December 14, 2010

Amin: 'Result' dijangka keluar 25 Disember

Tanjong Malim, 14 Disember - Keputusan peperiksaan Semester 1 sesi 2010/2011 bagi mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dijangka akan keluar pada 25 Disember 2010. Makluman tersebut telah dinyatakan oleh Exco Akdemik dan Kerjaya MPPUPSI, Mohd Amin Mat Sidik.

Menurutnya, setelah menghubungi Bahagian Akademik beliau dimaklumkan oleh En. Mohd Redzuan Donial bahawa keputusan peperiksaan dijangka akan dikeluarkan pada 25 Disember ini. Namun , walau bagaimana pun, katanya Bahagian Akademik akan mengeluarkan makluman rasmi menerusi memo di Upsi portal.

Oleh itu, seluruh mahasiswa diharapkan agar peka dengan segala makluman atau pengumuman menerusi lama sesawang Upsi portal. Sekian.

December 9, 2010

Mahasiswa pendidikan diseru bersama rakyat protes kenaikan harga barang

Tanjong Malim , 9 Disember - Berhubung isu kenaikan beberapa barang asasi kehidupan ,mahasiswa pendidikan khususnya dari Universiti Pendidikan Sultan Idris diseru untuk menyatakan pendirian mereka bersama rakyat bagi membantah kenaikan harga barang, minyak dan gula.

Kenyataan tersebut diseru oleh sebuah badan mahasiswa nasional, SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) agar semua mahasiswa bersama-sama rakyat turun ke satu himpunan aman yang akan diadakan di Putaraya pada esok hari. Maklumat himpunan seperti berikut:




December 6, 2010

Perutusan Ma'al Hijrah Mahasiswa Pendidik

Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan menjadikan semua makhluk serta alam yang serba indah dan penuh dengan nikmat ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi s.a.w yang menjadi perintis penyebaran kesejahteraan seantero dunia.

Alhamdulillah hari ini kita sama-sama meraikan tahun baru, 1 Muharram 1432 Hijrah. Semoga permulaan tahun baru ini kita raikan dengan penuh keinsafan dengan mengimbau kembali kekurangan dan kelemahan yang ada di masa lalu disamping merancang kehidupan dan keazaman yang baru pada masa depan. Moga-moga ianya menjadi motivasi untuk kita sama-sama mengkoreksi diri, menilai sejauh mana usaha kita dalam memelihara diri , keluarga dan masyarakat dari kerosakan serta apakah sumbangan kita terhadap agama Allah s.w.t.

Penghayatan Hijrah Masa Kini

Kehidupan hari ini menuntut kita untuk berdepan dengan pelbagai perubahan. Sejak dialam sekolah hinggalah bergelar sebagai mahasiswa kita sentiasa berdepan dengan pelbagai pembaharuan dalam kehidupan. Kita juga berhijrah dari kampung halaman dan berada dibumi pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dicintai ini demi makna sebuah hijrah kearah kebaikan menimba ilmu dan pengalaman. Nilaian Hijrah yang kita sama-sama lakukan tidak dapat dihitung dengan nilai kekayaan dunia jika ianya disusuli dengan keihklasan. Moga-moga pengorbanan dan kesanggupan kita berhijrah demi secebis ilmu di bumi Malim ini akan dinilai disisi Allah sebagai salah satu dari amal kebaikan di akhirat kelak.


Hijrah dan Mahasiswa Pendidikan

Sebagai mahasiswa khususnya yang berada di bumi pendidikan yang dicintai ini , kita menyedari bahawa tuntutan Hijrah perlu bersama kita hayati. Berhijrah dari segala perbuatan keji dan maksiat kepada mentaati suruhan dan larangan Allah merupakan matlamat utama kehidupan kita sebagai Muslim.

Mahasiswa pendidikan yang bakal menjadi pendidik kelak merupakan mesin manusiawi bernurani yang bakal mencorak generasi baru. Hijrah Rasulullah SAW menuntut pengorbanan untuk membangun sebuah generasi baru yang mentaati Tuhan, maka kita mahasiswa pendidikan perlu bersama untuk berhijrah kearah memberi sumbangan kepada pembentukan sebuah generasi baru yang sejahtera dari sebarang kerosakan dan kehinaan. Generasi yang menjadikan Tuhan sebagai matlamat kehidupan.

Akhir kata, kami barisan MPP Mahasiswa Pendidik mengucapkan selamat menghayati makna hijrah yang sebenar dan kami memohon kemaafan atas segala kekurangan ditahun yang lalu. Moga kita bersama mengorak langkah mara kehadapan dengan penuh keazaman yang baru. Semoga kehadiran tahun baru 1432 Hijrah pada kali ini dapat memperkukuhkan nilai kebaikan dalam diri kita bersama.

Sekian,

'Mahasiswa Pendidik Pencetus Tranformasi'


Mohd Zahar b. Mohamed Nor

Atiqah bt. Mohd Hasbi

(Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah)

Mohd Amin b. Mat Sidik

(Exco Akademik & Kerjaya)

Nik Azrul b. Nik Kamaruddin

(Exco Kebajikan Kemasyarakatan)

Noranoo bt. Arifin

(Exco Perhubungan & Antarabangsa)

Herwana bt. Herman

(Exco Kesenian & Kebudayaan)



Kursus Kepimpinan Mahasiswa awal Januari depan

Tanjong Malim, 6 Disember - Kursus Kepimpinan Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menjadi syarat kelayakan bertanding dalam pilihan raya kampus (PRK) dijangka akan diadakan pada awal semester depan.

Menurut email yang diterima Upsikini dari Koordinator MP (Mahasiswa Pendidik) Mohd Zahar, kursus kepimpinan tersebut akan diadakan pada awal semester depan setelah beliau mendapat pengesahan dari pegawai yang berkaitan.

Beliau baru-baru ini telah mengadakan satu pertemuan rasmi dengan pegawai yang berkenaan bagi meminta penjelasan tarikh sebenar kursus tersebut dimaklumkan lebih awal agar mahasiswa yang berkelayakan dan berminat menjadi wakil pelajar dapat menyusun waktu mereka.

Walau bagaimanapun, katanya setakat ini pihak JHEPA masih belum mengeluarkan apa-apa makluman rasmi berhubung perkara tersebut.

December 5, 2010

Kenaikan 4 barangan serentak: Mahasiswa pendidikan kesal

Tanjong Malim, 5 Disember - Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris melahirkan rasa kecewa berhubung kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Kenaikan harga barang terbabit telah menimbulkan pelbagai rungutan dari kalangan mahasiswa pendidikan disini. Mereka menyifatkan bahawa alasan yang digunakan untuk pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan adalah tidak wajar dibebankan kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Menurut Mazlan yang melahirkan rasa kecewa menyatakan bahawa "kalau gula naik ok lagi tapi kalau harga minyak naik tambah pula Ron 95, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak ini diguna oleh rakyat ramai dan menjana pembangunan negara, sah semua barang lain akan naik".

Dalam pada itu, Tamim pula menyifatkan bahawa kenaikan tersebut tidak wajar bagi mahasiswa , sudah lah biasiswa bagi mahasiswa pendidikan sudah dimansuhkan, ini pula barang naik, pinjaman PTPTN tetap sama, kos sara hidup makin meningkat."

Selain itu, menurut Herwana Herman yang juga merupakan Exco MPPUPSI turut menyatakan bahawa tindakan kenaikan harga barang tersebut boleh membuat mahasiswa sesak nafas , mesti makanan di kedai semakin meningkat harganya dan sudah kemungkinan duit pinjaman PTPTN tidak cukup terutamanya mahasiswa Sabah dan Sarawak yang perlu kos pengangkutan yang lebih tinggi".

Tambahnya, " kita selaku mahasiswa yang turut tergolong dalam 'civil society' (masyarakat sivil) mempunyai hak untuk menyatakan pandangan berhubung perkara ini kerana ianya berkaitan hak ramai, ujarnya.

December 4, 2010

Konvokesyen ke-13 dijangka Julai 2011

Tanjong Malim, 4 Disember -Tarikh Konvokesyen ke-13 bagi mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bakal menamatkan pengajian pada tahun hadapan dijangka akan diadakan pada 26-30 Julai 2011.

Menurut Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa Upsi (BHKA), Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE) telah bersetuju dan memperakukan tarikh konvokesyen bagi mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris tahun hadapan akan diadakan pada 26-30 Julai 2011.

Dalam pada itu, tarikh tersebut disifatkan sesuai dengan tempoh waktu mahasiswa tahun akhir yang akan tamat praktikum pada 20 Mei 2011 dan mereka tidak perlu menunggu lama seperti sebelum ini.