February 28, 2012

Siri Kesepuluh : Hayati Kempen Sayangi UPSI Tajaan DD dan Juak-juaknya

Tentu sekali ramai yang terkejut dengan beberapa banner yang digantung di sekitar kampus sebagai kempen sayangi UPSI. Melihat keadaan yang ada, penulis teringat kepada pepatah orang-orang tua-tua “bagaikan menghias tahi sendiri”. Kalau dah namanya tahi, hiaslah secantik mana pun ianya tetap berbau dari jauh.

Maka terpampanglah muka tak malu DD dan juak pengetuanya di kain rentang sekitar kampus. Penulis ingin bertanyakan kepada DD dan juaknya, Siapa yang tak sayangkan UPSI? Semua orang sayangkan UPSI sebagai tempat mencari makan dan mencari ilmu. Cuma cara menunjukkan rasa sayang itu berbeza dengan antara kebanyakan orang dengan DD… dan juaknya. DD.. dan juak-juaknya menunjukkan rasa sayang kepada UPSI dengan cara yang luar biasa, antaranya adalah mencabar pelajar yang tidak sehaluan. Akhirnya lahirlah orang seperti Adam Adli yang menyahut cabarannya. Cara yang kedua perabiskan duit universiti dengan aktiviti yang tidak berfaedah, cara yang ketiga sekat posting pelajar supaya DD… ada isu yang boleh di gunakan untuk mengugut pelajar.

Berita terbaru yang penulis dengar daripada rakan sejawat DD… di sebuah universiti di Pulau Mutiara, DD… TELAH MENYATAKAN HASRATNYA UNTUK MEMBEKUKAN POSTING PELAJAR UPSI ANDAINYA CALON MPP TAJAANNYA KALAH DALAM PEMILIHAN MPP AKAN DATANG. Oleh itu, selain daripada masalah sedia ada yang dihadapi oleh kerajaan, DD… dan juak-juaknya adalah dalang sebenarnya disebalik pembekuan posting yang berlaku hari ini, agar isu tersebut boleh dijadikan bahan ugutan untuk kempen pemilihan MPP.

Cuma DD… perlu ingat bahawa selepas pilihan raya umum akan datang, belum tentu DD… dan juak-juaknya ada tempat di UPSI. Apabila kerajaan sudah berubah, penulis pasti DD… dan juak-juaknya akan dihalau keluar daripada UPSI.

Berbalik kepada kempen sayangilah UPSI anjuran DD… Maka terpampanglah gambar DD… dan juak pengetuanya. Sedangkan inilah dalang sebenar yang merosakkan nama baik UPSI pada mata masyarakat. Besar sangatkah jasa DD… dan juak-juaknya di UPSI sehinggakan gambarnya tertera di banner itu. Adakah jasa DD… dan juak-juaknya mengatasi jasa dekan, ketua jabatan dan pensyarah lain yang gambarnya tidak tertera atas banting tersebut. ATAU KEMPEN SEBENAR YANG HENDAK DIJALANKAN OLEH DD… DAN JUAKNYA ADALAH “SAYANGILAH DAKU DAN JUAK PENGETUAKU” geli penulis nak menulisnya..

February 23, 2012

Siri Kesembilan : Cara Memenangkan Aspirasi dalam PRK

Antara langkah memenangkan Aspirasi dalam PRK kali ini.

1. Melalui cara MEMUJUK pelajar untuk memberikan kemenangan kepada calon-calon ASPIRASI dengan menggunakan isu-isu kebendaan seperti isu posting dan pembangunan. Penulis mencadangkan jawapan yang mudah kepada isu tersebut iaitu TIDAK ADA SEORANG PUN PELAJAR UPSI BUKAN ASPIRASI YANG MEMENANGI PEMILIHAN MPP PADA ERA SEBELUM 2005-2006 YANG MASIH MENGGANGGUR, SEMUANYA TELAH MENDAPAT TEMPAT MASING-MASING SEBAGAIMANA CALON ASPIRASI YANG KALAH PADA PEMILIHAN SEBELUM ERA TERSEBUT.

2. Cara kedua adalah melalui UGUTAN dengan isu yang hampir sama iaitu posting dan pembangunan. Penulis juga mencadangkan jawapan yang sama. Bagi penulis, masalah sebenar dalam isu posting hari ini ialah apabila GSTT merompak tempat yang sepatutnya menjadi milik pelajar UPSI. Isu yang kedua ialah pelanjutan usia persaraan daripada 58 kepada 60 tahun yang menyebabkan “guru-guru tua” menafikan hak “guru-guru muda” untuk berkhidmat lebih awal sebagaimana yang diunjurkan diperingkat awal.

3. Cara yang ketiga akan digunakan adalah TIPUDAYA, setakat apa yang boleh difikirkan oleh penulis dan pengalaman yang ada, sekurang-kurangnya ada empat ruang TIPUDAYA yang akan digunakan oleh DD… dan juak-juaknya.

i. Mewujudkan mana-mana syarat yang akan menafikan hak calon-calon bukan tajaan DD… untuk mengambil bahagian dalam pemilihan MPP yang akan diadakan. Sebagai contoh menggunakan isu kursus kepimpinan mahasiswa yang selama ini digunakan sebagai medan untuk mengeratkan hubungan antara calon-calon MPP sebagai cara TIPUDAYA bagi memastikan calon-calon tajaan DD... yang layak bertanding dan menafikan hak pelajar lain.

ii. Cara TIPUDAYA yang kedua mungkin dilakukan oleh DD… dan juak-juaknya adalah memastikan calon-calon tajaannya sahaja yang akan memperolehi borang pencalonan MPP.

iii. TIPUDAYA yang ketiga adalah dengan cara mengeluarkan senarai nama calon-calon tajaan DD… kepada semua dekan-dekan fakulti dan mengarahkan semua dekan agar hanya menandatangi borang-borang pencalonan yang ada dalam senarai tersebut sahaja.

iv. Apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh DD… dan juak-juaknya untuk memastikan calon-calonnya memenangi pemilihan MPP.

Berhadapan dengan pendekatan TIPUDAYA yang akan digunakan oleh DD… dan juak-juaknya, penulis mencadangkan agar semua pihak menggunakan SEMUA CARA YANG DIBENARKAN untuk menuntut satu pemilihan MPP yang adil. Jangan lupa untuk dapatkan sokongan daripada semua persatuan pelajar dan kakitangan UPSI untuk mendapat jaminan daripada NAIB CANSELOR bahawa pemilihan MPP akan diadakan dengan cara yang adil. Jika gagal, GUNAKAN APA CARA YANG DIBENARKAN OLEH UNIVERSITI untuk mengangkat perkara ini ke atas.

Wahai saudaraku warga UPSI, sekali lagi penulis tegaskan bahawa perkara ini nampak remeh tetapi MEMBERI KEMENANGAN KEPADA CALON-CALON TAJAAN DD… DAN JUAK-JUAKNYA BERERTI MEMANJANGKAN LAGI USIA DD… DI UPSI BAGI MELAKSANAKAN AGENDANYA MEMBERSIHKAN ISLAM, JIKA MEMBERI KEMENANGAN KEPADA CALON-CALON BUKAN TAJAAN DD… KITA TELAH MEMBUKA SATU PINTU UNTUK DD… KELUAR DARIPADA UPSI. Oleh itu, semua pelajar dan kakitangan UPSI perlu membuka pintu kaluar kepada DD… bagi memastikan agenda jahatnya di UPSI dikuburkan bersamanya.

February 22, 2012

UPSI KEMBALI KE ERA 2005 -2007? Siri kelapan : Apabila Paluan Gendang Pemilihan MPP Mula diPalu Oleh Dato’ Dangdut.

Setelah berehat agak lama untuk memberi ruang kepada mahasiswa UPSI yang sedang bercuti. Penulis juga percaya DD… telah menggunakan kesempatan ini untuk berdandud dan berkaraoke sepuasnya tanpa memikirkan tingkah lakunya itu akan dipaparkan di UPSIKINI. Penulis mendengar khabar dalam seminggu dua ni, DD… begitu ligat berdangdut dan berkaroeke di majlis anjuran HEPA. Teringat kata DD… ketika gambar kakitangan HEPA bergambar dengan Raja Muda Perlis di Kota Baharu terpapar dalam UPSIKINI sedangkan beliau masih belum pulang ke UPSI. “Dah ramai aku buang kakitangan HEPA tapi ada lagi yang bagi maklumat kepada UPSIKINI”. Cuma penulis juga nak ingatkan kepada DD… kisah “Dato’ Paduka Firaun” pernah memerintahkan agar semua bayi yang baru dilahirkan dibunuh bagi mengelakkan lahirnya insan yang akan membawa kebenaran, lantas akan memerangi kebatilan dan salah lakunya.

Walaupun ribuan bayi yang baru dilahirkan dibunuh oleh firaun dan juak-juaknya, Namun takdir Allah telah menetapkan bahawa Nabi Musa hidup dan membesar dalam istananya sendiri. Akhirnya menjadi penentang tegar terhadap kebatilannya. Sendiri mahu ingat itu kisah wahai DD…

Bagi menyahut paluan gendang pemilihan MPP yang mula dimainkan oleh DD… dan juak-juaknya, penulis akan memulakan fasa kedua siri penulisan ini untuk mengulas beberapa pendekatan yang mungkin akan digunakan oleh DD… dan juaknya bagi memastikan calon tajaannya memenangi pemilihan MPP yang akan diadakan sama ada pada penghujung bulan Februari atau awal Mac nanti.

Sebagaimana yang dijelaskan pada siri yang lepas, DD… telah melantik beberapa orang juak-juaknya dalam kalangan pengetua untuk memastikan “agenda pembersihannya” di UPSI berjaya dilakukan. Maka juak-juak yang dilantik akan memainkan peranan masing-masing. Dr. Seni Hitam Putih akan memainkan peranannya untuk memujuk dan mengugut pelajar melalui seni pidatonya yang lebih baik daripada pengetua yang lain. Caranya mudah difahami, iaitu memujuk dan mengugut pelajar dengan faktor kebendaan, antaranya menggunakan isu posting dan pembangunan universiti. Cara tersebut pernah digunakan oleh Dr. Seni Hitam Putih semasa era pemerintahannya di KAB pada tahun 2005-2007.

Sementara Dr. Songkok akan memainkan peranannya dalam aspek tipu daya, kerana Dr. Songkok ada Phd dalam “ilmu jiwa manusia”. Tidak dilupakan peranan Dr. Badigon yang akan menghalalkan apa sahaja tindakan DD… dengan ceramah agamanya di hadapan pelajar. Penulis cadangkan agar pembaca menyiasat peranan ketiga-tiga pengetua ini dalam UMNO. Seorang sahabat penulis pernah mengemukakan kehairanannya kenapa Dr. Badigon diterima masuk di UPSI selepas membuat onar di UM dan UNISEL. Mungkin pembaca boleh mendapat maklumat lanjut onar apa yang dilakukan oleh Dr. Bagidon di kedua-dua universiti tersebut.

Maka tersebutlah kisah salah satu tajuk yang dibengkelkan oleh pengetua dan felo di Kota Baharu baru-baru ini. Tajuknya ialah BAGAIMANA UNTUK MEMASTIKAN CALON MPP TAJAAN DD… MEMENANGI PEMILIHAN MPP AKAN DATANG. Maka juak-juak lantikan DD… telah dilantik untuk mengetuai bengkel tersebut. Masing-masing mengemukakan cadangan, cuma yang lebih menariknya semua cadangan tersebut merujuk kepada pengalaman juak-juak DD… pada era 2005 – 2007. Maka pengetua dan felo perlu MENGGUNAKAN APA CARA SEKALIPUN untuk memenangkan calon-calon ASPIRASI tajaan DD…

Bersambung...

February 20, 2012

Mahasiswa merungut Facebook dan Youtube tidak dapat diakses

Tanjung Malim,20 Feb- Hari ini bermula Semester 2 sesi 2011/2012, walau bagaimanapun masalah tidak dapat mengakses laman sosial Facebook dan Youtube bermula jam 7 malam sehingga 7 pagi masih lagi berpanjangan. Masalah ini telah berlarutan semasa hujung semester lepas sehingga kini.

Menurut Exco Kebajikan dan Perkhidmatan Saudara Amirul Afzan, menyatakan bahawa “tidak ada alasan yang kukuh bagi pihak pentadbiran menyekat laman social facebook dan Youtube kepada semua pengguna Upsijaring, hal ini kerana banyak manafaat yang boleh digunakan dalam dua laman ini bagi mahasiswa dan mahasiswi UPSI”.

Menurutnya lagi “timbul persoalan, mengapa pihak pentadbiran mengambil langkah berkenaan, apakah ada sesuatu yang ditakutkan oleh pentadbiran UPSI kepada dua laman ini?”.

Dalam masa yang sama, beberapa perasatuan juga memberi respon yang senada dengan pandangan Saudara Amirul Afzan. Pimpianan persatuan seperti, PersatuanPendidik Islam UPSI, Persatuan Pengguna UPSI dan juga Persatuan Pengajian Malaysia menyatakan pandangan bersama tentang isu ini.

Dikatakan, mereka juga menyatakan sekepakatan bagi membawa isu ini diperingkat pentadbiran. Diharapkan semua mahasiswa dan mahasiswi bersabar diatas kesulitan ini.

Kolumnis: Posting akan digantung Selama Dua tahun jika Aspirasi Kalah di Upsi

Pilihanraya Kampus UPSI kian terasa bahangnya selepas daripada kem anjuran HEP baru-baru ini. Sumber maklumat melalui penulis yang menghantar ke emel Upsikini memberitakan satu perkara yang besar kepada mahasiswa dan mahasiswi UPSI iaitu isu posting.

Dikatakan, semasa minggu suai kenal bagi sesi ini pihak aspirasi telah menganjurkan kem dengan kehilangan orang-orang aspirasi dalam tempoh tersebut. Kem ini bertujuan untuk mengrekrut ahli aspirasi yang baru seterusnya mencari calon-calon yang akan dipertandingkan dalam PRK pada kali ini.

Dalam kem tersebut, turut hadir bagi memberi ucapan dan amanat kepada pihak aspirasi ialah Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Perdana Menteri. Dalam ucapannya, dengan gah menyatakan “jika aspirasi kalah dalam PRK kali ini, posting akan digantung selama dua tahun”.

Pandangan berkenaan dengan steament ini memperlihatkan pihak mereka terlalu terdesak dan dangkal dalam menentukan petempatan mahasiswa UPSI. Dimana keadilan kementerian jika benar perkara ini. Kemungkinan besar pihak aspirasi akan melakukan dengan pelbagai cara bagi memenangkan calon mereka termasuk akan berkerjasama dengan HEP bagi mengalahkan calon-calon lain.