Tanjong Malim, 26 Mac – Dalam keadaan segelintir rakyat
malaysia yang tergila-gila dengan PSY, mahasiswa UPSI pula dihidangkan dengan
hiburan Teater Asmara Songsang yang dilakonkan oleh Dato Jalaluddin Hassan,
Kamal Adli, Radhi Khalid, Julia Ziegler dan sebagainya. Pementasan yang
memang jauh menyimpang dalam memberi didikan dan pengajaran kepada mahasiswa.
Perkara ini telah disahkan saudari Wan Nur ‘Atiqah Binti Wan Zamri, Exco Latihan dan Pembangunan
Sahsiah dan Pascasiswazah dalam
kenyataannya kepada facebook Kami Sokong Mahasiswa Pendidik yang terkilan
dengan adengan-adengan yang tidak sepatutnya dipentaskan.
Katanya lagi, babak teater tersebut
banyak menyentuh isu sentiviti agama dan politik.Teater Asmara Songsang yang
jelas ditaja oleh JASA telah banyak memainkan babak yang memburuk-burukan parti
pembangkang terutamanya isu demontrasi BERSIH.
Ujarnya, babak yang tidak sepatutnya
dipentaskan telah dimaklumkan kepada YDP MPP tetapi seolah-olah tiada tindakan
yang sepatutnya dilakukan menyebabkan beliau kecewa dengan YDP MPP. Tindakan
penganjur yang menampilkan artis yang jelas berpakaian tidak senonoh dan tarian
turut dipersoal oleh beliau.
Tarian yang dipersembahkan.
Program yang dihadiri sekitar 1000 mahasiswa turut dihadiri
TNC HEP, Dato’Junaidi Abu Bakar dan staf UPSI. Tambahnya lagi selaku Exco MPP,
rasa kecewa kerana beliau telah membuat pambahagian tempat siswa dan siswi
tetapi ramai mahasiswa tidak mematuhi arahan menyebabkan pengaulan mahasiswa
juga agak bebas di tambah suasana dalam dewan Besar UPSI yang gelap.
Tiada pantauan yang sewajarnya diambil oleh pihak terbabit
juga dipersoalkan kerana melanggar peraturan yang ditetapkan, “katanya.