March 30, 2012

Siri 17: Apa Beza Dato’ Dandut Berkaraoke dengan Orang Lain Berkaraoke?.

Selain daripada misinya untuk mencari populariti politik peribadi melebihi daripada aspek pembangunan pelajar yang sepatutnya menjadi keutamaannya, DD… juga dilihat begitu menggilai karaoke. Sekali lagi penulis ulangi pendirian yang pernah dinyatakan sebelum ini. Kalau DD… tidak memegang jawapan TNC HEPA dan berkuasa memutuskan dasar di UPSI, tentu sekali penulis tidak akan mengulas isu peribadi beliau.

Penulis sama sekali tidak akan memperdulikan pusat karaoke mana yang DD… kunjungi, kerana itu adalah hak peribadi beliau. Cuma apabila DD… orang yang berkuasa di UPSI, penulis terpaksa menyebutnya kerana dua sebab. Sebab pertama setiap kali DD… mengunjungi pusat karaoke dia telah membazirkan beberapa banyak duit universiti. Bayangkan satu malam beliau berkunjung ke pusat karaoke dengan menggunakan pemandu universiti. Penulis dikhabarkan seawal-awalnya pukul 12 malam dan boleh berlanjutan sampai jam 3 pagi baru DD... meninggalkan pusat karaoke. Pembaca boleh mengira berapa banyak elaun lebih masa yang perlu dibayar kepada pemandu universiti yang bertugas menunggu kepulanagan DD…

Dalam hal ini, penulis benar-benar kagum dengan pendirian semua pemandu universiti yang tidak sanggup bersekongkong dengan DD… kerana mereka tahu tuntutan elaun yang dibuat ketika menunggu DD… berkaraoke bukanlah urusan rasmi universiti. Sekali lagi saya menyeru kepada Unit Audit Dalam untuk menyiasat perkara ini, kerana penulis dikhabarkan semua pemandu yang membawa DD… mempunyai dua catatan berbeza. Catatan pertama adalah dalam buku log kenderaan universiti dan catatan kedua adalah di dalam buku catatan peribadi yang mencatatkan tempat sebenar yang dikunjungi oleh DD… Mungkin sebahagian daripada salah laku ini telah dilaporkan oleh pengerusi Persatuan Pekerja Am Universiti kepada pendaftar tempoh hari.

Penulis juga terpaksa mengulas isu ini kerana perasaan malu kepada masyarakat setempat hasil daripada kegilaan DD… untuk berkaraoke tanpa rasa segan dan malu. Kalaulah tidak malu pada Allah, malulah pada manusia yang menilainya sebagai seorang yang menerajui pembangunan kerohanian pelajar di UPSI. Benarlah peringatan Rasulullah saw: “Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kehancurannya”. Penulis masih ingat betapa malunya warga UPSI apabila keghairahan berhibur pada era 2005-2007 menjadi isu yang dikhutbahkan di Mimbar Masjid Jamek, Tanjong Malim. Apakan tidak, program hiburan yang dianjurkan di UPSI tidak lagi memperdulikan waktu azan dan waktu orang sedang berwirid. Wahai saudaraku warga UPSI, sanggupkah kalian untuk sekali lagi dikhutbahkan di mimbar yang sama?

Sekurang-kurangnya penulisan ini akan menjelaskan kepada masyarakat di luar sana bahawa tidak semua pelajar dan kakitangan UPSI yang gilakan hiburan. Masih ramai lagi jiwa-jiwa yang cintakan benaran di UPSI yang bertuah ini. Juga masih wujud insan-insan yang cintakan Islam dikala wujudnya sekelompok manusia yang ingin bersihkan Islam di UPSI ini.

Jika orang lain berkaraoke menghabiskan duit sendiri, tetapi DD… berkaraoke menghabiskan duit universiti, itulah hebatnya DD… nak dibandingkan dengan orang lain. Dan itulah bezanya antara karaoke DD… dan karaoke juaknya yang lain. Nantikan siri seterusnya dengan tajuk pendekatan DD… bagi memastikan calon tajaanya memenangi pemilihan MPP.

March 23, 2012

Siri 16: Apabila DD… tiba-tiba Berubah Niat

Oleh sebab DD… tidak mempunyai apa-apa matlamat dan pelan dalam aspek pembangunan pelajar di UPSI, maka masanya banyak dihabiskan untuk membina keria politik peribadinya, dan bakinya dihabiskan di pusat-pusat karaoke. Jadi tidak hairanlah apabila semua pengetua dan felo dibawa berkunjung ke rumah Dato’ Mustafa Muhammad di Kelantan tempoh hari. Terbaru Dato’ Pa dijemput berkunjung ke UPSI. Tetapi orang seperti Dato’ Pa tak mudah tertipu dengan tipudaya DD… Akhirnya DD… begitu kecewa dengan pendirian Dato’ Pa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang tidak akan menyenaraikan nama sebagai calon BN di Kelantan walaupun DD… bagaikan nak gila berkempen ke sana ke mari. Kekecewaan DD… terhadap Dato’ Pa terungkap dalam kata-katanya di hadapan beberapa orang pelajar “Kalau Dato’ Pa nak jadi baik tak payah jadi menteri” sambungnya lagi “Semua menteri yang aku kenal semuanya aku dah bagi makan “luar dan dalam” semasa aku berada di Indonesia”. Jika benar apa yang di ucapkan oleh DD… ianya sebagai sesuatu yang amat memalukan kepada semua pemimpin Negara.

Penulis secara peribadinya mengalu-alukan DD… untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang, kerana UPSI bukan medan untuk berpolitik dan mencari kepentingan peribadi. UPSI ADALAH INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MELAHIRKAN PENDIDIK. Wahai DD… silalah ke Kuala Krai kerana masyarakat Kelantan menunggu kehadiran anda untuk dikorbankan di sana.

Dengan perkembangan yang mutakhir ini, DD… sudah berubah niat bahawa targetnya bukan lagi untuk bertanding sebagai calon pilihan raya ke 13, tetapi untuk mendapat jawatan no 1 di UPSI. Maka khabar itu telah menggemparkan seluruh “Jajahan Selama”, betapa risaunya warga UPSI andai benar khabar ini menjadi kenyataan. Tunggulah kehancuran yang akan menimpa UPSI. Pesan penulis kepada semua pembaca “jangan sampai nasi menjadi bubur, buat lah apa sahaja yang termampu, sekurang-kurang berdoa agar orang sepeti DD… tidak dilantik menjadi orang no 1 di UPSI.

Dalam keadaan DD… tidak berkuasa sebagai no 1 pun, pihak bendahari dan unit audit dalam penat melayan kerenah DD… yang kerap kali tidak memperdulikan peraturan kewangan dan pentadbiran untuk memenuhi hobinya berhibur di UPSI.

March 20, 2012

Siri 15 : Mari Berkenalan Dengan Juak Pengetua Kesayangan DD…

Sebagaimana penulis tegaskan sebelum ini MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA CALON MPP TAJAAN DD… AKAN MEMANJANGKAN HAYAT DD… DI UPSI, MEMBERIKAN KEKALAHAN ERTINYA MEMBUKA SALAH SATU PINTU KELUAR KEPADA DD… DARI UPSI. Wahai saudaraku warga UPSI, jika kita ingin melihat DD… ditunjukkan jalan keluar daripada UPSI, sumbanglah sesuatu walau sedikit manapun untuk memberikan kekalahan kepada calon tajaan DD… dalam pemilihan MPP.

Pada siri kali ini penulis akan mengulas kehebatan DD… dalam mengambil peluang daripada situasi yang berlaku. Oleh itu tidak hairanlah apabila kemelut lantikan pengetua timbul di UPSI, Maka DD… telah mengambil kesempatan itu untuk melantik beberapa orang pengetua, mungkin salah seorang daripadanya tidaklah begitu bersungguh-sungguh untuk bersekongkong dengan DD… tetapi yang pastinya tiada seorang pun yang akan sanggup menegur dan melawan kehendak DD… walaupun bercanggah dengan dasar AUKU dan Islam. Penulis akan membawa pembaca semua untuk mengenali latar belakang beberapa orang juak pengetuanya:

1. Pengetua yang pertama penulis gelarkan sebagai “Dr. Seni Hitam Putih”. Perlantikannya akan benar-benar mengembalikan UPSI ke era 2005-2007, kerana beliau merupakan salah satu seorang daripada pengetua yang menjadi pencatur utama pada era tersebut. Penulis tidak pasti sama ada universiti terlupa untuk melihat rekod pengurusan pengetua tersebut pada eranya. Atau rekodnya sengaja dipadamkan dengan tiada seorang pun akan menyebutnya. Penulis dikhabarkan terdapat beberapa salah laku yang dilakukannya pada masa dia menjawat jawatan pengetua sehinggakan kesalahan tersebut diheret ke Putrajaya. Antara kesalahannya ialah melakukan pembelian mejanya melebihi kelayakan yang sepatutnya, penulis dikhabarkan beliau masih lagi memegang rekod antara pembelian meja yang paling tinggi di UPSI, harganya dikhabarkan melebihi RM 9,000.00. mengalahkan harga meja DD.. sendiri.

Kesalahan kedua ialah melanggar peraturan kewangan dalam menyiapkan “bilik nyanyian” dan “pembelian alat muzik kegilaannya.” Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk pihak bendahari dan laporan yang dikemukakan oleh Unit Audit Dalam. Kesalahan ketiga adalah beberapa pembaziran yang dilakukan olehnya semasa menjawat jawatan di KAB. Buktinya, kalau pembaca berkunjung ke Kolej KAB di Proton City. Lihatlah tanda pembaziran di tepi padang KAB yang pernah ditinggalkan olehnya, dalam keghairahan untuk berhibur beliau telah menempah satu set pentas terbuka semata-mata untuk “mendidik” pelajarnya dengan paluan drum dan petikan gitarnya. Wahai saudaraku warga UPSI, jikalau kakitangan biasa yang tanpa sengaja telah kehilangan laptop yang dibekalkan oleh universiti dikenakan dengan berbagai-bagai tindakan. Adakah orang yang melakukan kesalahan yang begitu serius boleh dilantik kembali sebagai ketua jawatan di UPSI. Saya yakin pembaca yang budiman ada jawapannya…

Pendekatan Dr. Seni Hitam Putih dikala berhadapan dengan pelajar lebih mudah difahami. DIA AKAN BERIKAN APA YANG PELAJAR MINTA DAN DIA AKAN DAPAT APA YANG DIA MAHU. Penulis dikhabarkan Dr. Seni Hitam Putih dalam usaha membina rekod barunya di UPSI, iaitu rekod sebagai seorang pengetua yang membangunkan dua bilik nyanyian di dua kolej yang berbeza. iaitu satu di KAB dan kedua di tanah jajahan takluknya yang baru. Penulis dikhabarkan pihak audit dalam telah berkunjung ke pejabatnya untuk membuat auditan di atas kesalahan yang dilakukan walau hanya baru dilantik menjadi pengetua tidak sampai enam bulan. Kerana pihak bendahari dan audit yakin Dr. Seni Hitam Putih sedang mengulangi kesalahan lamanya. Rekod kehebatan Dr. Seni Hitam Putih ini tidak dapat ditandingi oleh orang lain. Penulis mendapat khabar dari pengetua yang lama bahawa pada tahun 2010, Dr. Seni Hitam Putih telah membina rekod baru iaitu menghabiskan wang kolej melebihi RM 120,000.00 dalam tempoh tidak sampai sebulan, dalam masa yang sama banyak aktiviti pelajar disekat dengan alasan tiada peruntukan. Ke mana pergi duit itu kalau tidak ke bilik nyanyiannya…

2. Pengetua kedua yang dilantik leh DD… penulis namakan dia sebagai “Dr. Songkok.” Pengetua ini penulis tidak ada rekod kepimpinannya yang lalu. Kerana sejauh yang penulis ingat dia tidak pernah pegang jawatan penting di UPSI. Rekod yang yang dipegang adalah pengetua yang paling banyak membawa cerita keburukan pengetua sebelumnya. Pada hal perkara tersebut semuanya adalah pembohongan.

Penulis dikhabarkan DD… sendiri pun naik pening dengan watak Dr songkok ini. Cuba pembaca bayangkan, sebelum DD… datang ke UPSI pun Dr songkok saban malam menghubungi DD… di rumahnya untuk menfitnah pengetua lama di KAB. Lagi kelakar, kakitangan unit perumahan sendiri naik meluap tengok muka Dr songkok ini setiap hari berkunjung ke unit tersebut untuk bertanyakan surat lantikan sebagai pengetua, berminggu-minggu kakitangan unit perumahan naik heran. Apa kena mamak ni, dah pernah dibuat orang sebelum ni… Bukan apa takut orang tak lantiknya jadi pengetua.

Dr. Songkok dalam usaha pembikinan rekod baru di UPSI sebagai pengetua yang mempunyai “talam lebih daripada dua muka” Bagi menunjukkan kehebatannya dia ada dua cara. Pertama, dengan cara PENIPUAN, mungkin pengerusi RPA dan YDP JMK KAB ada pengalaman yang ingin dikongsi dengan pembaca berkaitan isu tersebut. Di hadapan pengerusi RPA katanya; ”RPA adalah program yang baik dan saya akan menyokong sepenuhnya program RPA” tidak sampai 30 minit selepas itu, di hadapan YDP JMK KAB kata-katanya telah berubah: “saya sengaja melewatkan semua progaram RPA agar tidak boleh dilaksanakan semester ini.” Pada awalnya JMKnya menggap semua orang tersalah dengar. Lama-lama terserlahlah watak sebenar disebalik kehitaman songkok yang dipakai.

Cara kedua yang diperkenalkan oleh Dr. Songkok ialah melebalkan pelajar-pelajar UPSI sama ada biru atau hijau. Lagaknya lebih teruk daripada pengerusi JKKK daripada Kampung Lembu. Penulis berpesan agar pembaca perlu berhati-hati dengan Dr. Songkok kerana cap labelnya akan dipersembahkan ke hadapan DD… untuk tindakan lanjut. Kehebatan Dr. Songkok ialah dia merasakan penipuannya di percayai, padahal awal-awal lagi orang tahu dia adalah penipu besar. Penipuan yang paling mutakhir dilakukan oleh Dr. Songkok ialah bersungguh-sungguh memberitahu JMKnya bahawa peruntukan aktiviti kolej masih belum diketahui kerana masih di HEPA, pada hal semua JMK tahu bahawa bajet KAB terus diberikan kepada KAB tanpa melalui HEPA. Kasian Dr. songkok nak menipu tapi tak padai…

3. Pengetua ketiga yang dilantik oleh DD… penulis gelarkan “Dr. Badigon.” Sekali imbas dari kata-kata dan wataknya nampak alim, penulis sendiri pada awalnya agak hairan kenapa DD… melantik orang yang alim untuk bersama-samanya. Ingatkan DD… inginkan seorang tuan penasihat. Rupa-rupanya pengetua ini “terlebih alim” daripada ulama. Kerana ulama kerjanya adalah membenarkan yang betul. Kerja Dr Badigon adalah membenarkan segala kejahatan dan penyelewengan orang atasannya. Jadi tidak hairanlah Dr. Badigon dilantik oleh DD… berperanan UNTUK MENGHALALKAN APA SAHAJA KATA-KATA DAN TINDAKAN DD.. dengan lagaknya yang alim dan “Nampak banyak ilmu agama” tapi sebenarnya hampes. Jadi tidak hairanlah apabila banyak kata-katanya yang menyeleweng daripada Islam, antaranya “WAJIB taat kepada pemimpim walau pemimpin menyuruh kepada maksiat.” “Islam cukup dengan sembahyang, tidak perlu kepada undang-undang dan politik”. Untuk mendapat penjelasan lanjut penulis mencadangkan agar pembaca mendapat pandangan daripada ustaz-ustaz yang bertauliah kerana penulis bukan seorang ustaz.

Untuk maklumat lanjut penulis nasihatkan agar pembaca menyemak rekod latar belakang Dr Badigon ni, Asalnya dari UM, kemudian pindah ke Unisel. Ramai kawan-kawan lamanya hairan melihat perubahan luarannya. Ingatkan dah berubah dan bertaubat, rupanya untuk cari makan sebagai penceramah UMNO.

Penulis tidak akan mengulas seorang lagi watak pengetua yang di lantik oleh DD… kerana setakat ini penulis tidak begitu jelas peranan yang dimainkan oleh pengetua tersebut selain daripada mengikut rentak DD… dan menjadi penyokong setianya. Manakala seorang pengetua yang sudah sedia ada sedang berada dalam senarai yang akan dibuang oleh DD… lantaran pengetua tersebut tidak sanggup untuk menyerahkan “telurnya” untuk digenggam dan dipicit oleh DD… Dengan perlantikan keempat-empat pengetua oleh DD… ianya akan menentukan pendekatan DD… dalam memenangi pemilihan MPP akan akan datang. Nantikan ulasan dalam seterusnya berkaitan pendekatan DD… dan juak-juaknya dalam memenangi pemilihan MPP.

Bersambung…

March 16, 2012

Siri 14: Apabila Dato Dandut… Melepaskan Kemarahan Kepada Juak Pengetuanya.

Maka gemparlah seluruh HEPA dengan berita DD.. mengamuk sakan terhadap pengetuanya dalam Mesyuarat Pengurusan HEPA, lantaran juak-juaknya itu gagal dalam melaksanakan agenda tipudaya DD…. Antara agenda yang gagal dilakukan oleh juak pengetuanya dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

1. Gagal menyedikan bakal-bakan calon yang mencukupi untuk diketengahkan dalam pemilihan MPP yang semakin hampir.

2. Bakal-bakal calon yang dicalonkan oleh juak pengetua tidak berkualiti. Semuanya hampeh… Cuma penulis tak pasti apakah kayu ukur yang diterima pakai oleh DD… untuk menilai kualiti calon. Adakah DD… akan gunakan kayu ukur “pandai menyanyi dan menari” bagi menentukan kualiti calonnya sebagaimana kayu ukur yang digunkan oleh DD… kepada kakitangannya untuk layak berada di HEPA.

3. Bakal-bakal calon MPP lain yang akan melawan calonnya nanti jauh lebih berkualiti daripada bakal calon tajaannya.

4. Gerak kerja tipu daya pengetua dapat dihidu oleh orang luar dan tidak mendapat sokongan pelajar. Dalam masa yang sama tiada gerak kerja yang tersusun untuk memastikan kemenangan kegagalan calon tajaan DD…

5. Kemarahan yang paling besar DD… kepada pengetuanya ialah kegagalan juaknya itu menghentikan aktiviti surau di kolej kediaman.

Penulis tahu, ada antara pengetua yang terbakar hatinya apabila DD… menyebut “kalau kita gagal memenangi pemilihan MPP maka pengetualah yang patut dipersalahkan”. Kerana kerapkali juak pengetuanya merungut dengan cara kerja DD… yang disifatkan sebagai tidak sistematik. Dengan erti kata lain tidak tahu bekerja.

Penulis mengucapkan syabas kepada semua mahasiswa UPSI yang tidak sanggup bersekongkong dengan DD… untuk mencapai matlamat politiknya. Juga tahniah kepada seorang dua pengetua yang tidak membiarkan “telurnya” dalam gengaman DD… jadilah orang yang berjiwa besar seperti semua pemandu yang tidak sanggup bersekongkong dengan kejahatan DD… sehinggakan pemandu terpaksa digilirkan untuk membawa DD…

Tidak pula penulis mendengar amukkan DD… apabila UPSIKINI mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh beberapa orang kakitangannya. Tidak pula DD… mengamuk tentang kewujudan akaun rahsia di KHAR. Penulis tak kata semua kakitangan di HEPA itu bersalah, penulis juga tidak pernah menyebut siapa orang yang buat kerja tu, tapi ada orang mengamuk macam orang hilang akal. Aik… kenapa melatah kalau kita tak buat kerja tu?... cerita sebenarnya ramai yang tahu, cuma pengalamannya dalam melakukan kerja-kerja tu membuatkan dia tidak meninggalkan sebarang bukti. Penulis nak ingatkan pepatah orang tua-tua “seandai-pandai tupai melompak akhirnya ke tanah jua”. Penulis nak tambah “seluas-luas dia melompat, jangan lupa api neraka lagi luas.”

Satu perkara lagi penulis nak ingatkan DD… minta tengok seorang kakitangannya yang begitu kerap ke luar negara. Penulis bukan apa, kasihan pada pegawai lain di Unit Pembangunan Pelajar tu, N41 tak payah kiralah, N48 pun tak merasa ke luar negara, Takkan semua pegawai di UPP tak pandai nak uruskan pelajar ke luar negara sehinggakan program MPP pun di uruskan oleh pegawai tu?.. Cuba pembaca teka apakah kehebatan sebenar pegawai tu… saya yakin tekaan pembaca adalah lebih tepat.

March 14, 2012

Siri 13: Apa Beza Antara Demontrasi Anjuran Adam Adli dengan Demotrasi Anjuran DD…?

Dalam kepeningan pengetua kolej kediaman untuk mencari jawapan kepada pendedahan UPSIKINI berhubung beberapa perilaku yang tidak boleh dinafikan kebenarannya. Sekali lagi mereka menerima arahan daripaada DD… melalui sms:

“Saya mohon semua Pengetua mencari pimpinan pelajar 40 orang setiap kolej untuk dibawa ke KPT pd 21 Dis Rabu jam 2 pm (di KPT). Bertolak UPSI jam 11 pagi. Bagi menyatakan sokongan padu UPSI kepada pimpinan YAB PM Malaysia. Semua IPTA dan alumni akan bersama-sama kita di sana. Sila koordinasikan dgn En Muzamil HEPA. Tnc hepa.”

DD… tidak perlu terkejut bagaimana penulis boleh mendapat SMS yang dihantarkan kepada pengetua kolej, untuk makluman DD… penulis mempunyai beberapa pemberi maklumat “dalam kain DD…” dan “kelas pertama”. Ini kerana bagi memastikan pendedahan yang dilakukan adalah benar seratus peratus, tiada unsur-unsur fitnah. Sekali lagi penulis tegaskan, PENULIS TIDAK AKAN MENYERANG PERIBADI DD… DAN JUAK-JUAK KECUALI YANG MELIBATKAN SALAH GUNA KUASA DAN PENYELEWENGAN DI UPSI.

Berbalik kepada sms yang dihantar DD… kepada juaknya di kolej kediaman. Pada pandangan penulis, sms tersebut merupakan salah satu daripada sms-sms pembohongan yang dihantar oleh DD… kepada juak-juak pengetuanya. Penulis katakan begitu kerana hujah-hujah berikut:

1. Jika benar demontrasi itu dianjurkan untuk memberikan sokongan kepada PM. Kenapa memilih destinasi KPT, bukan pejabat PM? Sudah tentu ada tujuan lain demotrasi itu diadakan.

2. Jika benar demontrasi itu dibuat sebagai sokongan UPSI kepada PM. Soalnya kenapa melibatkan IPTA lain dalam demontrasi tersebut. Ternyata ada agenda tersembunyi??

3. Akhirnya terbongkar kisah sebenar bahawa demontrasi tersebut diadakan bertujuan mendesak Timbalan Menteri KPT meletak jawatan, sebagaimana dilaporkan oleh media perdana pada hari tersebut dan keesokan harinya.

Wah! hebat sungguh penipuan DD… dan jauk-juaknya. Yang paling teruk rasa tertipu adalah kalangan pemimpin pelajar yang dikerah untuk meninggalkan kelas dan menghadiri demontrasi tersebut dengan paksaan dan tipu daya. Penulis ada terdengar khabar, ada pengetua yang begitu marah kepada JMK di kolejnya yang enggan menghadiri demontrasi tersebut lantaran terlebih dahulu dapat mengesan tipu daya pengetuanya, akibatnya sehingga hari ini JMK itu “digantung tidak bertali” dari jawatan JMK.

Adakah DD… tidak dianggap memalukan nama baik universiti apabila menganjurkan demontrasi untuk menuntut Timbalan Menteri KPT meletak jawatan. Sedangkan dia sendiri baru sahaja dilantik sebagai TNC oleh KPT pada ketika itu. Maksudnya DD… menganjurkan demontrasi untuk melawan bosnya sendiri. Lantaran bosnya dilihat melayan setiap pelajar IPT secara adil tanpa melihat kepada fahaman politik yang dianuti. Penulis yakin orang seperti DD… tidak akan boleh membezakan antara tanggungjawab dan peranan Timbalan Ketua Pemuda UMNO dengan tanggungjawab dan peranan jawatan Timbalan Menteri KPT. Untuk pengetahuan DD… KPT itu diwujudkan untuk menaungi semua pelajar IPT sedangkan pemuda UMNO diwujudkan untuk menaungi ahlinya sahaja. Itu pun susah mahu faham ke?

Adakah kebiadapan DD… memalukan nama baik UPSI pada mata KPT boleh dipandang sebelah mata? Tidakkah mahu “Profesor Kongkang” Zainal Keling berhujah untuk menggantung DD… daripada jawatannya sebagai hukuman kerana mencemarkan nama baik UPSI.

Jika Adam Adli berdemotrasi menuntut kebebasan akademik agar orang politik seperti DD… tidak diberikan ruang untuk menerajui universiti kerana dia tidak layak dari segi akademik, tidak layak dari segi perjawatan, tidak ada akhlak yang boleh dicontohi dan kontang idea untuk membangunkan pelajar. Sedangkan DD… berdemontrasi untuk menuntut orang yang menjalankan tanggungjawab dan tugas dengan betul meletak jawatan bagi digantikan dengan orang sepertinya. Bezanya, Adam Adli menuntut pembaharuan ke arah kebaikan universiti. DD… menuntut agar universiti menuju kehancuran dengan melantik orang sepertinya menerajui KPT.

March 9, 2012

Siri Ke 12 : Apabila DD… Menghukum Mahasiswa Yang Tak Bersalah, Jangan Lupa Untuk Menghukumnya Apabila Tiba Waktunya.

Kalau kita membuka lambaran sejarah silam, putarannya adalah sama. Orang yang takut kepada kebenaran akan berusaha sedaya upaya untuk menyekat segala maklumat agar masyarakat terus tertipu dengan segala tipu dayanya. Lihatlah apa yang dilakukan oleh “Dato’ Paduka” Firaun yang sanggup membunuh ribuan bayi lantaran amaran tukang sihirnya bahawa akan lahir manusia yang akan membawa kebenaran, lantas memerangi kejahatannya”. Jangan lupa kisah “Dato’ Paduka” Abu Jahal dan Abu Lahab yang melaksanakan sekatan kepada Rasulullah dan para sahabatnya ketika berada di Makah, agar kebenaran yang dibawa oleh Nabi dan para sahabat tidak dapat disampaikan kepada masyarakat Quraisy pada ketika itu. Itulah putaran sejarah yang akan terus berlaku sampai hari ini.

Kisah yang berlaku hari ini di UPSI tidak jauh bezanya. Apabila DD… dan jauk-juaknya cuba menutup segala pintu kebenaran di UPSI agar segala kebenaran dan maklumat yang didedahkan melalui UPSIKINI tidak sampai kepada kakitangan dan mahasiswa UPSI. DD… merasakan dengan cara itu dia boleh menutup segala aktiviti pembaziran yang dilakukan olehnya di HEPA, memadamkan segala penyalahgunaan kuasanya menggunakan duit universiti untuk kepentingan politik peribadinya serta dapat melenyapkan beberapa penyelewengan lain yang berlaku di HEPA. Penulis yakin ramai yang tahu berkaitan beberapa aktiviti “perabis duit” di HEPA yang TIDAK DILULUSKAN oleh MPE universiti tetapi masih dilaksanakan oleh DD… dengan helahnya, dalam masa yang sama perbelanjaan aktiviti pelajar banyak yang dipotong, alasannya tidak ada duit. Penulis dikhabarkan pada penghujung tahun lepas HEPA begitu galak menghabiskan hampir RM100,000.00 melalui beberapa aktiviti yang tidak mendatang sebarang faedah. Juga ramai yang tahu DD… kerapkali “berlagak” menginap di bilik-bilik hotel yang melebihi kelayakannya. Cuma tidak ada siapa yang berani bersuara. Jika berani bersuara dan melawan TUNGGULAH KUNJUNGAN HANTU PAK INDON. Isu ini penulis akan ulas pada siri-siri akan datang…

Untuk menutup kisah tersebut daripada pengetahuan umum maka DD… telah mengarahkan agar laman Facebook, Youtube dan UPSIKINI disekat untuk dimasuki oleh mahasiswa di kolej kediaman pelajar bermula jam 7.00 mlm – 7.00 pagi. Maklumat ini penulis perolehi daripada pegawai di Pusat ICT sendiri pada masa artikel ini ditulis. Jadi penulis nasihatkan supaya sahkan maklumat ini dengan pegawai di Pusat ICT. Namun, setelah beberapa desakan dibuat, sekatan tersebut ditarik balik dan mahasiswa boleh kembali melayari laman tersebut.

Penulis ingin bertanyakan kepada DD… dan juak-juaknya, apa haknya untuk menghukum ORANG YANG TIDAK BERSALAH dengan menghalang mahasiswa mencapai laman facebook dan youtube?. Perkhidmatan tersebut bukan disediakan secara percuma kepada mahasiswa, ianya dibayar pada setiap semester oleh mahasiswa. Semua tahu bahawa laman facebook dan youtube banyak memberi manfaat kepada mahasiswa yang ingin mengambil manfaatnya. Jadi mahasiswa perlu sedar bahawa itu adalah haknya yang dirampas oleh DD… dan juak-juaknya.

Oleh yang demikian penulis cadangkan kepada semua mahasiswa agar mengambil tindakan berikut:

1. Menggunakan saluran MPP dan JMK yang dilantik untuk mendesak pihak pengurusan universiti membuka kembali kedua-dua kemudahan tersebut. Penulis tidak risau apabila DD… menghalang pelajar daripada ases ke UPSIKINI kerana semakin di halang semakin di cari, kalau tak percaya lihatlah jumlah pengunjung UPSIKINI yang makin bertambah pada setiap hari.

2. Menggunakan segala saluran yang ada termasuk menghantar laporan kepada pihak-pihak atasan di KPT dan Kerajaan Persekutuan agar UPSI menyemak kembali peraturan JAKUN yang dikuatkuasakan oleh DD…

Penulis juga menyeru agar semua mahasiswa UPSI tanamkan tekad dalam hati masing-masing untuk jatuhkan HUKUMAN YANG SETIMPAL ATAS PERBUATAN DD… DAN JUAK-JUAKNYA INI DENGAN MEMASTIKAN CALON-CALON MPP TAJAANYA TEWAS DALAM PEMILIHAN MPP NANTI. Sebagaimana yang penulis tegaskan sebelum ini MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA CALON MPP TAJAAN DD… AKAN MEMANJANGKAN HAYAT DD… DI UPSI, MEMBERIKAN KEKALAHAN ERTINYA MEMBUKA SALAH SATU PINTU KELUAR KEPADA DD… DARI UPSI. Sekali gus membawa bersama-samanya HANTU PAK INDON KELUAR DARI UPSI… Jangan lupa untuk menggunakan undian anda yang bijaksana untuk menghukum DD… dan juak-juaknya.

March 4, 2012

Asal Bukan Aspirasi (ABA) – LMP

Tanjung Malim, 3 Mac- Legasi Mahasiswa Prograsif (LMP) baru-baru ini melancarkan kempen baru terhadap pihak Pro- Aspirasi. Kempen Asal Bukan Aspirasi (ABA) dilancarkan menerusi laman sosial Facebook mereka. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesan kepada pihak Aspirasi disamping memanaskan bahang Pilihanraya Kampus (PRK) yang akan datang.

Fokus utama bagi kempen ini bagi menggugat kedudukan Aspirsi yang dikatakan giat menyusun gerak kerja bagi PRK yang dikatakan tidak lama lagi. Selain itu, kemungkinan besar kempen ABA ini sama seperti kempen ABU (Asal Bukan Umno) yang dilancarkan oleh pihak Pakatan Rakyat.

Walaupun sebegitu, sejauhmana kemampuan dan keberkesanan kempen ini dalam mengganggu gugat pihak Aspirasi tidak dapat dipastikan dalam masa terdekat. Menerusi laman sosial LMP juga, ada dalam kalangan pro- Aspirasi menempelak kempen ABA ini. Diharapkan, pihak LMP meneruskan kempen ini sehingga ke PRK yang akan datang.

March 1, 2012

e-permohonan SPP akan dibuka pertengahan tahun 2012

Tanjong Malim, 1 Mac – Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan membuka permohonan pengambilan guru pada pertengahan tahun 2012 nanti.

Mohd Zahar Mohamed Nor, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar melalui laman facebooknya menyatakan perkara tersebut dan meminta para graduan yang baru menamatkan pengajian pada Jan 2012 supaya sentiasa update laman sesawang SPP kerana setiap graduan harus memohon sendiri.

Beliau yang dihubungi selepas itu, mengesahkan perkara tersebut.

“Para graduan harus mengisi sendiri permohonan dengan menggunakan sistem e-permohonan SPP. Oleh itu saya harap para graduan sentiasa update laman web SPP supaya tidak tercicir nanti, katanya lagi.”

“mereka harus isi sendiri kerana pihak SPP akan mula menggunakan sistem tersebut (e-permohonan) yang baru diperkenalkan buat pertama kali. Sebelum ini SPP hanya mengambil nama daripada pihak universiti untuk proses temuduga, tambahnya lagi.”

Menurutnya lagi, beliau menghubungi pegawai tersebut adalah untuk meminta supaya proses temuduga bagi pelajar yang menamatkan pengajian Jan 2012 lalu dapat dijalankan selepas sahaja proses yang sedang berlangsung sekarang selesai.

“saya juga sebenarnya berusaha untuk meminta supaya pelajar yang telah tamat pengajian baru ini dapat ditemuduga terus kerana SPP mengamalkan sistem terbuka pada masa kini. Tambahan pula transkrip juga mungkin akan keluar dalam masa terdekat sebelum proses temuduga yang sedang berlangsung akan berakhir pada 16 Mac nanti. Namun usaha tersebut masih samar, ujarnya.”

Demo UPSI : Lapan Siswa Dipanggil Kawad Cam Polis

Tanjong Malim, 1 Mac : Lapan pemimpin mahasiswa yang terlibat perhimpunan kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 31 Disember lalu, hadir dalam kawad cam polis selama lebih satu jam bermula jam 3 petang semalam.

Mereka diminta berbuat demikian di Balai Polis Tanjung Malim. Dalam insiden itu berlaku pertembungan mereka dengan polis sehingga menyebabkan ada mahasiswa dilapor cedera.

Setiausaha Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Khairul Naim berkata beliau menghubungi rakannya itu dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan – empat orang bagi setiap kumpulan – sewaktu kawad cam itu berlangsung.

Menurut laporan Malaysiakini, Khairul berkata setiap kumpulan memberi kerjasama dengan dikawad cam selama 40 minit bagi setiap kumpulan.

“Mereka dibebaskan dan masih menunggu sekiranya ada kes daripada pendakwaraya,” katanya sambil menambah semua mahasiswa itu hadir tanpa ditemani peguam.


Kelapan-lapan pelajar tersebut adalah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Shukri Ab Razab, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz, Timbalan Presiden KAMI Khalid Mohd Ismath dan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Muhammad Safwan Anang@Talib.

Selain itu, Pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif, Adam Adli; aktivis mahasiswa Gerakan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Ekhsan Bukharee Badarul, aktivis mahasiswa, Mohd Zaini Mohd Ismail dan bekas presiden KAMI, Muhammad Hilman Idham turut dipanggil untuk kawad cam.

Mengulas lanjut, Khairul berkata polis juga mengadakan kawad cam mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Mahasiswa itu juga turut diiringi beberapa akivis yang hadir memberi sokongan kepada mereka. – GZDaily

Siri Kesebelas : Layakkah DD… Menerajui Kepimpinan HEPA?

Sebagaimana analisis yang telah dibuat oleh penulis pada siri-siri yang lepas, ternyata kehadiran DD… ke UPSI tidak pernah diperakukan oleh panel pemilih untuk jawatan tersebut, dalam masa yang sama turut mendapat bantahan dalam kalangan kakitangan akademik melalui surat bantahan yang dikemukakan oleh Persatuan Kakitangan Akademik UPSI (PEKA). Tindakan yang sama turut diambil oleh bekas Naib Canselor UPSI pada ketika itu. Namun apakan daya kabel politik yang di pakai oleh DD… lebih kuat daripada bantahan warga UPSI. Sebab itu DD… boleh berbangga dengan kata-kata bongkaknya “walau pun orang UPSI tidak tahu no ic saya, saya boleh datang ke UPSI”. Maksudnya walaupun orang UPSI tidak mahu menerimanya dia tetap akan datang juga.

Kehadiran DD… ke UPSI jauh berbeza dengan kehadiran TNC HEPA yang kedua pada era 2005 -2007. Tidak banyak konterversi yang timbul pada ketika itu, kerana individu tersebut ada kelayakan yang diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut. Walaupun kehadirannya banyak dipengaruhi unsur-unsur politik, tetapi tidak dapat dinafikan dia mempunyai kelayakan dari segi akademik, pengalaman dan perjawatan.

Keadaan berbeza yang menyambut kehadiran DD… ke UPSI. Sebenarnya bantahan yang dikemukan oleh warga UPSI ada asasnya. Pertama dari segi akademiknya DD… Tidak memiliki kelayakan sekurang-kurang Prof. Madya untuk mengisi jawatan tersebut. Kedua, dari segi kedudukan pangkat yang melangkau daripada gred 52 terus ke JUSA B, apa yang lebih menggerunkan ialah yang ketiganya DD… tidak ada matlamat dan misi yang jelas dalam aspek pembangunan pelajar.

Sebagaimana yang digeruni oleh warga UPSI semasa lantikan DD… ke UPSI, maka itulah yang sedang berlaku di UPSI hari ini. Penulis tidak akan mengulas dari segi kelayakan akademik dan perjawatan kerana itu adalah fakta jelas yang tidak memerlukan ulasan lagi. Setakat artikel ini ditulis, ternyata DD… tidak mempunyai apa-apa matlamat dan misi kecuali untuk kepentingan politik peribadinya semata-mata. Kerap kali dibangkitkan oleh DD… adalah tiga perkara iaitu karaoke, kayu golf dan blackberry. Selebihnya adalah bagaimana untuk memastikan calon tajaannya akan memenangi Pemilihan MPP yang akan datang bagi menjamin survival politiknya. Isu ini akan di ulas secara lanjut dalam siri yang akan datang di bawah tajuk Pendekakan DD… bagi memastikan calon MPP tajaannya mendapat kemenangan.

Apa yang lebih malang ialah kedatangannya banyak membawa masalah kepada universiti. Dengan kisah Adam Adli yang belum ada penghujungnya, kisah kesombongan DD… yang kerap kali melanggar peraturan kewangan universiti, kisah DD… yang kerap kali melanggar kelulusan MPE universiti dalam menganjurkan aktiviti “perabis duit universiti”. Tunggulah ulasan lanjut penulis berkenaan beberapa “aktiviti perabis duit” universiti yang tidak diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan universiti tetapi masih dilaksanakan oleh DD… dengan juaknya-juaknya untuk perabis duit UPSI.