April 7, 2009

Bukit Gantang & Bukit Selambau

Ipoh, 7 April – Mahasiswa UPSI yang tidak mengundi tidak digalakkan ke Bukit Gantang untuk melihat proses pengundian pilihanraya kecik Parlimen Bukit Gantang.

Orang yang tidak berkenaan jangan hadir di pusat mengundi Bukit Gantang. Adalah lebih baik mereka berehat dirumah dan menyaksikan proses pengundian melalui kaca telivisyen” – Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah

Selain itu, Upsikini turut dimaklumkan bahawa hampir semua pegawai HEP bertugas di luar kawasan sejak minggu lalu bersama beberapa orang pegawai keselamatan UPSI. Mereka dikatakan ditugaskan untuk memantau penglibatan pelajar di kedua-dua pilihanraya kecil termasuk di Bulit Selambau. Hal ini telah menyulitkan urusan pelajar yang terpaksa ditangguhkan hingga pegawai berkenaan pulang.

Tiga pilihanraya kecil berlangsung serentak pada hari ini, dijangkakan keputusannya akan diumumkan pada jam 9.00 malam. Upsikini berharap ketiga-tiga pilihanraya ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

1 comment:

Anonymous said...

bukit gantang n bukit selambau kemenangan kepada pembangkang.. tahniah pembangkang kerana telah berjaya mengambil hati rakyat...

tq


upsi kini die hard fan reader