Perhubungan & Antarabangsa)

Herwana bt. Herman

(Exco Kesenian & Kebudayaan)



Kursus Kepimpinan Mahasiswa awal Januari depan

Tanjong Malim, 6 Disember - Kursus Kepimpinan Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menjadi syarat kelayakan bertanding dalam pilihan raya kampus (PRK) dijangka akan diadakan pada awal semester depan.

Menurut email yang diterima Upsikini dari Koordinator MP (Mahasiswa Pendidik) Mohd Zahar, kursus kepimpinan tersebut akan diadakan pada awal semester depan setelah beliau mendapat pengesahan dari pegawai yang berkaitan.

Beliau baru-baru ini telah mengadakan satu pertemuan rasmi dengan pegawai yang berkenaan bagi meminta penjelasan tarikh sebenar kursus tersebut dimaklumkan lebih awal agar mahasiswa yang berkelayakan dan berminat menjadi wakil pelajar dapat menyusun waktu mereka.

Walau bagaimanapun, katanya setakat ini pihak JHEPA masih belum mengeluarkan apa-apa makluman rasmi berhubung perkara tersebut.

December 5, 2010

Kenaikan 4 barangan serentak: Mahasiswa pendidikan kesal

Tanjong Malim, 5 Disember - Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris melahirkan rasa kecewa berhubung kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Kenaikan harga barang terbabit telah menimbulkan pelbagai rungutan dari kalangan mahasiswa pendidikan disini. Mereka menyifatkan bahawa alasan yang digunakan untuk pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan adalah tidak wajar dibebankan kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Menurut Mazlan yang melahirkan rasa kecewa menyatakan bahawa "kalau gula naik ok lagi tapi kalau harga minyak naik tambah pula Ron 95, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak ini diguna oleh rakyat ramai dan menjana pembangunan negara, sah semua barang lain akan naik".

Dalam pada itu, Tamim pula menyifatkan bahawa kenaikan tersebut tidak wajar bagi mahasiswa , sudah lah biasiswa bagi mahasiswa pendidikan sudah dimansuhkan, ini pula barang naik, pinjaman PTPTN tetap sama, kos sara hidup makin meningkat."

Selain itu, menurut Herwana Herman yang juga merupakan Exco MPPUPSI turut menyatakan bahawa tindakan kenaikan harga barang tersebut boleh membuat mahasiswa sesak nafas , mesti makanan di kedai semakin meningkat harganya dan sudah kemungkinan duit pinjaman PTPTN tidak cukup terutamanya mahasiswa Sabah dan Sarawak yang perlu kos pengangkutan yang lebih tinggi".

Tambahnya, " kita selaku mahasiswa yang turut tergolong dalam 'civil society' (masyarakat sivil) mempunyai hak untuk menyatakan pandangan berhubung perkara ini kerana ianya berkaitan hak ramai, ujarnya.

December 4, 2010

Konvokesyen ke-13 dijangka Julai 2011

Tanjong Malim, 4 Disember -Tarikh Konvokesyen ke-13 bagi mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bakal menamatkan pengajian pada tahun hadapan dijangka akan diadakan pada 26-30 Julai 2011.

Menurut Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa Upsi (BHKA), Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE) telah bersetuju dan memperakukan tarikh konvokesyen bagi mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris tahun hadapan akan diadakan pada 26-30 Julai 2011.

Dalam pada itu, tarikh tersebut disifatkan sesuai dengan tempoh waktu mahasiswa tahun akhir yang akan tamat praktikum pada 20 Mei 2011 dan mereka tidak perlu menunggu lama seperti sebelum ini.

November 21, 2010

Upsikini ucap Selamat Menghadapi Peperiksaan


Warga kerja UPSIkini mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester kepada seluruh mahasiswa UPSI yang bakal bermula tidak lama lagi.

Untuk itu pihak UPSIkini juga memohon maaf atas kelewatan berita ,maklumat dan penangguhan operasi penyiaran dan laporan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pihak UPSIkini sentiasa berusaha untuk menstruktur semula tugas semua editor bagi membolehkan laporan terkini dapat disiarkan seperti biasa terutamanya dalam minggu peperiksaan.

Selamat Menghadapi Peperiksaan.

Teruskan bersama UPSIkini.

Sem 7 perlu kemaskini maklumat pengajian

Makluman kepada seluruh mahasiswa semester 7 Universiti Pendidikan Sultan Idris. Anda dikehendaki untuk mengemaskini maklumat pengajian menerusi laman Mysis bagi memudahkan urusan pentadbiran.

Maklumat-maklumat berkenaan perlu dikemaskini bagi kegunaan surat menyurat untuk konvokesyen, kiriman keputusan akhir peperiksaan, penyediaan transkrip dan penyediaan skrol transkrip.

Selain itu, pelajar turut dikehendaki menyalin (print) maklumat tersebut bersama salinan kad pengenalan diri, salinan keputusan MUET dan hantar ke pejabat am fakulti masing-masing dengan segera.