November 5, 2012

Junaidi terus melobi


Tanjong Malim, 5 Nov – Junaidi dilihat terus melobi rakyat kawasan Kuala Krai untuk menonjolkan dirinya sebagai calon yang layak mengisi kerusi Parlimen Kuala Krai dalam PRU nanti.

Sebelum ini, beliau kerap menggunakan pelajar UPSI untuk membuat segala bagai program di segenap penjuru kawasan Kuala Krai. Junaidi menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk mencurahkan sebanyak mungkin peruntukan program pelajar ke Kuala Krai. Usaha tersebut dilihat sebagai taktik junaidi untuk menarik perhatian rakyat Kuala Krai sekaligus menonjolkan dirinya sebagai bakal pemimpin yang baik.

Sebaliknya, warga HEPA dan pelajar UPSI ada jawapan tentang siapa Junaidi yang sebenarnya. Beliau tidak lebih daripada seorang politikus yang ke hulu dan ke hilir demi mencari kepentingan diri semata-mata.

Terkini, Junaidi meneruskan misinya dengan menggunakan pelajar sekolah sekitar Kuala Krai dan dibawa ke UPSI untuk program “Kem Tarbiah” yang berakhir pada 05 Nov (hari ini). Junaidi menggunakan pelbagai taktik supaya warga Kuala Krai dapat menerimanya sebagai calon kerusi Parlimen tersebut nanti. Junaidi sedang bersaing dengan 4 calon lain termasuklah Ketua UMNO bahagian, Datuk Ramzi Ab Rahman.

Junaidi dianggap sebagai calon ‘mee segera’ mendapat tentangan hebat daripada UMNO Kuala Krai tetapi seakan mendapat restu Datuk Najib.

Junaidi sepatutnya lebih member fokus kepada pembangunan warga UPSI untuk mengangkat nama universiti pendidikan itu sesuai dengan graduan kelahirannya adalah sebagai bakal guru kelak.   

November 4, 2012

Fadlillah YDP ‘hingusan’


Tanjong Malim, 4 Nov – Setelah Upsi di kejutkan dengan pelbagai taktik kotor oleh pihak We Love Upsi (WLU) dalam pilihanraya kampus yang lepas, kini terserlahlah hasil barisan MPP UPSI yang rata-ratanya boleh dikatakan budak hingusan terutamanya pada barisan MT.

Pihak Upsikini mendapat maklumat bahawa YDP MPP, saudara Mohd Fadlillah Mukhatar yang dilantik melalui kuasa veto ‘Raja Dangdut’ menghadapi masalah dalaman dengan anggota kabinetnya sendiri. Perkara tersebut berlaku kerana setiap keputusan yang hendak dibuatnya mesti dirujuk kepada DDj sehingga perkara yang kecil dan remeh sekalipun.

Rakan kabinetnya terutama barisan MT berasa rimas dengan sikap kepimpinan yang amat lemah ditunjukkan oleh Fadlillah. Mereka dikatakan sudah mula mencari arah baru dengan membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada Fadlillah terlebih dahulu.

Ramai dalam kalangan mahasiswa juga turut mempersoalkan lantikan Fadlillah sebagai YDP dengan rekod prestasinya sebelum ini.

Kini, mahasiswa sedang melihat apakah visi & misi perjuangan MPP kali ini.
Apakah setiap masalah yang dihadapi mereka seperti sistem perkhidmatan bas yang masih bermasalah, jaringan Wifi di kolej KUO yang masih belum dapat digunakan, dapat diselesaikan ataupun tidak. Mahasiswa menaruh harapan yang tinggi melihat sejauhmana kemampuan MPP melaksanakannya.
Dalam maklumat berkaitan, barisan MPP kali ini turut diisi oleh 4 orang wakil Mahasiswa Pendidik yang masing-masing memegang portfolio kebajikan & perkhidmatan (Mohamad Syafiq Bin Abdul Majeed ), Akademik & Kerjaya (Muhammad Maghfur Bin Ibrahim Akhibi ), Perhubungan Awam & Antarabangsa (Husnil Khatimah bt Hussin ) dan Latihan & Pembangunan Sahsiah (Wan Nur’ Atiqah Binti Wan Mohamad Zamri).