Tanjong Malim, 6 Dis – Husnil Khatimah Hussin, Exco Perhubungan Awam
& Antarabangsa MPP menyatakan bahawa SDP akan diteruskan lagi pada sesi
ini.
Beliau mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi pihak Upsikini hari
ini. Dalam pada itu beliau berharap perancangan dan persiapan awal yang dibuat
dapat memastikan perjalanannya tidak terganggu dengan kerenah birokrasi sedia
ada.
Husnil juga menyatakan komitmennya terhadap program tersebut kerana
berpendapat ianya memberikan banyak kebaikan kepada mahasiswa.
“saya melihat sidang SDP yang lepas dan sebelumnya memberi impak yang
besar terhadap kebajikan mahasiswa khususnya. Sebab itu saya begitu excited untuk
meneruskannya, katanya.”
“Selain itu, SDP adalah medium terbaik untuk perwakilan mahasiswa
bertemu empat mata dengan pihak pentadbiran UPSI, tambahnya lagi.”
SDP merupakan satu program yang membuka ruang kepada mahasiswa untuk
mengemukakan usul kepada pihak universiti dan dibahaskan untuk mendapat solusi
terbaik.
1 comment:
Saya adalah salah seorang pendidik. Saya telah berkhidmat selama hampir 7 tahun. Apa yang saya nampak adlah ketidakadilan dalam pentadbiran sekolah. Persoalannya guru diploma selalu memandang serong dan mengutuk guru Ijazah mengatakan guru ijazah tidak pandai dan tidak bagus berkhidmat. Pihak pentadbir juga selalu membuli guru ijzah dengan memberi kerja bertimbun-timbun. Tetapi, saya lihat guru-guru lama iaitu diploma tak adalah bagus sangat pun buat kerja, hanya ek je lebih. Ditambah lagi dengan sikap segelintir guru besar yang seakan-akan tidak siuman memberi arahan-arahan yang tak masuk akal. Nasihat saya, kalau nak kerja cari lah kerja lain bukan perguruan yang setakat ini membebankan. Ini bukannya cerita fantasi. Kalau tak percaya, alamilah sendiri
Post a Comment