Koordinator
nya, Mohd Zahar Mohamed Nor yang juga merupakan Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah MPP mengatakan tindakan tersebut merupakan langkah ke belakang kerajaan memandangkan judi boleh membawa kerosakan kepada masyarakat. Selaku mahasiswa, beliau berpendirian bahawa wajar memberi pandangan kerana isu ini begitu jelas mencabar sensitiviti moral masyarakat Islam.
“ Tabiat berjudi boleh merosakkan masyarakat dan merugikan Negara, kita tahu amalan judi boleh merosakkan masyarakat dan meruntuhkan institusi keluarga tetapi dalam masa yang sama mengambil langkah untuk memberikan lesen supaya aktiviti judi ini dapat dipantau. Kita melihat inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini kurang bijak. Sepatutnya kita mencari jalan supaya aktiviti judi tidak lagi berlaku dengan berleluasa dalam Negara ini.".
Beliau mengulas perkara tersebut selepas timbul kenyataan Timbalan Menteri Kewangan bahawa kerajaan bakal mempertimbangkan lesen judi sempena kejohanan bola sepak piala dunia akan datang yang dilihat bercanggah dengan nilai luhur masyarakat.
Justeru, beliau menyatakan pendirian membantah tindakan terbabit dan menyarankan agar pihak berautoriti dalam agama seperti Menteri Agama dan Mufti dapat segera menyatakan pendirian dan memberi panduan berhubung hal yang sebegitu serius ini.


Dalam pada itu, tindakan terbabit menimbulkan tanda tanya mahasiswa tentang bagaimana perjalanan bas ke kuliah Proton City. Ekoran jarak hmpir 12 kilometer dari kampus menyusahkan mahasiswa yang berada di Khar dan Kuo. Menurut mahasiswa sejarah, Wafi menerusi e-mail ke Upsikini , “saya menimbulkan persoalan ini sebab saya ragu-ragu tentang bagaimana perjalanan bas ke sana nanti, sedangkan kuliah di Taman Bernam pun kadang-kadang bermasalah”.