April 25, 2011

Mahasiswa harus gunakan kematangan

Tanjong Malim, 25 April - Mahasiswa merupakan aset negara yang akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan datang. Mereka juga akan bertebaran memenuhi sektor-sektor awam atau swasta dalam membantu merancakkan pembangunan negara.

Peranan mahasiswa sudah terpesong apabila kebanyakannya mengambil peluang waktu belajar ini untuk melepaskan segala hasrat dengan mengamalkan gaya hidup bebas.

Akhbar Harian Metro Selasa lalu ( 19 April 2011 ) mengejutkan negara apabila mendedahkan satu pesta liar yang dihadiri mahasiswa.

Ahmad Rusydan Sidek, Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah ( MPP) menempelak kumpulan mahasiswa yang terlibat dalam pesta tersebut. Beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bermaruah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh individu yang bergelar mahasiswa.

“ Saya amat terkejut dan begitu sedih apabila membaca laporan akhbar tersebut yang melaporkan pembabitan mahasiswa dalam pesta liar seperti itu. Mahasiswa sepatutnya menggunakan kematangan untuk membuat sebarang tindakan kerana ia akan memberi kesan yang teruk kepada institusi pendidikan tertinggi negara, katanya.”

Menurutnya lagi, warga siswa-siswi mesti menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada masyarakat supaya mereka mengikuti jejak langkah dan yakin dengan system pendidikan tinggi Negara. Jika perkara seperti ini terus berulang, maka masyarakat akan memandang menara gading tidak mampu melahirkan para graduan yang berjaya dan berakhlak, tambahnya lagi.”

Kementerian Pengajian Tinggi harus memandang perkara ini dengan serius dengan membuat pantauan ke tempat-tempat ‘panas’ supaya mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti tidak sihat boleh diambil tindakan sewajarnya.

April 21, 2011

Mahasiswa Pendidik -Penjelasan penuh berkaitan isu wang pendahuluan


Tanjong Malim, 21 April - Setelah pertemuan hampir satu jam wakil Mahasiswa Pendidik yang diwakili saudara Mohd Zahar Mohamed Nor (Koordinator MP) petang tadi, segala perbincanagn bersama pihak Bendahari UPSI, Pn. Hajah Khadijah bt Hamdan berjalan dengan lancar.

Pertemuan tersebut dibuat bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak bendahari berkaitan kesanggupan pihak universiti sebelum ini yang berjanji akan memberi wang pendahuluan kepada semua pelajarnya yang akan menjalankan latihan mengajar awal bulan Mei nanti.

Menurut perkembangan yang diperolehi melalui facebooknya, beliau menyatakan bahawa pelajar yang mendapat tajaan daripada PTPTN, KPM, Kementerian Belia & Sukan, JHEOA, JPA Sabah dan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor akan mendapat wang pendahuluan sebanyak RM 2200 daripada universiti.

Manakala bagi peminjam daripada tajaan Yayasan Felda, LKTP Felda, Yayasan Terengganu, Yayasan Kelantan, Yayasan Pahang, Yayasan Negeri Sembilan, dan Yayasan Johor akan diberi wang pendahuluan sebanyak RM 1500.

Namun demikian bagi pelajar yang mendapat tajaan Yayasan Bank Rakyat, KPT dan MARA belum lagi dapat diputuskan kerana pihak bendahari masih gagal mendapat persetujuan daripada penaja berkenaan.

“ Berkaitan hal ini, kita telah meminta jasa baik pihak bendahari supaya dapat menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin. Pihak bendahari berjanji akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan jumlah sebenar tajaan bagi tiga penaja tersebut dan mnyelesaikan perkara yang berkaitan dalam masa yang terdekat, ujarnya.”

“ Sementara itu, baki wang pinjaman @ tajaan daripada pihak penaja masing-masing akan diperolehi apabila pihak penaja kreditkan wang tersebut ke dalam akaun pelajar kelak. Mengikut maklumat yang saya perolehi daripada pihak bendahari, wang tersebut (PTPTN dan KPM) akan dikreditkan pada Jun nanti, tetapi bagi penaja lain kami belum mendapat kepastian lagi, tambahnya lagi.”

Mejawab berkaitan tarikh wang pendahuluan dikreditkan ke dalam akaun pelajar, beliau menyatakan bahawa pihak bendahari akan cuba percepatkan proses kemaskini data dan kemungkinan pada 7 Mei wang tersebut akan masuk ke dalam akaun masing-masing.

Pihak bendahari juga dilaporkan menghadapi masalah dengan sebahagian data pelajar kerana status mereka belum lagi diapprove untuk menjalani latihan mengajar nanti.

Walaubagaimanapun barisan MPP Mahasiswa Pendidik mungucapkan terima kasih diatas perhatian pihak Dato’ Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob dan pihak bendahari diatas segala kerjasama yang diberikan dalam mengurus dan menyelesaikan isu tersebut.

April 20, 2011

Dokumen MPP hilang

MPP kali ini berhadapan jalan sukar apabila semua dokumen penting yang disimpan di dalam bilik MPP hilang selepas mereka memenangi pilihanraya baru-baru ini.

Tindakan sabotaj tersebut dibuat untuk menutup segala tindakan kotor yang dibuat selama ini. Kehilanagn dokumen tersebut juga disebabkan Pimpinan Bitara bimbang tampuk pemerintahan MPP dipegang oleh Mahasiswa Pendidik. Sebelum tembelang pecah, tindakan selamat telah diambil.

Yang Dipertua MPP, saudara Muhammad Afiq dilaporkan telah membuat laporan polis berkaitan kehilangan dokumen tersebut. Namun setakat ini belum ada siasatan yang dibuat.

Setakat ini pihak Upsikini masih gagal menghubungi barisan MPP sesi lepas untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka.

Pihak Upsikini mendapat maklumat bahawa JHEPA juga telah menghantar notis kepada semua MPP sesi lepas supaya menyerahkan semua dokumen masing-masing kepada pihak HEP.

Pihak berkenaan harus menjalankan siasatan yang serius agar individu yang bertanggungjawab dapat dikenalpasti dan dikenakan tindakan sewajarnya.

April 19, 2011

Pelajar praktikum akan dibayar penuh - Zahar


Tanjong Malim, 19 April – Pelajar semester 6 dan 7 semakin tertekan kerana masih tidak mendapat kata putus berkenaan jumlah dan tarikh wang pendahuluan yang akan dibayar pihak UPSI disebabkan perubahan waktu praktikum mendadak yang dibuat oleh pihak universiti.

Mereka sebelum ini telah berasa lega apabila Naib Canselor, Dato’ Aminah Ayub berjanji akan membayar penuh sepertimana yang diperolehi daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Khabar angin yang bertiup sebelum ini mengatakan pelajar praktikum hanya diberi wang pendahuluan RM1000 kerana UPSI tidak mempunyai dana yang cukup.

Koordinator Mahasiswa Pendidik, Mohd Zahar Mohamed Nor menafikan khabar angin tersebut dan mengesahkan bahawa pelajar praktikum akan diberi wang pendahuluan penuh. “ mereka akan diberi wang pendahuluan penuh seperti yang anda dapat melalui PTPTN sebelum ini. Kita telah mendapat pengesahan kedua daripada Dato’ Naib Canselor berkaitan hal ini dalam pertemuan rasmi MPP bersama Dato’ minggu lepas, ujar beliau.”

Menjawab isu pelajar yang ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), tajaan negeri dan lain-lain, beliau turut memberi respon positif apabila menyatakan mereka juga akan dibayar oleh pihak universiti.

“Saya telah mendapat pengesahan daripada Dato’ NC berkaitan permasalahan ini dan beliau menyatakan pihak universiti boleh memberi wang pendahuluan tetapi harus ada kaedah perjanjian supaya ada jaminan mereka dapat membayar balik jumlah wang pendahuluan tersebut. Hal ini kerana pelajar selain daripada tajaan PTPTN tidak mempunyai akaun terus dengan pihak university kerana mereka dibayar terus oleh penaja masing-masing. Kita yakin perkara ini dapat diselesaikan dalam waktu terdekat, tambahnya lagi.”