Tanjung Malim, 2 Dis –
Perhimpunan Agung UMNO 2012 kali ini
menyaksikan beberapa ucapan penuh bersemangat oleh pimpinan parti tersebut. Hal
ini merupakan agenda biasa UMNO setiap kali mengadakan himpunan.
Namun yang menariknya
pada sesi perhimpunan kali ini ialah, mereka telah menonjolkan wajah penting
upsi yang tidak asing lagi iaitu DDj. Junaidi kelihatan begitu obses memujuk
Dato’ Najib supaya dirinya diangkat menjadi calon.
Sementara itu, apa yang lebih mengejutkan ialah beberapa orang
MPP dari We Love UPSI termasuk YDP,saudara Fadlillah, Bendahari dan juga salah seorang Exco
Kebajikan dan Perkhidmatan (syahmi aiman) turut kelihatan sepanjang
perhimpunan berlangsung.
Kini sudah jelas bahawa
We Love UPSI (Aspirasi) adalah salah satu dari proksi umno dalam meraih
sokongan mahasiswa.
Koordinator Mahasiswa Pendidik,
Mohammad Syafiq yang juga Exco Kebajikan dan Perkhidmatan kesal dengan sikap segelintir MPP terutamanya YDP dan rakan
sejawatnya Syahmi Aiman kerana mereka dilihat lebih mengutamakan politik luar
berbanding kebajikan mahasiswa.
“saya kesal dengan
tindakan mereka yang boleh meluangkan masa untuk menghadiri Perhimpunan Agung
UMNO tetapi tidak berkesempatan untuk membuat mesyuarat kabinet MPP, katanya.”
“saya telah banyak kali
menginatkan dia supaya memanggil ahli MPP untuk duduk bincang berkaitan
kebajikan mahasiswa yang banyak terabai, tetapi beliau (YDP) sentiasa beralasan
dan berhelah, tambahnya lagi.”
Dalam pada itu,
mahasiswa kini mula sedar bahawa undi mereka telah dikhianati dan mereka kini sudah
mula memboikot Aspirasi terutamanya YDP yang mana masih gagal melaksanakan
manifestonya.
1 comment:
Admin..Inilah kesan pada pindaan AUKU. YDP MPP sibuk berpolitik kat luar, kebajikan pelajar terabai. Kalau aku MPP pun aku akan buat mcm depa gak..jadi MPP setahun je. Paling kurang lepas grad sure ada peluang kerja sebab kenai Menteri atau kabel kerajaan. Kalau hang tak pernah baca pindaan AUKU.. ni aku bagi sikit. Selebihnya hang cari la sendiri. AUKU Pindaan 2012. Tarikh Perkenan Diraja pada 18 Jun 2012. Tarikh Penyiaran dalam warta 22 Jun 2012.
Pengantian Seksyen 15.5 Akta ibu dipinda dengan mengantikan seksyen 15 dengan seksyen yang berikut:
"Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar.
15.(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang sama ada di dalam atau diluar Malaysia termasuk mana-mana parti politik."
Post a Comment