Selain itu, pelajar turut dikehendaki menyalin (print) maklumat tersebut bersama salinan kad pengenalan diri, salinan keputusan MUET dan hantar ke pejabat am fakulti masing-masing dengan segera.
November 21, 2010
Sem 7 perlu kemaskini maklumat pengajian
Selain itu, pelajar turut dikehendaki menyalin (print) maklumat tersebut bersama salinan kad pengenalan diri, salinan keputusan MUET dan hantar ke pejabat am fakulti masing-masing dengan segera.
November 20, 2010
Tim. pendaftar akademik: Pelajar lalui ujian MEdSI tak perlu lagi INSAK
Politik kawalan: Samuel bidas kolumnis Upsikini
Tanjong Malim, 20 November - Exco Perpaduan dan Integrasi MPPUPSI , Samuel Sila Mathew Unjah (gambar) membidas tulisan yang dikeluarkan oleh kolumnis Upsikini yang bertajuk 'Pemain catur dan politik kawalan di kampus Upsi'.Tulisan yang ditulis oleh mahasiswa Upsi Ahmad Wafiuddin yang telah diemailkan kepada Upsikini baru-baru ini telah mendapat respon daripada beberapa MPP yang tidak senang duduk dengan beberapa dakwaan yang dinyatakan.
Samuel menyifatkan bahawa "MPP berperanan sebagai suara mahasiswa dan mahasiswi yang boleh bertindak secara proaktif dalam melicinkan pentadbiran dan membantu Universiti. Namun ia bukanlah sebagai pak turut semata-mata seperti mana yang dilaungkan ramai mahasiswa."
Beliau turut menyatakan bahawa dakwaan mengenai adanya pencatur di dalam kabinet MPP merupakan satu dakwaan tidak berasas malah wujudnya campur tangan pihak tertentu juga tidak berasas.
Tambahnya yang turut mengingatkan mahasiswa bahawa "jikalau tidak bersedia mengorbankan apa sahaja, usah cakap ingin menjadi pemimpin mahasiswa kerana diri seorang pemimpin itu seharusnya sentiasa berkorban dan bersedia ", ujarnya.
Dalam hal berkaitan, Ahmad Wafiuddin yang memberi komen balas kepada Upsikini menyifatkan bahawa tulisan itu ditujukan kepada individu tertentu dalam MPP. Katanya "tak semua mereka dicatur. Hanya orang-orang penting sahaja dicatur dan saya rasa beliau (Samuel) tidak terlibat dalam percaturan tersebut bahkan mungkin tak tahu."
Lepas Akmal, Aqilah pula berjaya 'posting'
Tanjong Malim , 20 November - Kejayaan Akmal Madzir , Koordinator MPP Pro Kebajikan 2009/2010 baru-baru ini disusuli pula kejayaan rakan seperjuangannya Nur Aqilah Hanis yang juga merangkap jurucakap mahasiswi MPP Pro Kebajikan mendapat penempatan. Beliau dilaporkan telah mendapat keputusan penempatan sejak beberapa hari lepas melahirkan rasa gembira dan syukur.Aqilah yang juga mantan MPP Akademik dan Kerjaya sesi 2009/2010 dikatakan antara wakil mahasiswa yang lantang bersuara berhubung beberapa isu kebajikan mahasiswa termasuk isu penempatan 'dibekukan' pada tahun lepas.
Beliau yang memaklumkan perkara tersebut menerusi blog peribadinya menyatakan "Perjalanan saya tidak akan terus berhenti. Insya-Allah saya akan teruskan di sekolah baru pada masa yang ditetapkan di SMK Seri Sentosa, Kuala Lumpur. Rezeki saya di Kuala Lumpur. Saya sedar cabarannya."
Tambahnya, "untuk teman-teman yang bakal memulakan tugas sebagai guru 22.11 nanti, TAHNIAH dan SYABAS kerana kalian merupakan insan terpilih untuk mendidik generasi pelajar-pelajar pada masa kini dan akan datang. Setiap setitis ilmu yang dicurahkan akan menjadi saksi buat kita semua di akhirat kelak, insya-allah. Mulianya tugas guru, perlu ikhlas." ujarnya.
November 17, 2010
Upsikini ucap selamat menyambut Aidil Adha
‘Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada allah’. ( surah Al-Hajj : 34 )
Teruskan Bersama Upsikini
November 15, 2010
Saya difitnah - Zahar
Tanjong Malim, 15 Nov – Sikap berdiam diri yang diambil oleh Mohd Zahar nampaknya semakin hari semakin parah apabila tiada tanda-tanda isu ini akan senyap. Beliau sebelum ini telah diminta untuk komen kepada salah satu ‘comment’ yang dipostkan oleh seseorang yang memanggilnya dengan gelaran ‘abang’ dalam facebooknya.
Facebo
ok ‘Wan Humairah’ yang telah menimbulkan kontroversi apabila memberitahu kononnya beliau mengenali Mohd Zahar dan sentiasa bermain ‘sms’ dengannya. Hal ini bagaimanapun dinafikan oleh Mohd Zahar yang dihubungi oleh pihak upsikini dan beliau seolah-olah tidak mahu ambil peduli akan perkara fitnah tersebut.
‘saya tak kenal pun siapa wan humairah tu, jangan layan sangat la benda-benda camni, karut je belaka ni’,kata beliau semasa pihak upsikini cuba mendapatkan respon berkaitan isu tersebut.
Tindakan ini dilihat seolah-olah sengaja ditimbulkan bagi menjatuhkan reputasi beliau sebagai Exco MPP. Perang saraf sebegini memang akan berlaku pada saat macam ini, tambahan pula beliau merupakan antara calon yang dijangka akan menyambung tradisi Mahasiswa Pendidik dalam medan politik kampus. Namun perkara ini belum lagi disahkan oleh beliau.
November 13, 2010
Daftar kursus, akademik beri penjelasan, tiada denda lewat daftar- Zahar
Dalam hal berkaitan, tempoh pendaftaran kursus juga dilanjutkan bermula 4 Disember – 23 Disember bagi semua pelajar semester 1 hingga 8 yang masih belum mendaftar kursus. Tindakan tersebut dikatakan diambil setelah mendapat pelabagai komen dan desakan tak langsung mahasiswa menerusi pelbagai ruang termasuk di Upsikini
November 12, 2010
Kolumnis : Pemain catur dan politik kawalan di kampus Upsi

Nah! Jika kualiti kepimpinan yang berjuang untuk rakyat yang kita mahukan , maka sewajarnya kita berjuang agar mahasiswa dibebaskan oleh sistem politik kawalan. Kawalan tangan-tangan tersembunyi pihak pengurusan yang berkuasa (biasanya individu tertentu HEP atau di universiti) yang dimanifestasikan dari syarat-syarat yang menyempitkan ruang keadilan.
Teropong sahaja dikampus kita (Upsi). Bermacam syarat yang tidak pernah dirasionalkan silih berganti wujud. Kem Kepimpinan Mahasiswa yang diwujudkan JHEPA sebagai prasyarat bagi mereka yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) mungkin menjadi salah satu contoh sistem politik kawalan ini.
Tangan-tangan tersembunyi inilah yang mengawal siapa yang bakal memimpin mahasiswa. Mencatur siapa bakal menjadi King, Queen, Castle, Bishop hinggalah kepada orang bawahan . Itu merupakan kerja bergaji mereka. Mana tidaknya, aku antara mereka yang terlibat dalam satu perjumpaan bersama beberapa pemain catur dalam pengurusan JHEPA menawarkan bertanding dalam PRK dengan bermacam tawaran ganjaran. Jika kita memilih untuk menjadi wakil suara kumpulan atau parti politik dan pihak berkuasa tertentu, maka yang akan menang bukanlah pelajar tetapi penyogok atau penyumbang kepada kumpulan tersebut.
Kesannya, kepimpian yang ada hanya sekadar sahaja. Isu kebajikan mahasiswa tiada yang bersuara. Posting, sistem pendaftaran akademik, isu kebejatan sosial tiada pemimpin mahasiswa yang endah. Kerosakan pendidikan dan pergelutan politik murahan bukan lagi menjadi bahan kritik mereka. Pastinya ungkapan ‘bagai lembu dicucuk hidung mungkin sinonim dengan mereka”.
November 10, 2010
Daftar kursus, pelajar merungut Mysis tak boleh masuk
Tanjong Malim, 10 November – Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini menyatakan rungutan mereka disebabkan berlaku kesukaran dalam proses pendaftaran subjek semester hadapan menerusi laman Mysis. Sistem server Mysis dikatakan masih ‘lembab’ walaupun penggunaan Upsi Jaring sudah berkurangan ekoran ramai pelajar sudah pulang bercuti.
Pelajar juga menyifatkan bahawa mereka mengalami kesukaran untuk ‘add’ subjek kerana ‘server down’ disamping tidak mengetahui apa punca sebenar laman Mysis begitu sukar dimasuki.
Dalam pada itu , kesukaran pendaftaran subjek tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi pelajar dan ada yang memberi komen sinis bahawa “kalau nak add subject, jangan guna Google Chrome, jangan guna Mozilla, jangan guna ‘ internet explorer’, tapi gunalah ‘powerpoint’, ‘conform’ boleh masuk”.
Dalam hal berkaitan,server Mysis dikatakan sering kali lambat apabila pelajar mula mendaftar kursus secara online sejak daripada beberapa semester lepas. Namun, hal yang sama masih lagi berulang.
November 9, 2010
‘Posting’ Sabah: 52 orang ditarik balik penempatan
Tanjong Malim, 9 November – Seramai 52 orang graduan pendidikan yang telah mendapat surat penempatan di Sabah beberapa hari lepas telah ditarik balik ‘posting’ mereka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atas beberapa sebab tertentu.
Bagi mengesahkan maklumat tersebut, mediawan Upsikini telah menghubungi Bahagian Penempatan KPM bagi mendapatkan beberapa respon berhubung hal berkenaan. Menurut pegawai yang dihubungi, penempatan mereka ditarik balik setelah mendapat maklumat bahawa berlakunya lebihan opsyen di negeri berkenaan (Sabah) dan terpaksa ditarik balik oleh KPM.
Beliau turut menyifatkan bahawa, graduan tersebut telah pun dimaklumkan menerusi panggilan telefon mengenai pembatalan ‘posting’ mereka dan keputusan penempatan baru akan dimaklumkan kemudian iaitu pada 15 November ini. Manakala, berkenaan bilakah tarikh penempatan mereka masih belum diketahui.
Dalam pada itu, rata-rata graduan pendidikan yang telah mendapat surat makluman penempatan di Sarawak pada hari ini turut menyatakan kerisauan mereka berhubung kes berkenaan. Manakala mereka yang belum mendapat keputusan penempatan masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar pada 15 November ini.
Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2011 , ramai tak tahu syarat bertanding MPP

Tahun lalu, JHEPA juga tidak menyatakan secara terbuka kursus yang dianjur menjadi pra syarat kepada mereka yang berminat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang bakal diadakan.
Dalam perkembangan berkaitan, perkhidmatan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 20010/2010 dilaporkan belum lagi berakhir selama setahun seperti yang termaktub di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
PRK UPSI dijangka berlangsung Januari tahun hadapan dan dijangka ramai pihak antara PRK tumpuan di kalangan IPTA seluruh Malaysia.
PTPTN: Mahasiswa boleh mohon tukar pinjaman 3% kepada biaya 1%
November 8, 2010
Kolumnis : Razik YDP teruskan legasi kepimpinan paling lemah dalam sejarah UPSI
8 November
Dalam beberapa tinjauan yang dibuat rata-rata mahasiswa di sini tidak mengenali siapa Razik meskipun memegang jawatan nombor satu MPP.
Perlantikan Razik sebagai YDP dilihat sama dengan legasi kepimpinan MPP lepas dibawah Mohamad Hairie bin Abdullah (YDP MPP sesi 2009/2010) yang dilihat paling tidak demokratik di UPSI menjadi antara sebab mengapa beliau tidak begitu dikenali di kalangan mahasiswa. Dengan kemenangan tanpa bertanding di kerusi Fakulti Teknologi Maklumat Komunikasi (FTMK), beliau (Razik) menawarkan diri untuk memegang jawatan YDP setelah disokong barisan Pimpinan Bitara dan beberapa pegawai HEP yang bertindak menjadi perancang utama dalam penyusunan kabinet MPP.
Perlantikan beliau juga dikatakan mengulangi sejarah pemilihan MPP 2009/2010 dibawah Hairie (mantan YDP) apabila kesemua calon Umum yang menang dalam pilihan raya kampus (PRK) lalu diketepikan jawatan YDP dan diberikan kepada beliau yang hanya menang tanpa bertanding di kerusi fakulti.
Sepanjang tempoh hampir satu sesi sejak hujung semester 2010, tiada apa-apa pembaharuan yang dilakukan beliau melainkan hanya mengulangi corak kepimpinan terdahulu yang suram. Beliau yang turut dilabel sebagai YDP “copy and paste” dikatakan tidak begitu menyerlah berbanding beberapa ahli MPP lain sejak dari awal memegang jawatan tersebut.
Razik pada ketika ini dikatakan semakin hilang pengaruh dan sering kali dilihat tidak mampu meneruskan tugas-tugas seorang YDP. Timbul juga cakap-cakap yang mengatakan kreadibilitinya sebagai YDP turut dipertikai pihak pentadbir dan rakannya dalam MPP.
Kreadibiliti beliau turut dipertikaikan apabila wujud dakwaan dari presiden persatuan bahawa mereka ingin menubuhkan Gabungan Persatuan Upsi (GPMU) bagi menggantikan MPP yang dilihat kurang berperanan dengan berkesan.
Rekod satu semester sebelum ini bakal membawa kesan kepada kepimpinan beliau dan rakan-rakan dalam Pimpinan Bitara dan memberikan peluang kepada Mahasiswa Pendidik yang dilihat mempunyai kepimpinan mereka yang tersendiri. Namun apa yang kita harapkan dari kedua-dua blok kepimpinan ini ialah sejauh mana mereka mampu membawa suara mahasiswa dalam meningkatkan tahap khidmat mereka. Ini dilihat masih lagi lemah dalam kepimpinan MPP sedia ada.
November 7, 2010
Syarahan malim:'Quality Learning in Higher Education'
Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Bilik Persidangan,Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki
Penceramah : Dr. Lim Chong Hin (Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia)
Ketua Pro-Kebajikan dapat penempatan
Beliau yang memaklumkan perkara tersebut kepada UPSIkini melahirkan rasa syukur dan gembira dengan khabar tersebut dan berharap semua ahli Pro Kebajikan dan pendokong mahasiswa agar jangan takut untuk terus memberi sumbangan dan bakti kepada perjuangan mahasiswa di kampus walau pun dilabel dengan bermacam-macam kata.
“Saya benar-benar bersyukur dan rasa gembira dengan perkhabaran tersebut dan ini menunjukkan bahawa kebergantungan kita kepada Allah, Allah yang memberi rezeki pada kita di samping usaha dan doa yang dipanjatkan dimakbulkan-Nya”,ulasnya.
Katanya "Alhamdulillah, saya mengharapkan agar semua yang berjaya dapat gunakan peluang penempatan ini untuk menjadi pendidik yang terbaik,buktikan bahawa graduan Upsi adalah antara pendidik yang terbaik, murid-murid adalah amanah, jaga amanah dengan baik". Tambahnya lagi, " tidak lupa juga, saya mengucapkan terima kasih kepada KPM dan Upsi atas segala peluang yang diberikan", ujarnya.
Dalam pada itu katanya, beliau juga mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan MPP Pro Kebajikan yang turut berjaya mendapat penempatan dan tidak lupa ucapan tahniah kepada semua yang berjaya.
