April 18, 2010

Saran KPT pantau mahasiswa terlibat lahir bayi

Tanjung Malim , 18 April – Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia diingatkan agar memantau mahasiswa yang terlibat dengan gejala sosial kritikal sehingga boleh menyebabkan berlakunya hubungan luar nikah dan melahirkan anak berbanding sibuk memantau mahasiswa terlibat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Demikian saranan seorang mahasiswa, Wan Ihsan menerusi email yang diterima mediawan Upsikini.


Dalam keadaan Negara yang dikejutkan dengan banyak kes pembuangan bayi , kita cukup risau kalau-kalau berlaku dalam kalangan mahasiswa kes seperti ini dan sewajarnya KPT mengambil tindakan mengarahkan universiti untuk memantau perkara tersebut dari awal agar tidak berlaku.


Katanya , ‘daripada sibuk memantau mahasiswa terlibat dalam PRK Hulu Selangor yang mahasiswa tiada pun yang terlibat di musim final exam ni, lebih baik mereka memantau mahasiswa di kelab-kelab malam , yang berdua-duaan di rumah sewa , hotel-hotel dan sebagainya .


Dalam hal berkaitan , kehidupan generasi mahasiswa pada hari ini dikatakan terlalu bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa batasan agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan hidup, ada segelintir kalangan mahasiswa di luar sana yang alpa lalu terjebak dengan perbuatan zina sehingga mungkin mengandungkan anak luar nikah.

Jelasnya, usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri mahasiswa , dan juga peranan universiti dibawah KPT untuk memantau agar mahasiswa mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan untuk dijadikan sebagai perisai diri.

5 comments:

Anonymous said...

oooo..yeke tiada terlibat?konpem?berani bersumpah atas nama Quran?semalam jumpa muslimah UPSI kat ceramah PKR..

Rumput Hijau said...

hangpa ni.. biaq depa la nak duk dengar isu terkini.. bukan depa duk buat maksiat.. hak student yang duk bawak perut, duk dating malam2 buta, hangpa buat tak kisah pulak.. ai, dunia sudah dekat benar dengan kiamat ni.. aku rasa, anony kat ataih tu jadi 'mata-mata' upahan ni. kalau tidak, mana hang tau depa ada kat sana?? berapa ringgit la hang dapat na..

Anonymous said...

jgn jd mahasiswa 3K, kuliah, kampus, kafe..

Anonymous said...

hahaha..klau tol pun terlibat kenapenya? berdosa ker bahlul???

Baikla g pantau pelajar buat maksiat daripada dop pantau pelajar terlibat politik..

RaJa UmIr YaShA said...

salam..mohon izin copy artikel dlm blog ni ye..syukran..