Minggu Suai Kenal (MSK) merupakan program yang sangat penting bagi mahasiswa dan universiti. Sesetengah universiti lain, MSK diuruskan sepenuhnya oleh pihak pentadbiran dengan kerjasama jawatankuasa pelajar. Ini berbeza dengan pengurusan di UPSI yang memberi peluang kepada pemimpin mahasiswa untuk menjalankan pengurusan MSK sepenuhnya secara organisasi yang profesional. Malah Majlis Perwakilan Pelajar diberi kepercayaan tinggi untuk mengetuai jawatankuasa MSK yang dibentuk untuk kemasukan pelajar ambilan Julai sesi 2009/10. Mahasiswa menyambut baik kepercayaan yang diberikan pentadbiran dalam menonjolkan kepimpinan pelajar dengan kaedah ini.
Wartawan Upsikini cuba mendapatkan maklum balas mahasiswa/i UPSI yang pernah mengikuti MSK berkenaan beberapa perkara yang perlu ditambahbaik bagi memantapkan lagi MSK UPSI.
Salah seorang siswi yang hanya mahu dikenali sebagai Shida berkata "Saya melalui MSK pada julai tahun lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ok, layanan fesi sangat baik. Cuma saya harap fesi dapat memperuntukkan waktu solat dalam jadual. Saya dan beberapa rakan agak terkejar-kejar keluar dan masuk dewan untuk solat. Tak tahula rakan-rakan yang lain macam mana?"
"Lagi satu, saya kira Malam Bintang adalah program yang agak mengecewakan. Apakah nilai yang hendak diterapkan dalam Malam Bintang? Saya kira Malam Bintang ini akan membentuk minda hedonisme di kalangan pelajar baru. Hiburan yang melalaikan dan melemah jiwa."
Exco Akademik & Kerjaya, Arif Mohammad menjelaskan "MSK adalah program yang memberi impak yang besar khususnya mahasiswa yang baru pertama kali menjejak kaki ke universiti. Memandangkan UPSI adalah satu-satunya universiti yang berorientasikan pendidikan, maka saya melihat disana ada satu keperluan untuk kita terapkan nilai keperibadian seorang guru yang berkualiti. Guru bukan sekadar pada tali leher atau baju batiknya, tetapi guru yang berjiwa besar dan berkualiti".
Sdr Akmal, selaku Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah yang memberikan pandangan mengenai Malam Bintang pula menjelaskan, "Hiburan adalah sesuatu yang diperlukan dalam jiwa seseorang. Hiburan itu tidak salah, tapi jika kita tersalah memilih hiburan, itulah yang akan menyebabkan kita bersalah dan melalaikan".
Beliau juga menyarankan agar pendekatan MSK kali ini lebih menekankan aspek intelek dan elemen yang seangkatan dengannya supaya jati diri mahasiswa dan mahasiswi UPSI akan lebih teguh.
Sebelum pada itu, MSK 09/10 dijangka akan menerima mahasiswa baru seramai 5000 hingga 7000 orang yang menempatkan tempat bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda dan juga Diploma Pendidikan.
3 comments:
saya cadangkan buat satu slot..berbentuk hiburan..tapi kite tengok cita Laskar Pelangi..sangat sesuai utk bakal guru..
Moga2, MSK Upsi menjadi titik tolak seseorang mahasiswa baru untuk mengenali UPSI dengan mata dan mindanya sendiri. Program orientasi/induksi ini menjadi satu momentum sosialisasi mahasiswa baru terhadap UPSI dan warganya. JKuasa MSK adalah pencetus generalisasi minda mahasiswa baru ttg UPSI. Anda ikon mereka.... Jaga hati-hati semasa anda berhati-hati melaksanakan MSK. Moga berjaya...
la....bukn MSK bnd memain je ke?
bukn adepehal pon..
junior2 ni pon x amek pusing ttg isi kndgn.
pas slesai Msk, ade dorg kesah?
yg bermasalah terus bermasalah, yg buat dono trus buat dono. Cam kate2 Bujag Lapok: "Masuk angin, kluar asap"
Post a Comment