October 30, 2013

MP serah memorandom kepada NC

Tanjong Malim, 30 Okt – Mahasiswa Pendidik (MP) pagi tadi telah menyerahkan satu memorandom kepada pihak universiti menjelang Pilihanraya kampus (PRK) yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.

Penyerahan ini adalah tindakan pertama mereka setelah satu sidang media yang dibuat sebelum ini.

Kandungan memorandom yang dihantar tadi antara lain menuntut pihak universiti mengumumkan tarikh PRK dengan lebih awal supaya mahasiswa dapat bersedia khususnya para calon yang akan bertanding.

Mereka juga menuntut supaya pihak universiti dapat menjadi pemerhati yang tegas dengan mengawal individu tertentu dalam JHEPA yang bertindak campur tangan dalam urusan PRK.

Penyerahan memorandom tadi berlangsung dalam keadaan aman. Memorandom tersebut diambil sendiri oleh Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Zakaria Kasa dan mereka terus membuat pertemuan ringkas. TNC JHEPA, Datuk Paduka Junaidi turut kelihatan bersama semasa pertemuan tadi.
.
Koordinator MP, Abdel Hakim Wan Mohd Nor mengetuai penyerahan memorandom pagi tadi dan mereka dijangka akan membuat sidang media bagi memberi penjelasan kepada mahasiswa tentang kandungan tuntutan yang diserahkan.

Mahasiswa juga sudah pasti ingin mengetahui apakah reaksi balas pihak universiti setelah menerima tuntutan tersebut.

No comments: