March 26, 2013

UPSI: Budaya Songsang?


Tanjong Malim, 26 Mac – Dalam keadaan segelintir rakyat malaysia yang tergila-gila dengan PSY, mahasiswa UPSI pula dihidangkan dengan hiburan Teater Asmara Songsang yang dilakonkan oleh Dato Jalaluddin Hassan, Kamal Adli, Radhi Khalid, Julia Ziegler dan sebagainya. Pementasan  yang memang jauh menyimpang dalam memberi didikan dan pengajaran kepada mahasiswa.

Perkara ini telah disahkan saudari Wan Nur ‘Atiqah Binti Wan Zamri, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah dan Pascasiswazah dalam kenyataannya kepada facebook Kami Sokong Mahasiswa Pendidik yang terkilan dengan adengan-adengan yang tidak sepatutnya dipentaskan.


Katanya lagi, babak teater tersebut banyak menyentuh isu sentiviti agama dan politik.Teater Asmara Songsang yang jelas ditaja oleh JASA telah banyak memainkan babak yang memburuk-burukan parti pembangkang terutamanya isu demontrasi BERSIH.


Ujarnya, babak yang tidak sepatutnya dipentaskan telah dimaklumkan kepada YDP MPP tetapi seolah-olah tiada tindakan yang sepatutnya dilakukan menyebabkan beliau kecewa dengan YDP MPP. Tindakan penganjur yang menampilkan artis yang jelas berpakaian tidak senonoh dan tarian turut dipersoal oleh beliau.

video
Tarian yang dipersembahkan.

Program yang dihadiri sekitar 1000 mahasiswa turut dihadiri TNC HEP, Dato’Junaidi Abu Bakar dan staf UPSI. Tambahnya lagi selaku Exco MPP, rasa kecewa kerana beliau telah membuat pambahagian tempat siswa dan siswi tetapi ramai mahasiswa tidak mematuhi arahan menyebabkan pengaulan mahasiswa juga agak bebas di tambah suasana dalam dewan Besar UPSI yang gelap.

Tiada pantauan yang sewajarnya diambil oleh pihak terbabit juga dipersoalkan kerana  melanggar peraturan yang ditetapkan, “katanya.

March 6, 2013

Syafiq: Mahasiwa Diminta Menjaga Keselamatan


TANJONG MALIM, 6 Mac – Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) 2012/2013, Mohammad Syafiq Abdul Majeed  menasihatkan supaya semua mahasiswa UPSI untuk sentiasa mengambil berat berkenaan dengan keselamatan mereka.



Nasihat ini ekoran daripada laporan gangguan seksual yang diterimanya daripada beberapa mahasiswi UPSI. Beliau turut meminta agar mahasiswi untuk menjaga etika berpakaian iaitu dengan memakai pakaian yang tidak mencolok mata.

Tinjauan yang dibuat oleh UPSIKini melalui maklum balas pada ruang komen memperlihatkan rata-rata mahasiswi turut mengesahkan hal ini. Mereka turut menuntut supaya masalah ini diselesaikan dengan cepat sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

March 5, 2013

Gerakan Pengguna Siswa(GPS) UPSI Mahukan Penyelesaian Secara Berhemah


TANJONG MALIM, 5 Mac – Gerakan Pengguna Siswa(GPS) UPSI melalui laman Facebook rasminya menuntut kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan krisis Sabah terutamanya di Lahad Datu secara berhemah.



Selain itu, GPS juga menuntut supaya semua pihak memainkan peranan mereka masing-masing dalam memastikan sokongan berterusan kepada Sabah. Antara peranan yang boleh dimainkan adalah dengan terus cakna terhadap isu ini dan terus memberikan sokongan moral kepada mahasiswa Sabah agar mereka terus kuat.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan daripada Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin serta taklimat keselamatan oleh Majlis Keselamatan Negara. GPS yang bakal mengadakan Karnival Pengguna peringkat negeri Perak pada 9 hingga 10 Mac ini, turut memuji penganjuran majlis itu yang dilihat sebagai bukti solidariti mahasiswa UPSI terhadap krisis yang melanda Sabah.

March 4, 2013

Pray 4 Sabah


TANJONG MALIM, 4 Mac – Satu majlis solat hajat dan bacaan Yasin “Pray 4 Sabah” akan diadakan pada 4 Mac 2013 bertempat di Masjid Kampus Sultan Azlan Shah.



Majlis solat hajat yang dianjurkan bersama antara Rakan Pusat Islam(RaPI), Persatuan Pendidikan Islam(PPI) dan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah(IKSAS) bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan negeri Sabah yang ketika ini dilanda krisis keselamatan.

Majlis ini juga dilihat sebagai langkah baik yang diambil oleh penganjur bagi menunjukkan solidariti mahasiswa UPSI untuk Sabah. Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah, Majlis Pemimpin Pelajar UPSI, Wan Nur Atiqah Mohamad Zamri yang dihubungi oleh pihak UPSIKini melalui laman Facebooknya turut menyatakan kebimbangannya terhadap masalah pencerobohan yang berlaku di Sabah. Beliau turut melahirkan harapan kepada semua mahasiswa UPSI agar turun bersama ke majlis ini bagi menunjukkan kebersamaan terhadap krisis yang berlaku ke atas Sabah.


Majlis yang pada awalnya dirangka berakhir pada 9.00 berlaku perubahan di sangat akhir. Perubahan tersebut adalah pembambahan kepada slot Ceramah Keselamatan Negara oleh Majlis Keselamatan Negara. Majlis yang dijangka berakhir jam 10.30 malam ini turut mendapat kerjasama daripada Pusat Islam UPSI dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan ALUMNI(JHEPA), UPSI.