January 27, 2012

10 Mahasiswa UPSI Berpraktikum di Brunei

Tanjung Malim, 27 Jan- Seramai 10 orang Mahasiswa UPSI bertolak ke Brunei hari ini bagi menjalankan latihan mengajar. Mahasiswa tersebut kesemuanya terdiri daripada Fakulti Sains Kemanusian, Program Pendidikan Islam.

Mereka yang terpilih ini akan berpraktikum selama 16 minggu bersamaan empat bulan bermula dariapda 30 Januari sehingga 25 May 2012. Mahasiswa yang terpilih melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak universiti kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada mereka.

Antara yang terpilih bagi menjalankan praktikum ini ialah Muhammad Amirul Bin Amran, Mohd Firdaus Bin Razali, Nadiah binti Ahmad, Noor Lela Binti Lamsun, Aida Yusrina Binti Mohamed Yunus, Mohamad Syukri Bin Sulaiman, Norhafizah Binti Mohd Samsuri, Ahmad Zarin Bin Shamsudin, Mohd Jamil Bin Zainal Abidin, dan Fakhruddin Bin Sulaiman.

Saudara Muhammad Amirul bin Amran, (kanan) menerusi emel kepada Upsikini menyatakan bahawa “saya dan rakan seperjuangan yang lain melahirkan setinggi- tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran univesiti khususnya Jabatan Pendidikan Islam memberi kepercayaan kepada kami bagi menjalani praktikum di Negara Brunei. Kami juga berharap dapat menjalani praktikum ini dengan baik”.

“Dalam tempoh praktikum ini, kami akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Brunei Darussalam. Kami mengharapkan semua mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami selama kami menjalani praktikum ini. ”Sambungnya lagi.

January 17, 2012

Harga buku RPH diturunkan semula

Tanjong Malim, 17 Jan – Harga buku RPH yang naik mendadak yang dilaporkan Upsikini sebelum ini telah diturunkan semula kepada harga asal.

Kata sepakat tersebut diperolehi dalam satu mesyuarat khas bersama pihak koperasi (KOUPSI), Unit Latihan Mengajar (ULM), wakil Majlis Perwakilan Pelajar dan Muhammad Amirul Amran selaku pengadu dalam masalah tersebut.

Pihak KOUPSI bersetuju untuk menurunkan semula harga buku tersebut kepada RM20 setelah mengambil kira kewajaran dan beban yang ditanggung mahasiswa.

Muhammad Amirul dalam komennya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak universiti kerana prihatin kepada masalah mahasiswa.

“saya ucapkan terima kasih kepada pihak universiti diatas inisiatif yang diambil ini untuk membuat satu pertemuan bersama mahasiswa dan beberapa pihak berkaitan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mahasiswa, katanya.”

“setelah mengambil pandangan semua ahli mesyuarat akhirnya majoriti bersetuju harga buku tersebut diturunkan kepada harga asal dengan mengambil kira bebanan yang ditanggung mahasiswa, tambahnya lagi.”

Mesyuarat tersebut dikatakan diadakan atas arahan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Omar Abdul Kareem berikutan laporan kenaikan harga buku mendadak yang dilaporkan Upsikini sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, harga buku tersebut akan disemak semula selepas ini kerana terdapat kos yang berubah meyebabkan harganya juga terpaksa dinaikkan pada masa akan datang.

January 16, 2012

NC dapat anugerah Dato'

Pihak warga kerja UPSIkini mengucapkan sekalung tahniah kepada Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dato' Dr Zakaria Kasa atas pengurniaan Pingat Kebesaran Negeri Kedah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sultan yg Ke-84 yang membawa gelaran Dato'.

Semoga dengan pengurniaan pingat ini, beliau mampu meningkatkan kecemerlangan dan marbat institusi pendidikan khususnya Universiti Pendidikan Sultan Idirs (UPSI) kearah kersejahteraan, keadilan dan kecemerlangan.

Guru interim mengajar tak ikut opsyen

Tanjong Malim, 16 Jan - Pengambilan guru interim oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak sepenuhnya mengikut opsyen pengkhususan graduan pendidikan, sebaliknya mengikut kekosongan guru yang ada.

Menurut sumber, setakat ini beberapa negeri seperti Johor, Sabah, Selangor, Kedah dan beberapa negeri lain telah memulakan proses pengambilan guru interim (guru sementara). Namun, tidak semua mereka akan mengajar mengikut pengkhususan yang diambil semasa pengajian.

Menurut beberapa graduan, wujud keadaan dimana graduan pendidikan ekonomi dan bukan bersekolah aliran agama diberi tugasan untuk mengajar Pendidikan Islam sewaktu melaporkan diri.

Selain itu, sebahagian yang lain terpaksa mengajar subjek Bahasa Inggeris, MUET walau pun hanya mendapat Band 2 dalam MUET semasa pengajian di universiti. Manakala, sebahagian yang lain terpaksa mengajar subjek Sivik , Kemahiran Hidup dan beberapa subjek lain yang bukan pengkhususan mereka.

Mereka menyifatkan, keadaan tersebut tidak sepatutnya berlaku, seorang guru yang tak mahir dalam bidang yang tak pernah dipelajari di universiti terpaksa mengajar subjek tersebut. Bagaimanakah mereka hendak mengajar? Ini juga menyebabkan penganaian kepada guru tersebut.

Hal ini akan merugikan murid-murid disamping kualiti pendidikan yang diterima tidak berjaya memenuhi kehendak yang sepatutnya.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sewajarnya memikirkan insiatif segera dengan mempercepatkan penempatan graduan pendidikan mengikut opsyen masing-masing agar masa depan pendidikan pelajar disekolah tidak diperjudikan dengan mengambil guru yang bukan mengikut opsyen mereka.

January 15, 2012

Bukti akan didedahkan jika perlu – Zahar

Tanjong Malim, 15 Jan – Segala bukti akan dikeluarkan jika perlu. Begitulah respon ringkas Koordinator Mahasiswa Pendidik (MP), Mohd Zahar Mohamed Nor berkaitan isu dua orang pelajar yang dibuang kolej.

“saya akan berikan bukti jika masih ada lagi suara sumbang yang menyokong tindakan khianat tersebut. Saya mempunyai rekod percakapan penuh beliau (Mohd Zahuri Khairani) semasa mengeluarkan arahan pembuangan tersebut, katanya.”

“Arahan tersebut memang jelas mereka dibuang hanya kerana terlibat dalam lakonan video pendek, ujarnya.”

“Jangan cabar kita kerana jika saya dedahkan perkara tersebut nescaya masih banyak lagi isu akan timbul. Oleh itu harapan kita agar beliau lebih berhati-hati dalam setiap tindakan selepas ini, tambahnya lagi.”

Dalam perkembangan lain, Pengetua kolej berkenaan (Mohd Zahuri Khairani) masih membisu kerana malu dengan tindakan tidak bermaruah tersebut. Isu ini sudah mendapat liputan meluas oleh media dan rata-rata mengutuk tindakan tersebut yang menzalimi hak mahasiswa.

January 14, 2012

GPMS UPSI: 'Hidup pengetua, buang semua '

Tanjong Malim, 14 Jan- Wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Mohammad Farhan (gambar) , dalam satu komennya hari ini dikatakan menyokong tindakan pengetua membuang dua mahasiswa Kolej Za'ba berhubung isu filem pendek 'Kau Nie' tempoh hari.

Dalam satu komennya di Facebook, Mohamad Farhan mengatakan " hidup hidup, pengetua, buang-buang, buang semua!..duduk luar sudah, lagi senang Mahasiswa Pendidik (MP) nak bergerak bebas kan? kahkahkahkahkah."

Katanya, Mahasiswa Pendidik hanya menjaga 'orang dia', mereka bukan pemimpin tetapi perlu lebih dipimpin lagi.

"Meh aku jawabkan, mereka jaga orang dia je la, mereka bukan pemimpin tapi perlu lebih dipimpin lagi, kahkahkahkah! Nasihat aku kat MP, nak jadi pemimpin, perjuangkanlah semua, tak kira org MP ke bukan " ujarnya ketika memberi komen yang menyebut masih ramai mahasiswa lain dibuang kolej tapi tak diperjuangkan mereka.

Untuk rekod, pengetua Kolej Za'ba dilaporkan telah membuang dua mahasiswanya kerana satu filem pendek bertajuk 'Kau Nie' yang menjelaskan tentang isu semasa dan AUKU.

Tak ada dana punca 'posting' ditangguhkan-LMP

Tanjong Malim, 14 Jan- Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris menyifatkan bahawa punca sebenar pembekuan 'posting' graduan ISMP adalah disebabkan dana kerajaan telah pun dihabiskan untuk perkara lain.

Dalam satu kenyataan di Facebook, LMP menyatakan pada 10 Januari 2012 wakil Gabungan Graduan ISMP Malaysia telah di tipu oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dikatakan berjanji bahawa pengumuman 'posting' akan dibuat pada tarikh tersebut.

Namun, sehingga hari ini KPM masih lagi bermain wayang dengan graduan pendidikan termasuk memberi janji-janji yang menyakinkan. Sehingga kini, mereka dikatakan telah ditipu sebanyak 3 kali oleh pihak KPM.

"Graduan pendidikan 2011 mengalami kelewatan posting, kenapa telah beberapa kali senior kita tertipu dengan maklumat yang diberikan pegawai KPM ? "

Menurut seorang wakil graduan ISMP-LMP, kelewatan penempatan kami berpunca daripada persoalan utama iaitu ke mana dana yang diperuntukan dalam Belanjawan 2012 bagi membiayai gaji guru baru ?

Katanya "seorang pegawai KPM yang terlibat dalam bahagian penempatan mengatakan secara rahsia kepada saya bahawa dana tersebut digunakan untuk kempen BN pada PRU-13, buktinya habuan one-off RM 100 kepada setiap orang pelajar dalam Belanjawan 2012, pemberian RM500 kepada 5.2 juta isi rumah yang menelan belanja 2.6 billion menjadi punca pembekuan posting.

Mereka menyatakan, ternyata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) memungkiri janjinya ditambah dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara jelas mengarah graduan mencari kerja lain dahulu dan baru-baru ini pada 10 Januari 2012 KPM telah memungkiri janjinya dengan tidak mengeluarkan senarai nama graduan pendidikan yang bakal ditemuduga.

Dalam hal berkaitan, graduan ISMP dan beberapa 'front' mahasiswa pendidikan dikatakan sedang merancang untuk mewujudkan gelombang kedua gerakan besar-besaran bagi menuntut KPM mempercepatkan 'posting'.

January 13, 2012

Buang kolej sesuka hati, tindakan naif – Mahasiswa Pendidik

Tanjong Malim, 13 Jan – Mahasiswa Pendidik (MP) mengutuk tindakan pengurusan kolej yang membuat penyingkiran terhadap pelajar tanpa sebab yang munasabah.

Dua orang mahasiswa Kolej Za’ba dikatakan telah dibuang daripada kolej kediaman kerana berlakon dalam video pendek bertajuk ‘Kau Nie’ yang telah diupload dalam Youtube. Video tersebut yang disalah tafsir oleh sesetengah pihak yang berfikiran sempit sehingga menyebabkan pelakonnya dibuang daripada kolej kediaman.

Pimpinan MP, saudara Mohd Zahar Mohamed Nor ketika dihubungi melahirkan rasa kesal diatas tindakan tidak profesional tersebut. Beliau turut mempersoalkan alas an yang sangat naïf telah digunakan untuk membuang dua orang pelajar tersebut daripada kolej.

“saya kesal dengan tindakan beliau kerana ia langsung tidak mencerminkan pengurusan berintegriti oleh seorang pengetua. Alasan yang digunakan sangat naïf dan saya mencabar beliau (Mohd Zahuri) untuk menunjukkan bahagian mana yang terdapat percakapan melambangkan kepartian atau melanggar sensitiviti. Mesej daripada video tersebut jelas bahawa kami ingin mahasiswa mengetahui hak mereka, katanya.”

“saya juga nak tahu prosedur mana yang digunapakai yang menyebut sesiapa yang berlakon akan dibuang kolej, soalnya sinis.”

“Pelajar yang dibuang itu sebenarnya aset kepada kolej kerana beliau aktif dalam berorganisasi baik dalam mahupun luar kolej (universiti), tambahnya lagi.”

Tindakan tersebut telah menaikkan lagi kemarahan mahasiswa yang melihat satu demi satu kezaliman dilakukan terhadap mereka. Mahasiswa sudah pasti akan terus bangkit demi mempertahankan hak mereka.

Siri Khas 2: Hantu Pak Indon serang bangunan canselori ?

Kekalutan melanda pihak pengurusan tertinggi universiti pada ketika ini. Penulis ada terdengar dari jauh, ada khabar daripada Bangunan Canselori yang bertiup kencang ada hantu Pak Indon serang bangunan canselori?

Penulis amat bersimpati kepada individu terbabit yang terpaksa buat kerja di bilik orang lain lantaran ganguan 'Hantu Pak Indon' di bilik sendiri. Penulis lagi kesian kepada orang lain yang tak ada kena mengena juga disampuk 'Hantu Pak Indon'. Entah lah, penulis tak tahu nak kata apa, kerana penulis bukan tok bomoh hantu.

Dengan kekalutan yang berlaku sebenarnya memudahkan kerja-kerja DD… untuk mencapai matlamat peribadinya. Yang terbaru penulis terdengar perkhabaran pihak universiti telah meluluskan permohonan DD… untuk ke Indonesia dengan peruntukan kewangan universiti walaupun pemergiannya bukan atas urusan universiti tetapi urusan POLITIK (perancangan menjadi calon parlimen).

Jika perkhabaran ini benar, jangan tunggu sampai DD… gunakan duit zakat untuk bayaran guaman melawan Adam Adli untuk bertindak. Bertindaklah sekarang jangan takut sangat dengan Hantu Pak Indon. Cuma penulis nak ingatkan, jangan sampai DD… bawa pulang kroni Hantu Pak Indon ke UPSI.

Untuk makluman pembaca, penulis akan merehatkan penerbitan siri sebelum ini bagi memberi peluang kepada mahasiswa UPSI berehat. Nantikan kemunculan siri-siri yang lebih hangat bermula akhir bulan Februari nanti. Penulis juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada individu yang tidak bersalah tetapi terheret dengan penulisan ini.

Sekali lagi penulis tegaskan, Siri ini adalah untuk mendedahkan salah laku DD… dan juak-juakya agar pihak berkaitan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum kehancuran yang lebih serius malanda UPSI. dan kepada mereka yang pernah melakukan kesilapan penulis doakan semoga pintu taubat sentiasa terbuka untunya.


Tamat.


Siri Khas 1: Pentadbir baru, layan mahasiswa macam musuh

Dalam siri yang lepas, penulis mengulas isu “pembersihan” yang dilakukan DD…dan juak-juaknya untuk memastikan agenda politik dan kepentingan peribadi individu tertentu tercapai di HEPA. Ironinya, apa yang berlaku di UPSI dalam seminggu dua ini benar-benar menepati tajuk penulisan siri ini 'UPSI Kembali ke Era 2005-2007'.

Kerana pada era tersebut juga UPSI dikenali di mana-mana. Cuma dalam era itu (2005-2007) UPSI digegarkan dengan isu video. "BETULKAH RAKAMAN VIDEO TU?". Berbeza pada era ini, soalan yang ditanya SIAPAKAH ADAM ADLI TU?

Memang benar janji Rasul ketika baginda bersabda “Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada mereka yang tidak layak, maka tunggulah kehancurannya”. Di saat ini, sekali lagi nama UPSI berada di ambang kehancuran. Akibat daripada perbuatan tangan-tangan individu yang tidak layak tetapi diserahkan amanah menerajui kepimpinan pembangunan kerohanian dan sahsiah pelajar.

Di hadapan mata kita hari ini Allah paparkan sebahagian daripada “kehancuran itu” dan kekalutan akibat dari pendekatan yang salah dalam mendidik mahasiswa. Itulah kegagalan yang paling besar pernah penulis saksikan di UPSI.

Hari ini kita boleh timbulkan persoalan layakkah kita dinamakan universiti pendidikan dikala kita gagal menunjukkan contoh pendidikan yang baik kepada mahasiswa yang akan menjadi pendidik? Amat menyedihkan apabila melihat kebencian dan permusuhan yang kian parah di tunjukkan oleh DD… dan juak-juaknya di kolej kediaman terhadap mahasiswa mereka sendiri.

Kalau warga UPSI ada kesempatan, carilah satu rakaman yang dibuat oleh JMK KZ hasil daripada mesyuarat mereka dengan pengetua. Amat memalukan apabila kata-kata yang keluar daripada mulut Bapa Pengetua yang ditujukan kepada beberapa orang mahasiswa menunjukkan begitu besar permusuhan dan kebenciannya kepada pelajar.

Wahai saudaraku warga UPSI, ingatlah kuasa sebagai pengetua bukan untuk digunakan sebagai mengugut dan mencabar pelajar. Ingat! Apa yang kita lakukan hari ini menjadi cerminan kepada mahasiswa. Kalau itulah yang kita tunjukkan, maka itulah contoh yang mereka akan dapat dan ikuti.

Kalau pengetua hari ini mengambil jalan mudah dalam menanggani masalah mahasiswa, kenakan tindakan buang kolej kepada mereka yang tidak menyokong dan mengkritik pengetua , maka itulah sikap yang akan diwariskan kepada mahasiswa apabila berdepan dengan masalah di sekolah nanti.

Ingatlah saudaraku! Apa yang kita beri, maka itulah yang kaita dapat. Jika permusuhan dan kebencian yang diberikan oleh pengetua kepada pelajarnya maka itulah yang pengetua akan dapat dari mereka.

Jika saudara pembaca berkesempatan berkunjunglah ke surau KAB atau KUO, dan dengarlah perbualan “ahli rumah Allah” itu, penulis yakin saudara akan mendegar “gelaran-gelaran” yang mengambarkan kemarahan dan kebencian mereka kepada pengetua kolej. Jangan salahkan mereka kerana kebencian dan kemarahan pengetua kepada “ahli rumah Allah” ini begitu menebal, dan kebencian dan kemarahan itulah yang pengetua akan dapat daripada mahasiswanya.
Sikap yang sebeginilah yang akhirnya melahirkan individu seperti Sdr. Adam Adli. Sedar tak wahai saudaraku warga UPSI. Sdr. Adam Adli sudah tiga tahun berada di UPSI dan tidak dinafikan kecenderongannya kepada kesedaran politik dan perkembangan semasa begitu kuat. Bagi penulis, insan seperti Sdr.

Adam Adli jauh lebih baik daripada “kaki karaoke” dan “kutu dangdut” yang begitu disayangi oleh DD… Oleh itu, tidak hairanlah apabila beliau dilihat kerap kali terlibat dalam isu-isu perjuangan masyarakat. Cuma pendekatan yang diambil oleh “Alumni HEPA” sebelum ini banyak meredakan keadaan.

Menurut khabar, Adam Adli pernah mengalirkan air mata dalam satu perjumpaan dengan beberapa “Alumni HEPA” pada suatu ketika dahulu. Kerana pendekatan yang digunakan pada ketika itu adalah “nasihat dan didikan”. Kerana yakinlah orang seperti Sdr. Adam Adli ini, jika dididik dengan cara yang baik, dia akan menjadi sebuah mutiara yang amat berharga kepada masyarakat.

Tapi ingat! Jika pendekatan kebencian, dendam dan ugutan yang diberikan kepadanya, natijahnya, lihat apa yang berlaku dihadapan mata kita hari ini. Wahai saudara warga UPSI, apa yang dipaparkan di hadapan kita hari ini adalah sebahagian daripada “kehancuran” bawaan DD… dan juak-juaknya.


Bersambung...

January 12, 2012

Mahasiswa dizalimi lagi

Tanjong Malim, 12 Jan – Mahasiswa terus dizalimi dengan tindakan pengetua kontroversi ( Mohd Zahuri Khairani ) apabila beliau sekali lagi mengeluarkan penghuni kolej tanpa sebab yang relevan.

Menurut laporan yang diperolehi, dua orang mahasiswa yang tinggal di Kolej Za’ba dibuang atas alasan berlakon dalam video pendek ‘Kau Nie’.

Video tersebut yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para mahasiswa dan masyarakat telah menyebabkan pengetua kolej mengambil tindakan tersebut.

Mangsa, Muhammad bin Wan Mohd Nor berkata beliau amat terkilan dengan tindakan tersebut yang disifatkannya terlalu prejudis.

“saya sedih dengan tindakan beliau kerana menyingkirkan nama saya hanya kerana berlakon dalam video pendek yang langsung tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, katanya.”

“saya telah menghubungi beliau tetapi beliau enggan memberikan sebab lisan kenapa saya dibuang kolej, saya pun pelik dengan tindak tanduknya akhir-akhir ini, tambahnya lagi.”

Sebagai rekod, Muhammad sebelum ini merupakan mantan Exco Kolej Kediaman Za’ba dan sekarang memagang jawatan sebagai Pengerusi Rakan Penggerak Ad-Din Kolej Za’ba selain menjawat Timbalan Pengerusi Surau al-Falah. Dalam masa yang sama beliau juga aktif di peringkat persatuan dengan menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Pengajian Malaysia.

Pengetua kontroversi tersebut sebelum ini dikaitkan dengan penglibatan beliau yang menyokong himpunan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada malam tahun baru sebelum ini.

Seorang lagi mangsa yang terlibat adalah Tuan Mansor, juga atas alasan yang sama. Seorang pengetua diharap dapat menjadi penyelia kolej yang baik dan adil agar mahasiswa di bawah jagaannya mendapat perlindungan serta kebajikan mereka terbela.

Harga buku naik, universiti ambil kesempatan

Tanjong Malim, 12 Jan – Segelintir mahasiswa melahirkan rasa kecewa dengan kenaikan mendadak harga buku Rancangn Pengajaran Harian (RPH) yang dijual pihak universiti.

Mereka agak terkejut apabila buku tersebut dijual pada harga RM25 selepas menjelangnya tahun baru ini. Buku tersebut sebelum ini dijual pada harga RM20 sahaja.

Muhammad Amirul Amran, pelajar semester 6 merangkap Pengerusi Rakan Penggerak Ad-Din turut melahirkan kekecewaan diatas kenaikan harga tersebut.

“saya amat terkejut apabila hendak membeli buku tersebut hari ini kerana terpaksa membayar dengan harga RM25, sedangkan kawan saya yang membelinya minggu lepas hanya dengan harga RM20, katanya selepas dihubungi Upsikini.”

Pihak universiti dilihat cuba mengambil kesempatan diatas pemberian vaucer 1Malaysia yang mula diedarkan kepada mahasiswa bermula minggu ini.

Menurut maklumat yang diperolehi, alasan kenaikan tersebut adalah disebabkan faktor kenaikan kos dan stok buku yang berkurang.

Amirul menambah, alasan tersebut adalah tidak munasabah dan keterlaluan. Akibatnya mahasiswa terpaksa menanggung beban pada hujung semester ini.

Sehubungan itu, pihak universiti diminta tampil memberi penjelasan kepada mahasiswa dan harus pertimbangkan kembali kenaikan yang keterlaluan itu.

January 11, 2012

Graduan kecewa lagi, KPM lengahkan 'posting'


Tanjong Malim, 11 Jan- Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sekali lagi melahirkan rasa kecewa mereka berhubung isu penempatan yang masih belum diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Memberi janji kosong

Menurut seorang wakil graduan ISMP, pihak KPM melalui pegawai Bahagian Penempatan Guru dikatakan telah berjanji beberapa kali untuk mengumumkannya. Kali pertama janji dibuat pada bulan November 2011, kemudian ditunda kepada bulan Disember 2011 , seterusnya mereka berjanji lagi untuk mengumumkan pada 10 Januari 2012.


Namun, sehingga kini tiada pengumuman dibuat. Tindakan KPM yang disifatkan memberi 'janji kosong' kepada wakil Gabungan Graduan ISMP tempoh hari ,menimbulkan pelbagai persoalan dan melahirkan rasa kecewa rata-rata graduan.

Dalam masa yang sama, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dalam kenyataan akhbarnya turut menyatakan penempatan akan dibuat pada bulan Mac 2012 tetapi sehingga kini, masih belum nampak proses untuk 'posting' tersebut dibuat.


Tak cekap dan gagal mengurus dengan baik

Selain itu, wujud dikalangan graduan yang menyifatkan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diletakkan dibawah Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak cekap dan gagal dalam menguruskan penempatan guru baru dengan baik.

Dalam pada itu, mereka turut mempersoalkan apakah masalah sebenar KPM yang sehingga kini masih belum membuat apa-apa kenyataan yang jelas berhubung isu posting ISMP. Adakah disebabkan kerajaan tak ada wang ? Atau KPM tak cekap menguruskan hal tersebut ?

Kekosongan guru kritikal, tetapi ambilan tiada

Dalam hal lain, baru-baru ini pihak Pejabat Pelajaran Negeri Johor dan beberapa negeri lain telah memanggil beberapa graduan pendidikan untuk diserap sebagai guru interim bagi memenuhi kekosongan guru yang kritikal.

Penyerapan guru interim tersebut telah memberi gambaran yang jelas bahawa keperluan guru disekolah agak kritikal. Dari hal tersebut, timbul persoalan kenapakah ambilan guru baru masih dilengahkan oleh KPM?

Untuk rekod, isu penempatan graduan ISMP telah dilaporkan di media, dibahaskan oleh ahli parlimen, namun hingga kini masih belum mampu diselesaikan.

Lebih 5000 graduan pendidikan sehingga masih belum melalui proses untuk di 'posting'kan . Mereka dilaporkan telah tamat belajar sejak Jun 2011. Hingga Januari 2012, kira-kira lebih 7 bulan mereka menanti untuk ditempatkan.

January 10, 2012

Siri Keenam: Penyelewangan hak awam yang disembunyikan ?

Sedar tak wahai saudaraku warga UPSI. Berapa ramai kakitangan HEPA yang mengambil kesempatan di atas pembangunan tersebut untuk memperolehi keuntungan peribadi. Sedar tak wahai saudaraku, berapa ramai daripada kakitangan HEPA pada waktu itu yang membeli rumah daripada pemaju yang membangunkan kolej tersebut dengan harga yang lebih murah daripada orang lain.

Sedar tak berapa banyak tajaan-tajaan yang diberikan oleh syarikat berkaitan kepada beberapa individu tertentu sama ada dalam bentuk lawatan keluar negara atau sebagainya. Penulis yakin ramai yang tahu, tapi tidak berani membuat laporan, kerana individu tersebut begitu licik mengaturkan segala penyelewengan yang berlaku hinggakan ia tidak dapat dibuktikan. Tapi yakinlah wahai saudaraku, Allah itu maha melihat dan tunggulah waktunya nanti akan diseret di hadapan pengadilan, jika anda selamat di dunia jangan lupa anda akan dihitung di sana.

Penulis sengaja mengembalikan ingatan pembaca kepada era tersebut, kerana penulis yakin perkara yang sama akan berlaku. Sedar tak wahai saudaraku, tiga kolej baru sedang dibangunkan di Proton City. Pertukaran perjawatan yang berlaku di HEPA sekarang ini ada kaitan rapat dengan perancangan individu tertentu untuk mengaut keuntungan peribadi daripada pembangunan ketiga-ketiga kolej kediaman tersebut.

Untuk mendapat maklumat secara lebih lanjut, penulis menasihatkan semua pembaca menyiasat siapa penaja bengkel peningkatan profesionalisme pengetua dan felo yang diadakan baru-baru ini di Kota Bharu, munasabah atau tidak pihak HEPA menjemput Raja Muda Perlis untuk merasmikan bengkel (klik) itu.

Apa kaitan Raja Muda Perlis dengan UPSI, HEPA, Pengetua, Felo atau negeri Kelantan. Mungkinkah ada kaitan invidu tersebut dengan syarikat yang memperoleh tender bagi membekalkan perabot untuk ketiga-ketiga kolej tersebut? Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Penulis juga membangkitkan isu pertukaran ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa pihak-pihak tertentu. Pertamanya penulis dikhabarkan bermula bulan Oktober 2011 Pusat Islam telah menerima dua orang pembantu tadbir, sedangkan dalam waran perjawatan yang diluluskan oleh universiti Pusat Islam hanya diluluskan seorang pembantu tadbir. (jika maklumat yang diberikan oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia yang sampai kepada penulis ini benar. Jadi penulis mohon pembaca buat semakan di BSM).

Mungkin jawapan akan diberikan adalah untuk sementara waktu, dua atau tiga bulan sahaja. Mungkin persoalan yang boleh dibangkitkan kenapa pertukaran itu dilakukan serta-merta? Adakah pertukaran itu benar-benar diperlukan atau untuk melindungi operasi individu tertentu di unit lamanya agar tidak dilaporkan keluar. Mohon budi bicara pembaca untuk membuat siasatan lanjut…

Pertukaran ini juga dilihat melebihi bidang kuasa yang dibenarkan oleh pegawai atasan yang terlibat dalam pertukaran tersebut. Adalah diingatkan bahawa Pusat Sukan dan Pusat Islam bukan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar tetapi di bawah TNC HEPA. Oleh itu pada pandangan penulis ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar tidak ada kuasa untuk menukarkan mana-mana kakitangan di bawah kedua-dua pusat itu. Apatah lagi pertukaran itu tidak diperlukan kecuali untuk melindungi operasi rahsia di Blok B.

Dengan ini, penulis dengan secara rasminya menjemput pihak pengurusan universiti untuk menyiasat isu ini. Wahai Ketua Unit Audit Dalam, jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan, jangan takut dan jangan gentar sehingga terpaksa memilih bulu untuk disiasat.

Penulis juga secara rasmi menjemput pihak Suruhanjaya Pencegah Rahsuah Malaysia (SPRM) untuk berkunjung ke UPSI. Tumpukan siatan di Kolej Harun Aminurrashid yang dilaporkan menjadi pusat operasi penyelewengan itu. Pesan penulis, jangan lupa untuk siasat akaun rahsia yang diwujudkan untuk membiayai individu tertentu mengikuti program keluar negara.

Bersambung ke siri seterusnya..


*Ikuti siri pendedahan UPSIkini terhadap campur tangan 'orang politik' dalam perlantikan TNCHEPA yang akhirnya melahirkan kecelaruan dalam pentadbiran UPSI, Siri 1, Siri 2, Siri 3, Siri 4, Siri 5.

Saya kagum dengan dia – Zahar

Tanjong Malim, 10 Jan – Mohd Zahar membalas tuduhan seorang pengetua UPSI ( Mohd Zahuri Khairani ) dengan mengatakan beliau kagum dengan sikap pengetua tersebut.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak Upsikini selain membalas kenyataan tersebut dalam laman Facebook.

“Saya kagum dengan sikap dia yang begitu lantang mengutuk saya di belakang. Pada malam sebelum mesyuarat tersebut diadakan, saya ada berjumpa dengan beliau di surau al -Falah tetapi tidak pula dibangkitkan kenapa saya tidak hadir semasa himpunan tersebut, " katanya.

“Sepatutnya kalau beliau seorang yang profesional dan berani, kena lawan dengan hujah la..jangan lawan dengan kuasa, jangan main kutuk belakang je, " tambahnya lagi.

"Saya juga diberitahu beliau akan menyekat kenderaan saya daripada memasuki kawasan kolej tersebut, ini peraturan daripada mana yang digunapakai, atas kesalahan apa saya nak disekat sedemikian rupa."

Dalam pada itu beliau turut menimbulkan persoalan apabila orang kuat HEP mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Tapi saya keliru dengan pandangan beliau, adakah beliau lebih suka jika keadaan malam tersebut menjadi lebih huru-hara? " Soalnya.

“Saya hormati beliau sebagai seorang pengetua yang sangat berpengalaman dan telah berkhidmat lama sebelum ini, oleh itu nasihat saya supaya beliau selesaikan dahulu audit dalam kolej Za’ba kerana saya bimbang selepas ini ada pula kes audit yang telah lama ditinggalkan," ujarnya dengan sinis.

Apabila ditanya apakah kes yang dimaksudkan, beliau tidak mahu lagi menjawab soalan tersebut.

"Saya tak mahu jawab lagi berkaitan perkara tersebut, cuma saya harap dalam setiap perkara kita lakukan biarlah ada prinsip dan kredibiliti, " katanya ringkas.

January 9, 2012

Adam Adli disambut lebih 200 mahasiswa

Tanjong Malim, 9 Jan- Adam Adli Abdul Halim, mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menghadapi prosiding tindakan tatatertib petang tadi disambut lebih 200 mahasiswa dihadapan Pintu Timur kampus.


Sejurus keluar dari prosiding, Adam Adli mengumumkan bahawa beliau dijatuhkan hukuman gantung 3 semester oleh panel tatatertib UPSI sebelum berucap beberapa minit dihadapan lebih 200 khalayak.

Dalam pada itu, pihak media termasuk wartawan al-Jazeera kelihatan mendapatkan 'statement' beliau untuk dilaporkan.

Untuk maklumat, prosiding terhadap Adam Adli diadili 10 panel termasuk Y.Bhg. Prof Datuk Zainal Kling, Penyandang Kuris Tun Ghafar Baba yang pernah menjadi kontroversi 'Malaysia tak pernah dijajah'.

Zainal Kling: 242,000 carian Google jadi bukti

Tanjong Malim, 9 Jan- Ahli panel prosiding tindakan tatatertib terhadap Adam Adli, Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, Penyandang Kuris Tun Ghafar Baba Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyifatkan bahawa 242,000 carian Google menjadi bukti Adam Adli mencemar nama baik universiti.

Memetik kenyataan Adam Adli di laman Tweeter, "statement Zainal Kling: 242,000 jumlah carian Adam Adli dalam Google mmbuktikan anda mencemar nama baik universiti."

Dalam pada itu, Adam menyifatkan bahawa kenyataan Zainal Kling itu agak melucukan disamping tiada bukti yang konkrit keatas beliau.

Untuk rekod, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling merupakan ahli akademik yang pernah menjadi kontroversi negara apabila menyifakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

Zahar pengecut - Zahuri

Tanjong Malim, 9 Jan – Pengetua Kolej Za’ba, Mohd Zahuri Khairani menuduh saudara Zahar sebagai seorang pemimpin pengecut kerana beliau tidak sertai demontrasi 01012012 di hadapan UPSI baru-baru ini.

Kenyataan tersebut dikatakan dikeluarkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) bersama pengetua semalam.

Beliau sebaliknya berbangga dengan Adam dan Yuyu Luna kerana berani tampil dan bercakap dalam himpunan tersebut.

Beliau dikatakan bengang dengan sikap Mohd Zahar yang hipokrit kerana cakap tidak seperti bikin.

Saudara Zahar, pemimpin Mahasiswa Pendidik (MP) dikhabarkan hilang pada malam kejadian menyebabkan peserta himpunan tidak ramai. Para penyokongnya juga tidak kelihatan kerana mendapat arahan supaya tidak turun.

Sehubungan itu, salah seorang pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah membuat teguran terbuka terhadap sikap Mahasiswa Pendidik kerana tidak memberi sokongan kepada mereka.

Dalam pada itu, Zahar telahpun mengeluarkan pendiriannya berkaitan isu tersebut sebelum ini yang menyatakan bahawa beliau tidak menyokong cara himpunan tesebut dibuat menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk tidak turut serta.

January 8, 2012

Siri Kelima: Operasi bersih Islam disusuli bersih staff HEPA ?

Penulis telah mengulas dalam siri keempat berhubungan usaha-usaha yang dilakukan oleh DD.. dan juak-juaknya untuk membersihkan ISLAM di UPSI. Langkah pertama agar pembersihan itu berjaya ialah memastikan kakitangan yang ada jati diri yang kuat dan dianggap tidak akan menggadaikan prinsip agama dalam melangsungkan kehendak DD… dan juak-juaknya, maka kakitangan tersebut akan dikeluarkan daripada HEPA atau skurang-kurangnya dijauhkan daripada Bangunan Blok B yang menjadi kubu kuat DD…

Setakat artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya empat operasi pembersihan kakitangan telah dilakukan oleh DD... dan juak-juaknya. Operasi pertama adalah menamatkan kontrak semua pengetua yang ada demi melantik pengetua-pengetua baru yang akan menjadi enjen pembersihan tajaan DD… Sekurang-kurangnya dengan pelantikan ini, pengetua akan merasa terhutang budi kepada DD… atas pelantikannya. Ini sudah pasti memudahkan DD… melakukan operasi pembersihannya.

Walaupun dengan alasan untuk memastikan pengetua adalah dari kalangan mereka yang memiliki Phd. Mungkin pada awalnya ada niat baik disebalik keputusan yang dilakukan oleh universiti. Namun kebaikan itu dipadamkan oleh DD.. dengan melantik pengetua-pengetua baru yang pada pandangan penulis sebahagian daripada mereka adalah tidak layak untuk mengisi jawatan itu. Penulis akan mengulas isu ini secara lebih lanjut pada siri seterusnya.

Cuma penulis kagum dengan sikap semua pemandu yang tidak sanggup bersekongkong dengan salah laku DD… setakat artikel ini ditulis tidak ada seorang pun memandu universiti yang sanggup membawa DD… akhirnya unit kenderaan terpaksa menggilirkan seorang pemandu membawa DD… selama seminggu.

Wahai warga UPSI. Tidakkah anda terfikir seorang pemandu yang berjawatan kecil tetapi berjiwa besar untuk tidak mahu bersekongkong dengan DD… tetapi aneh kan seorang berjawatan besar dan ada Phd. sanggup bersekongkong dengan misi jahat DD…

Operasi kedua yang dilakukan oleh DD… adalah mengeluarkan penolong pendaftar yang pada pandangannya ada kekuatan yang boleh menghalang kelangsungan operasi pembersihannya. Allah maha kuasa apabila dalam senarai yang dikeluarkan oleh pendaftar termasuk salah seorang kakitangan yang dikategorikan oleh DD… sebagai “pandai menyanyi dan menari”. Dengan arahan DD… pendaftar terpaksa menarik balik pertukaran kakitangan tersebut.

Kalau pembaca ingin tahu siapa kakitangan itu, bertanyalah kepada DD.. siapa yang menemaninya berkaraoke sampai pagi selepas program sambutan hari kemerdekaan di UPSI. Tidaklah pembaca merasa malu, apabila seorang yang dilantik untuk membangunkan sahsiah pelajar sanggup membawa pegawainya sendiri berkaraoke sehingga pagi. Malangnya nasib UPSI…

Operasi pembersihan kakitangan ketiga yang dilakukan oleh DD.. dan juak-juaknya adalah menukar Pembantu Tadbir yang dianggap sebagai ada jati diri untuk tidak sanggup bersekongkong dengan DD.. lantas melaporkan segala salah laku DD.. dan juak-juaknnya. Maka mereka ini diarahkan bertukar agar pergi jauh daripada Bangunan Blok B yang menjadi pusat operasinya.

Operasi keempat yang dilakukan oleh DD.. dan juak-juaknya adalah menamatkan kontrak felo yang dianggap sebagai “bukan dari puak kita” pada pandangan DD… mungkin ada felo yang patut ditamatkan atas sebab-sebab yang wajar.

Tetapi penulis menyeru kepada pihak pengurusan universiti agar menyiasat isu penamatan kontrak lantikan felo, kerana semata-mata felo tersebut tidak sanggup bersekongkong dengan DD.. untuk melaksanakan rancangannya yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam tetapi juga bercanggah dengan prinsip yang digariskan oleh AUKU.

Penulis melihat isu pertukaran kakitangan HEPA ini sebagai isu yang serius. Bagi mengulas isu tersebut, penulis akan membangkitkan persoalan yang sama iaitu adakah UPSI akan kembali ke era 2005-2007. Kerana pada era itu dua kolej kediaman sedang dibangunkan oleh UPSI iaitu Kolej Harun Aminurrashid dan Kolej Engku Omar.

Bersambung..


*Ikuti siri pendedahan UPSIkini, Siri 1, Siri 2, Siri 3 dan Siri 4

January 6, 2012

Memalukan – Pengetua tak matang

Tanjong Malim, 6 Jan – Satu lagi peristiwa memalukan berlaku di UPSI semalam apabila seorang pengetua kolej dikatakan telah memberi arahan supaya solat hajat yang dirancang tidak dapat diteruskan.

Solat hajat yang dirancang di Surau al-Falah (Kolej Aminuddin Baki) telah diganggu oleh campurtangan pengetua yang tidak membenarkan doa qunut nazilah dibaca dalam solat hajat tersebut.

Mereka dikatakatan terpaksa menyediakan imam khas supaya solat hajat tersebut tidak dibawa oleh pelajar sekaligus membolehkan doa qunut nazilah tidak dapat dibaca. Tindakan tersebut mengundang kemarahan mahasiswa yang hadir kerana tidak ada alasan yang logik untuk seseorang melarang qunut nazilah dibaca dalam solat.

Sementara itu seorang mahasiswa yang tidak mahu disebut identitinya memberitahu Upsikini bahawa dia agak hairan dengan suasana surau al-Falah semalam.

“saya berasa hairan apabila melihat surau yang penuh dengan jemaah kemudian terlihat pula kelibat pengetua-pengetua kolej juga berada dalam surau. Mereka sebelum ini tidak pernah nampak batang hidung pun di surau tersebut walaupun bertugas sebagai pengetua di kolej ini, katanya.”

“sebab itu saya rasa hairan dan musykil sesuatu sedang berlaku dalam surau ini, tambahnya lagi.”

Memetik luahan kecewa daripada facebook Kami Sokong Mahasiswa Pendidik, mereka melahirkan kekecewaan diatas sikap pengetua yang tidak professional dalam menjalankan tugas.

Sepatutnya sebagai orang Islam, kita harus memahami kepentingan solat hajat sebagai satu cara untuk bermunajat memohon kepada Allah diatas kesulitan yang dihadapi. Sebagai hamba kita mesti sentiasa berdoa kepada Sang Pencipta.

January 5, 2012

Pendirian MP berhubung demonstrasi UPSI

Tanjong Malim, 5 Jan – Mahasiswa Pendidik (MP) hari ini mengeluarkan pendirian rasmi mereka terhadap kejadian 01.01.2012 yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Pimpinan Mahasiswa Pendidik (MP), Mohd Zahar Mohamed Nor ketika dihubungi berkata mereka menyokong kesemua tuntutan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang meminta tiga perkara ;

1) Mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara memohon maaf secara terbuka kepada semua mahasiswa yang menjadi mangsa kekejaman pihak polis.

2) Mendesak agar surahanjaya siasatan khas ditubuhkan bagi meneliti semua keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.

3) Mendesak agar Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara meletak jawatan dengan segera atas kegagalan mengawal dan mengambil tindakan terhadap kekejaman pihak polis.

“Kita juga akan turut serta untuk menyerahkan laporan himpunan kepada SUHAKAM dan kita harap siasatan dapat dijalankan oleh badan bebas ini agar keadilan mahasiswa terbela," katanya.

“Pihak Polis sepatutnya tidak menggunakan kekerasan semasa menyuraikan himpunan tersebut kerana mereka berdepan dengan sekumpulan mahasiswa, bukannya penjenayah terancang, saya percaya bahawa polis kita cekap dan masih punyai cara lain bagi mengelak masalah tersebut berlaku," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zahar menolak cara himpunan yang dibuat sebelum ini yang disifatkannya sebagai keterlaluan.

“Cuma saya agak terkilan dengan cara yang dibawa oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang datang ke UPSI dengan melakukan cara sedemikian. Saya tegaskan disini bahawa mahasiswa UPSI sebagai bakal pendidik belum lagi dapat menerima pendekatan tersebut sebagai cara untuk kita menuntut, tegasnya.”

“Saya mewakili suara MP menyokong penuh perjuangan membawa kebebasan akademik tetapi bukan dengan cara sedemikian," tegasnya dengan nada yang tinggi.

“Fokus kita adalah untuk memberi kefahaman menyeluruh kepada mahasiswa UPSI khususnya tentang ‘academic freedom’ supaya mereka jelas tentang perkara yang kita perjuangkan dan selepas itu baru mereka boleh menyokong," katanya lagi.

“Kita akan bergerak untuk jayakan misi tersebut dan kita yakin mahasiswa kita boleh menerima dan dapat memahami" tambahnya lagi.

January 4, 2012

Mahasiswa UPSI desak tarik balik ugutan

Tanjong Malim, 4 Jan - Kumpulan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak agar pihak universiti menarik balik penyingkiran mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam himpunan kebebasan akademik dan menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tempoh hari.

Menurut kumpulan Mahasiswa Pendidik "Kami mendesak pihak UPSI menarik balik penyingkiran Siswa yang terlibat dalam himpunan kebebasan akademik pada malam tahun baru yang lepas"

Kata mereka , pihak universiti perlu bertindak adil kepada kedua-dua pihak. Mereka mendesak agar mahasiswa 'aspirasi' yang mengadakan demonstrasi di Putrajaya tempoh hari turut dikenakan tindakan yang sama.

"Jika pihak UPSI tetap bertegas mahu kekalkan hukuman tersebut, kami desak mereka yang mengetuai demostrasi di hadapan KPT yang menyokong 'We Love PM' turut dikenakan hukuman yang sama.." ujar kumpulan tersebut di laman rasmi Facebook.

Untuk maklumat, pihak TNCHEPA UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar dikatakan telah 'mengugut' untuk menghalang Siti Nurul Piteriah Abdul Halim dari menduduki peperiksaan selain mendapat arahan keluar kolej.

Namun beliau berkata setakat ini beliau hanya diberikan notis lisan daripada rakan-rakan kolej yang mendapat pesanan dari pihak atasan.

Manakala, Adam Adli akan dibicarakan oleh pihak UPSI menjelang 9 Januari ini.



Isu demo UPSI: Kenyataan media 17 kumpulan mahasiswa

Kenyataan Media Terhadap Isu Keganasan Polis Semasa
Perhimpunan Aman Mahasiswa 1 Januari 2012
3 Januari 2012 (SELASA)
Balai Polis Dang Wangi


(Ringkasan)

Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan keganasan semasa perhimpunan mahasiswa di UPSI. Kes tersebut menunjukkan sikap pegawai polis yang tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

Kami menuntut pembelaan terhadap keganasan yang dilakukan terhadap Muhammad Safwan bin Anang, Timbalan Presiden Gamis khususnya dan umumnya kepada semua mahasiswa yang terlibat dalam himpunan tersebut.

Kami juga memberi amaran keras kepada media arus perdana khususnya, agar tidak sesekali menyelewengkan maklumat sebenar insiden. Kami mengharapkan pihak media berlaku telus dalam menyampaikan berita dan informasi kepada rakyat. Kami secara tegas akan terus bersama-sama Gerakan Menuntut Kebebasan Berakademik (BEBAS) sehingga mencapai matlamat.

Tindakan

Kami akan menyerahkan laporan kepada SUHAKAM dan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan membawa 3 Tuntutan :


1) Mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara memohon maaf secara terbuka kepada semua mahasiswa yang menjadi mangsa kekejaman pihak polis.


2) Mendesak agar surahanjaya siasatan khas ditubuhkan bagi meneliti semua keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.


3) Mendesak agar Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara meletak jawatan dengan segera atas kegagalan mengawal dan mengambil tindakan terhadap kekejaman pihak polis

Kami tidak teragak-agak melanjutkan perkara ini ke peringkat antarabangsa sekiranya tiada sebarang tindakan yang segera yang diambil oleh pihak terbabit.


Kenyataan Media bersama :

1) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
2) Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
4) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
5) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
6) Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
7) Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)
8) Pro Mahasiswa Nasional
9) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
10) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
11) Ikatan Studi Islam Universiti kebangsaan Malaysia (ISIUKM)
12) Maaruf Club, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MC UIA)
13) Al-Azhar Members KUIS (ALAM)
14) Badan Agama dan Dakwah Rohani UKMKL (BADAR)
15) Persatuan Pendidikan Islam UPSI (PPI-UPSI)
16) Rakan Penggerak Ad-Din UPSI
17) Persatuan Mahasiswa Islam UTMKL

January 3, 2012

Upsikini ucap Selamat Menghadapi Peperiksaan

Warga kerja UPSIkini mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester kepada seluruh mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semoga anda semua mendapat kejayaan, kecemerlangan dan dipermudahkan segala urusan.

Selamat Menghadapi Peperiksaan.

Teruskan bersama UPSIkini.

January 2, 2012

Staff akademik: Tuntutan kebebasan akademik asas perjuangan mereka

Rentetan dari peristiwa yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , UPSIkini telah menerima email daripada beberapa staff akademik (pensyarah) UPSI yang menuntut agar dijelaskan isu sebenar perjuangan mahasiswa yang berlaku tempoh hari.

Menurut mereka, "sememangnya ahli akademik tidak bebas bersuara dan dikawal oleh pihak tertentu dalam universiti termasuk beberapa orang yang bergelar TNC yang kuat berpolitik.

"Perkara tersebut telah merencatkan perjalanan dan menurunkan kualiti universiti apabila perlantikan seseorang pentadbir universiti ditentukan oleh 'orang politik' bukannya berasaskan kompetensi. "

"Kualiti perbincangan dan percambahan idea di universiti turut terencat apabila kebebasan akademik para ilmuan dihadkan hanya untuk hal-hal tertentu yang tak bercanggah dengan kehendak kerajaan memerintah." ujar mereka menerusi email.

Berikut, UPSIkini memaparkan tuntutan sebenar perjuangan mahasiswa tersebut.

Jawatankuasa Gerakan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bersetuju untuk meletakkan dua prinsip utama yang menjadi asas kepada gerakan kebebasan akademik, iaitu :

1. Bahawa ahli akademik, sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah, memiliki kuasa yang tidak terbatas untuk mempersoal, menguji idea dan mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak popular tanpa mengira sama ada pendapat tersebut bercanggah atau tidak dengan pendapat umum.

2. Institusi akademik tidak berhak untuk mengekang kebebasan akademik dalam kalangan kakitangan universiti atau menggunakan praktis kebebasan akademik sebagai sebab untuk mengenakan tindakan tatatertib.


Jawatankuasa BEBAS juga menyenaraikan 6 tuntutan utama gerakan, iaitu :

1) Mansuhkan AUKU dan AKTA 174

BEBAS berpendirian bahawa AUKU dan AKTA 174 perlu dimansuhkan berdasarkan dua teras berikut :

a. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 membunuh aktivisme mahasiswa Malaysia.

b. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 yang mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa.

2) Bebaskan ilmuan berakademik

BEBAS menuntut hak kebebasan berakademik bagi para ilmuan dalam perkara-perkara berikut :
a. Para ilmuan mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.

b. Para ilmuan mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.

c. Para ilmuan bebas berkhidmat tanpa terikat dengan mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan hak kebebasan berakademik yang dijamin perlembagaan.

3) Bebaskan mahasiswa bersuara

BEBAS menuntut mahasiswa diberi kebebasan bersuara dalam kerangka berikut:

a. Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk belajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.

b. Mahasiswa mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.

c. Mahasiswa bebas menjalankan apa jua aktiviti seperti demonstrasi, himpunan aman, rapat umum, seminar, diskusi dan lain-lain aktiviti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.

4. Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus

BEBAS menuntut supaya :

a. Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk menjalankan pilihanraya kampus sendiri bagi memilih perwakilan pelajar yang bakal memimpin persatuan atau badan induk kepimpinan pelajar.

b. Proses pemilihan pelajar ini dijalankan tanpa sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak sama ada dari sudut sistem, teknikaliti, kempen, pembuangan undi, pencalonan dan lain-lain elemen dalam proses pemilihan yang hanya melibatkan mahasiswa.

5) Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti

BEBAS menuntut supaya :

a. Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk mengurus tadbir persatuan dan aktiviti persatuan atas kapasiti mahasiswa sendiri.

b. Urus tadbir ini dijalankan oleh mahasiswa tanpa sebarang campurtangan mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran universiti.

c. Hal ini merangkumi segala bentuk pentadbiran persatuan dan aktiviti, kewangan dan perbelanjaan, dana dan tajaan, pengisian dan aktiviti, penerbitan dan publisiti serta apa jua elemen-elemen lain di dalam urus tadbir persatuan.

6) Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik

BEBAS menuntut mahasiswa diberikan kebebasan berpartisipasi dalam politik sebagaimana berikut :

a. Melibatkan diri atau menjalankan seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.

b. Mahasiswa bebas mengemukakan resolusi, cadangan atau kritikan bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.

c. Mahasiswa bebas menjalankan penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.

d. Mahasiswa bebas menjalankan dan menyertai apa jua aktiviti di dalam dan luar universiti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.


Muhammad Safwan Anang@Talib
Pengerusi,
Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

TNCHEPA ugut bar 'exam', dibuang kolej serta merta

Tanjong Malim, 2 Jan- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) mengugut seorang mahasiswi UPSI dari mengikuti peperiksaan akhir ekoran terlibat dengan gerakan menuntut kebebasan akademik, mansuhkan AUKU dan bebaskan Adam Adli tempoh hari.

Mangsa, Yuyu Luna (gambar) melaporkan kepada UPSIkini bahawa beliau diugut oleh TNCHEPA, katanya "Saya memang dah awal-awal lagi di ugut oleh TNCHEPA Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil 'exam'.."

Dalam pada itu, Yuyu Luna juga telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan orang atas yang memusuhi beliau dan mahasiswa.

Menurutnya "tindakan so far, di halau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan "orang atas " yang berkepentingan atau pun "membalas dendam atas kederhakaan "

Walaubagaimana pun beliau dilihat masih bersemangat dan menganggap ia satu pencabulan yang di lakukan ke atas mahasiswa, katanya ini satu permulaan, revolusi pasti berlaku.

Wawancara bersama Yuyu Luna, mangsa tahanan polis

Pihak mediawan UPSIkini telah menghubungi seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan dilokap bersama-sama 16 mahasiswa berhubung demonstrasi tuntut kebebasan akademik, mansuh AUKU dan bebaskan Adam Adli semalam. Berikut wawancara mediawan UPSIkini bersama Yuyu Luna atau nama sebenar beliau Siti Nurul Piteriah, mahasiswi UPSI yang menjadi mangsa tahanan polis selama 12 jam.

UPSikini: Kami dimaklumkan saudari antara yang ditangkap dan berada di lokap. Mohon perkembangan terkini mengenai apa tindakan bakal dikenakan UPSI terhadap saudari?

Yuyu Luna: Dah di bebaskan bersama 16 mahasiswa yang lain jam 5 petang tadi, tindakan so far, di halau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan "orang atas " yang berkepentingan ataupn "membalas dendam atas kederhakaan ".

Upsikini: Apa perkembangan sisatan polis tadi? adakah akan dicas dengan apa-apa akta, atau dibebaskan dengan jaminan sahaja?

Yuyu Luna: Tadi di dibebaskan atas jaminan polis , perbicaraan pada 20 hari bulan dan masih kabur atas kesalahan apa saya d tangkap jam 3.30 pagi tadi, sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya kebalai .


UPSIkini: Penipuan dari pihak polis? Apa yang polis beritahu sewaktu ditangkap?

Yuyu Luna: Saya tidak ditangkap, tetapi di beritahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dia orang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu .

Saya anggap ini satu pencabulan yang di lakukan ke atas mahasiswa, pesan saya ini satu permulaan, revolusi pasti berlaku.

Saya memang dah awal-awal lagi di ugut oleh TNCHEPA Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil 'exam'.


January 1, 2012

A.Samad Said, Dr Asri kecewa polis tindas mahasiswa

Tanjong Malim, 1 Jan- Sasterawan negara A. Samad Said dan mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyatakan rasa kecewa mereka berhubung tindakan polis menindas, mencederakan mahasiswa dalam satu peristiwa di Universiti Pendidikan Sultan Idris malam tadi.

Tokoh sasterawan negara, A. Samad Said meluahkan kekecewaan berhubung peristiwa tersebut melalui satu sajak pendek yang disiarkan dilaman sosial Facebook,

"Lalu, tahun baru pun panas bertunas;
lalu, demo siswa pun ganas ditindas."-A. Samad Said

Manakala tokoh agama yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Asri menyatakan "Padankah melukai anak-anak muda ini? Mereka masih pelajar. Polis sudah melebihi tindakan wajar.."

"..dukacita polis memukul pelajar begitu teruk..saya di sini hanya mampu doakan keselamatan sekelian rakyat.." ujar beliau.

Dalam hal berkaitan, tindakan polis dan pihak UPSI mengendalikan demonstrasi aman malam tadi dikecam ramai pihak.

Demo UPSI: Junaidi ucap terima kasih kepada polis FRU

Tanjong Malim, 1 Jan- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar (DDJ) mengucapkan perhargaan terima kasih kepada pihak polis kerana dikatakan berjaya mengawal demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik, mansuh AUKU dan pengguguran kes Adam Adli malam tadi.


Beliau menyatakan bahawa "satu titik hitam berlaku di UPSI pagi ini - demontrasi daripada mahasiswa-mahasiswa luar terhadap UPSI yang dibawa oleh Adam Adli dan kawan-kawannya.

“Alhamdulillah keadaan telah terkawal dan 14 orang pelajar ditahan polis. Pihak Pengurusan UPSI amat menghargai dan berterima kasih kepada pihak Keselamatan (Polis, pengawal keselamatan UPSI dan Suksis)"katanya.

Dalam peristiwa lewat malam tadi, pihak keselamatan FRU dikatakan bertindak kasar mencederakan dua mahasiswa disamping beberapa orang tercedera dan dikejarkan ke Hospital Slim River.


Dalam pada itu, lebih 17 mahasiswa termasuk Adam Adli dan Yuyu Luna dilaporkan masih ditahan dilokap Balai Polis Tanjung Malim untuk siasatan.

Dalam hal berkaitan, UPSIkini telah menghubungi Naib Canselor UPSI, Prof Dr. Zakaria Kasa, namun setakat ini beliau masih belum memberi apa-apa respon berhubung kejadiantersebut