April 24, 2010

Mahasiswa penuhi masjid Hulu Bernam

Tanjung Malim, 24 April – Ekoran jarak disebelah pagar Parlimen Hulu Selangor, mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dikatakan mengambil kesempatan memenuhi Masjid ar-Rahman Hulu bernam sejak beberapa hari lalu untuk mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh-tokoh agama yang disegani.

Mediawan Upsikini mendapati mereka dikatakan hadir ke masjid untuk mendengar siri kuliah agama dari tokoh-tokoh agama yang tersohor termasuk dari Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dan Prof. Dr. Harun Din. Tindakan mahasiswa terbabit dikatakan diambil ekoran kurangnya kuliah-kuliah agama wujud di kampus sebaliknya banyak aktiviti hiburan.

Dalam pada itu, sejak bermulanya kempen pilihan raya pada 6 hari lepas, ramai tokoh ulama turun untuk memberi kuliah di masjid-majsid berdekatan dan dikatakan mahasiswa tidak melepaskan kesempatan tersebut untuk menimba ilmu agama dari tokoh-tokoh agamawan yang disegani.

Dalam perkembangan berkaitan, siri kuliah agama tersebut diteruskan selepas maghrib bermula sebelum proses pilihan raya hingga kini.

April 23, 2010

Bau macam 'tahi kucing' di KHAR dan KUO

Tanjung Malim, 23 April - Mahasiswa yang menjadi penghuni Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dan Kolej Ungku Omar (KUO) mendakwa menghidu bau busuk yang meloyakan seakan-akan bau tahi kucing menyelubungi di segenap ruang kolej kediaman berkenaan.

Menurut Zuremi Mohd Zuber , katanya "saya tak pasti dari manakah datangnya bau busuk yang lebih kurang seperti bau tahi kucing yang kini menyelubungi hampir segenap ruang KUO dan KHAR. Apa yang pasti bau tersebut sangat busuk, mengganggu dan agak meloyakan terutama ketika sedang menjamah makanan. Adakah daripada baja pokok bunga ? Agak terseksa jiwa ini dan jiwa beberapa rakan yg tak tahan bau busuk ". Namun ada cakap-cakap bahawa bau tersebut datang dari baja kelapa sawit yang berdekatan.

Seorang penghuni KUO, Norliyana menyatakan inilah kali pertama bau seperti itu berlaku, "tentang bau yang kurang enak dihidu di sekitar KUO dan KHAR tu, bukannya setiap tahun ada bau begini, saya dah tinggal di KUO selama 6 sem, inilah baru kali pertama bau macam ni."

Dalam pada itu, rata-rata mahasiswa di kolej berkenaan tidak dapat mengenal pasti dari manakah datangnya bau tersebut dan menggesa agar pihak Kebajikan dan Pembangunan Pelajar mengambil tindakan segera agar tidak menggangu tumpuan mahasiswa untuk mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi ujian akhir semester.

Wan Aini : Saya kembali belajar Julai ini

Tanjung Malim, 23 April - Seorang siswi UPSI, Wan Aini Wan Ibrahim, pelajar semester satu program Pengajian Malaysia yang koma sejak 2 Oktober tahun lalu akibat jangkitan kuman yang pernah dilaporkan Upsikini akan kembali meneruskan pengajian Julai ini setelah sembuh sepenuhnya.

Demikian dimaklumkan mantan Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari Pro-Kebajikan sebelum ini kepada UPSIkini lewat petang semalam.

Wan Aini tekad ingin berjaya

Menurut Nur Aqilah Hanis, mantan Exco Akademik MPPUPSI, "saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan adik Wan Aini. Bagaikan memberi sinar baru apabila pihak UPSI juga sudi menawarkan peluang belajar semula kepadanya semula. Alhamdullilah"

Kesihatan Wan Aini pulih selepas hampir 2 minggu tidak sedarkan diri. Wan Aini kini walau pun berkerusi roda akibat mengalami laptospirosis yang menyebabkan tangan dan kakinya berwarna kehitam-hitaman dan terpaksa dipotong , tekad untuk meneruskan pengajian dengan bersungguh-sungguh pada sesi depan. Katanya "saya bersyukur kerana mendapat tawaran baru dari UPSI untuk kembali meneruskan pengajian pada Julai ini".

Sementara itu, mantan Exco Kebajikan MPPUPSI Adriyani yang turut terlibat membantu adik Wan Aini pada sesi lepas mengucapkan terima kasih dan rasa terharu beliau kepada rakan-rakan Wan Aini yang sanggup menjaga beliau sepanjang berada di hospital serta mengajak semua warga UPSI mendoakan kesihatan dan kejayaan Wan Aini.

April 22, 2010

Upsikini ucap Selamat Menghadapi Peperiksaan

Warga kerja UPSIkini mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester kepada seluruh mahasiswa UPSI yang sudah pun bermula beberapa hari lalu.

Untuk itu pihak UPSIkini juga memohon maaf atas kelewatan ucapan dan penangguhan operasi penyiaran berita dan laporan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pihak UPSIkini sedang berusaha untuk menstruktur semula tugas semua editor bagi membolehkan laporan terkini dapat disiarkan seperti biasa terutamanya dalam minggu peperiksaan.

Selamat Menghadapi Peperiksaan.

Teruskan bersama UPSIkini.

Dua pegawai JHEPA jadi pemantau P094

Tanjung Malim , 23 April - Dua pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris antara wakil KPT yang terlibat memantau mahasiswa dalam PRK Parlimen Hulu Selangor sehingga 25 April ini.

Menurut sumber , seramai 15 pemantau mewakili beberapa kampus terlibat memantau mahasiswa dalam pilihanraya P094 berkenaan. Antaranya dari UiTM (2 orang),UKM (2 orang), UM (3 orang), UTM (2 orang), UPSI (2 orang), UPM (1 orang), USIM (2 orang), USM (1 orang) dan UIAM (1 orang). Mereka ditempatkan di Kolej Aminuddin Baki UPSI.


Menurut seorang bekas pelajar UPSI , Abid yang kini menetap dan bekerja sambilan di Hulu Bernam mendakwa beliau terserempak dengan mereka sedang berlegar-legar di kawasan perhimpunan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di sini bersama 2 mahasiswa yang dikatakan menjadi 'mata-mata upahan'.

Dalam pada itu, salah seorang dari pegawai tersebut adalah antara yang aktif mencari mahasiswa dalam PRK Bagan Pinang sebelum ini dan juga merupakan penasihat utama pro Aspirasi di UPSI.

Penglibatan mereka dipercayai bagi mencari bukti kehadiran mana-mana pelajar UPSI yang cenderung menyokong dan membantu parti Pakatan Rakyat dengan mengambil gambar dan bukti kumpulan penyokong di kawasan-kawasan tertentu.

Dalam hal berkaitan , sebelum ini mereka sering dilihat berada di kawasan-kawasan Pilihan Raya Kecil di seluruh negara dan pada kali ini di Hulu Selangor.

April 19, 2010

5 hari ‘marking paper’

Tanjung Malim, 19 April – Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris diberi tempoh masa 5 hari bagi menyiapkan semakan dan menghantar markah kesuluruhan keputusan akhir perperiksaan ke bahagian akademik bagi semester ini berbanding 2 minggu pada semester lepas.

Dalam tinjaun Upsikini menerusi laman Facebook, rata-rata mahasiswa memberi pandangan pro dan kontra terhadap waktu yang ditetapkan. Antaranya menurut Aini katanya “ effect besar kat grade student sebab lecturer akan tension time marking paper sebab masa singkat sangat” manakala bagi Kartina katanya “ insyaAllah semua lecturer terlibat bersikap professional tak kan la nak mark cincai-cincai.. mereka tu kan professional”

Tindakan terbabit diambil dikatakan ekoran kelewatan keputusan peperiksaan pada sesi lepas yang mengakibatkan pinjaman PTPTN dan biasiswa lewat masuk ke akaun pelajar. Dikatakan apabila keputusan lewat dikeluarkan ianya akan lewat dihantar ke pihak penaja untuk diproses. Akibatnya tempoh wang dikreditkan ke akaun pelajar juga menjadi lambat.

Dalam hal berkaitan , timbul cakap-cakap mahasiswa bahawa waktu tersebut singkat dan merumitkan pensyarah untuk memeriksa kertas jawapan terutamanya bagi esei panjang yang melibatkan jumlah pelajar yang ramai.

MEdSI bukan syarat lepas INSAK

Tanjung Malim, 19 April – Mahasiswa pendidikan khususnya Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah menduduki ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dikatakan sebelum ini tidak perlu melalui ujian Inventory Sahsiah Keguruan (INSAK) di nyatakan kena melalui ujian tersebut sebagai syarat ‘posting’ bermula sebelum praktikum selepas sesi ini.

Hal ini dinyatakan oleh TNC Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr. Zakaria Kasa pada 7 Mac 2010 dalam program Muafakat Bestari Guru Pelatih Malaysia di Dewan Tan Sri Othman, UUM Sintok baru-baru ini.

Rata-rata mahasiswa yang telah melalui ujian MEdSI sebelum ini menyangka bahawa mereka tidak lagi perlu melalui ujian INSAK ternyata tersasar ekoran syarat baru dikeluarkan tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber, tindakan tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan enam ratus lebih pelajar UPSI yang gagal melepasi ujian INSAK dan tidak di ‘posting’ kan baru-baru ini disamping saringan teliti pihak terbabit bagi memilih calon guru yang benar-benar layak.

Dalam hal berkaitan, hingga kini mahasiswa pendidikan disini belum mendapat kesahihan dari universiti tentang hal tersebut.

Upah mahasiswa pantau PRK Hulu Selangor

Tanjung Malim, 19 April – Berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor pada kali ini, dikatakan ada pihak menghantar beberapa wakil mahasiswa terlibat dalam memantau dan mencari mahasiswa terlibat dalam PRK Hulu Selangor khususnya Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mahasiswa terbabit dikatakan antara mereka yang aktif menggerakkan jentera Pilihan Raya Kampus (PRK) pro Aspirasi di UPSI sebelum ini. Mereka dikatakan menjadi ‘mata-mata’ untuk mencari kalau-kalau ada pelajar UPSI yang terlibat dan melaporkan kepada pihak JHEPA atau universiti.

Menurut sumber, dikatakan mereka kelihatan berada di tempat penamaan calon di Kuala Kubu Baru baru-baru ini bersama beberapa orang pegawai khas dan polis. Dikatakan mereka dilantik dan diberi elaun tertentu sebagai memudahkan pihak berkenaan mengesan mahasiswa terlibat kerana mereka lebih mengenali.

April 18, 2010

Bantah APCO demi pendidikan anak Palestin

Tanjung Malim, 18 April – Mahasiswa pendidikan khususnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris digesa agar membantah APCO Worldwide yang dikatakan ada kaitan dengan penjenayah dunia Zionis berperanan menghancurkan pendidikan dan masa depan rakyat Palestin.

Sebagai mahasiswa pendidikan sewajarnya isu ini menjadi perkara penting untuk kita lihat memandangkan ianya berkait rapat dengan Israel yang menafikan hak pendidikan rakyat Palestin dan ianya sepatutnya dijiwai oleh mahasiswa yang bakal menjadi pendidik kelak.

Penafian hak rakyat Palestin untuk mendapat pendidikan akibat kekejaman Israel patut dijadikan pegajaran kepada bakal pendidik betapa sukarnya untuk guru dan pelajar disana meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbanding kita di Malaysia akibat keganasan dan kekejaman Zionis Israel.

Malah kita senang untuk mengaut keuntungan politik dengan memilih APCO dan memberi bayaran berjuta ringgit demi keuntungan politik semata. Seolah-olah tindakan itu merestui penggadaian hak rakyat Palestin untuk mendapat pendidikan dan ianya turut bercanggah dengan hak mendapat pendidikan sebagai mana terkandung dalam hak asasi manusia menerusi deklarasi Unesco yang mengagaskan Education For All menjelang 2015.

Dalam hal berkaitan, APCO Worldwide Sdn Bhd merupakan syarikat perunding komunikasi yang dikatakan pro Israel terus menjadi perhatian di Parlimen apabila syarikat tersebut dipercayai umum dilantik untuk menjayakan gagasan ‘Satu Malaysia’.

Saran KPT pantau mahasiswa terlibat lahir bayi

Tanjung Malim , 18 April – Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia diingatkan agar memantau mahasiswa yang terlibat dengan gejala sosial kritikal sehingga boleh menyebabkan berlakunya hubungan luar nikah dan melahirkan anak berbanding sibuk memantau mahasiswa terlibat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Demikian saranan seorang mahasiswa, Wan Ihsan menerusi email yang diterima mediawan Upsikini.


Dalam keadaan Negara yang dikejutkan dengan banyak kes pembuangan bayi , kita cukup risau kalau-kalau berlaku dalam kalangan mahasiswa kes seperti ini dan sewajarnya KPT mengambil tindakan mengarahkan universiti untuk memantau perkara tersebut dari awal agar tidak berlaku.


Katanya , ‘daripada sibuk memantau mahasiswa terlibat dalam PRK Hulu Selangor yang mahasiswa tiada pun yang terlibat di musim final exam ni, lebih baik mereka memantau mahasiswa di kelab-kelab malam , yang berdua-duaan di rumah sewa , hotel-hotel dan sebagainya .


Dalam hal berkaitan , kehidupan generasi mahasiswa pada hari ini dikatakan terlalu bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa batasan agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan hidup, ada segelintir kalangan mahasiswa di luar sana yang alpa lalu terjebak dengan perbuatan zina sehingga mungkin mengandungkan anak luar nikah.

Jelasnya, usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri mahasiswa , dan juga peranan universiti dibawah KPT untuk memantau agar mahasiswa mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan untuk dijadikan sebagai perisai diri.

April 16, 2010

Wakil UKM pantau mahasiswa terlibat PRK Hulu Selangor

Tanjung Malim, 16 April - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dikatakan telah menghantar beberapa orang wakil termasuk dari UKM bagi memantau mahasiswa yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, wakil-wakil pemantau tersebut ditempatkan di Kolej Aminuddin Baki UPSI dan Darul Quran JAKIM ekoran jarak UPSI dan Darul Quran yang merupakan IPTA paling dekat dengan Hulu Selangor.

Dalam hal berkaitan , Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Khalid Noordin baru-baru ini telah menakutkan mahasiswa agar tidak terlibat dalam PRK Hulu Bernam dan jika disabitkan kesalahan akan dikenakan tindakan AUKU.


Amin jelas isu pengurusan 'assignment'

Tanjung Malim, 16 April - Ekoran timbul beberapa isu berkaitan tugasan pelajar yang di katakan banyak dan memakan belanja yang tinggi bagi pelajar kursus Kemahiran Hidup , aliran Sains , serta beberapa kursus lain pada sesi lepas, Mohd Amin Mat Sidik, Exco Akdemik dan Kerjaya MPPUPSI telah mendapatkan respon daripada Nab Canselor Prof Datuk Dr Aminah Ayob. Beliau menjelaskan ketika dihubungi mediawan Upsikini semalam.

Menurut beliau, baru-baru ini kami barisan MPPUPSI telah mengadakan satu pertemuan bersama Naib Canselor dan saya telah menimbulkan beberapa isu termasuk isu pengurusan tugasan pelajar yang banyak dan melibatkan kos tinggi yang telah dilontarkan mahasiswa kepada saya tempoh hari.

Katanya , "kita mendapat respon yang baik dari Dato' NC dan beliau menjelaskan akan membincangkan perkara tersebut bersama TNC Akademik dan dekan-dekan untuk melihat dan meniliti kembali perkara ini terutamanya bagi kursus Kemahiran Hidup , Seni dan aliran Sains yang banyak memerlukan belanja".


Dalam hal berkaitan, beliau berharap agar isu ini dapat diuruskan dengan baik dan diambil tindakan agar ianya diselesaikan serta memudahkan perjalanan akademik pelajar.

UPSI buka keahlian Kelab PERKIM

Tanjung Malim, 16 April - Universiti Pendidikan Sultan Idris telah membuka keahlian Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) kepada seluruh mahasiswa UPSI. Borang pendaftaran boleh didapati di Bahagian Pembangunan Pelajar JHEPA atau dimuat turun menerusi MyUpsi Portal. Tarikh hantar borang pendaftaran sebelum 26April.

Dalam padaitu , menurut Mohd Zahar Mohd Nor, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPPUPSI, tindakan UPSI membuka keahlian PERKIM di peringkat kampus merupakan suatu tindaan yang bijak dimana menerusi pertubuhan ini mahasiswa boleh mengembangkan potensi diri selain mendalami sedikit sebanyak persoalan agama. Pertubuhan ini telah lama di buka keahliannya dikampus-kampus lain dan Alhamdulillah kini ianya dibuka di UPSI.

April 9, 2010

Kuliah pindah dari Taman U ke Proton City

Tanjong Malim , 9 April – Sesi kuliah pada semester hadapan yang kebiasaannya melibatkan penggunaan Taman Universiti akan dipindahkan ke Proton City semester depan. Menurut sumber, tindakan terbabit diambil setelah timbul beberapa isu mengenai tempat kuliah yang dikatakan seperti rumah kedai dan juga dikatakan kadar kos sewa yang tinggi menyebabkan universiti mengambil tindakan menukar tempat kuliah.

Dalam pada itu, tindakan terbabit menimbulkan tanda tanya mahasiswa tentang bagaimana perjalanan bas ke kuliah Proton City. Ekoran jarak hmpir 12 kilometer dari kampus menyusahkan mahasiswa yang berada di Khar dan Kuo. Menurut mahasiswa sejarah, Wafi menerusi e-mail ke Upsikini , “saya menimbulkan persoalan ini sebab saya ragu-ragu tentang bagaimana perjalanan bas ke sana nanti, sedangkan kuliah di Taman Bernam pun kadang-kadang bermasalah”.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPPUPSI, Mohd Zahar menyatakan, sewaktu pertemuan bersama Naib Canselor Prof Datuk Dr. Aminah Ayob semalam telah ditimbulkan persolan ini dan kita mendapat beberapa respon dari beliau"

Menurut beliau, Prof Datuk Dr. Aminah Ayob menyatakan bahawa perpindahan kuliah dari Taman Universiti ke Proton City memang tidak dapat dielakkan disebabkn kos sewa yang tinggi berbanding Proton City yang lebih murah. Katanya kos sewa di proton menelan belanja RM15000 bulanan berbanding Taman Universiti RM 70000.